Feb 6, 2012

(monolog) banyak sebab untuk bersyukur rupanya

rezeki buah mangga free


pernah saat2 hujung bulan, dengan wang di tangan yang tak seberapa sementara menunggu gaji pada 28hb. mengikut kira-kira, memang cukup untuk menampung ke tarikh keramat itu tanpa perlu mengorek tabung simpanan di bank.

dengan syarat kena tolak perlawaan lunch kat restoran best2. selalunya time dalam situasi berbajet lah, diorang (rakan sekerja) berselera besar & mewah. arrggh, terdapat dua pilihan samada cadang tempat makan lain atau ikut serta tapi tak makan malam.
baik untuk buang spare tyre.

oh, tidak!. dalam duk berbajet tu pulak power window debab (dbb) rosak. hohoho. dalam hati berdoa minta2 kosnya tak melampau2. hmmm, nampaknya meleset. rosaknya sikit tapi kosnya agak tak logik ar. memang tak ada rezeki. faham2 ar charge pusat servis. terus tukar part. tak de intention langsung nak repair dulu.

dalam perjalanan balik dari pusat servis, rezeki tak semestinya duit atau harta benda semata2. semua yang terjadi sekeliling kita dan ada pada kita itu adalah rezeki. antaranya:-

kereta tidak meragam itu juga rezeki. takde duit yang keluar dari kocek untuk repair kereta.

kesihatan yang baik juga rezeki. tak perlu ubat, tak abis duit.

peralatan2 rumah anda tak rosak juga rezeki.

muka cantik semulajadi juga rezeki, tak perlu berhabis untuk ubat jerawat atau alat solek.

tinggal di malaysia juga rezeki, tak perlu nak beli baju sejuk untuk musim sejuk.

memiliki gigi cantik tersusun rapi juga satu rezeki, tak perlu nak beli pagar untuk gigi. mahal woo.

mata tidak rabun itu rezeki.

mata tidak rabun teruk juga rezeki.

rumput kat laman lambat panjang juga rezeki. tak perlu kerap upah bangla mesin rumput. dah la diorang semua bagi harga tetap. kerek.

saya lelaki juga rezeki, tak perlu beli banyak baju dan tudung. tak perlu pakai baju berlapis2.
dan tak perlu pakai 'pampers' sampai tua. (hikhik)

jika perempuan juga rezeki, tak perlu shaver dan minyak rambut. kasut perempuan selalunya lagi murah dari kasut lelaki. lagi2 menjadi tanggungjawab lelaki menjaga dan menangungnya.

dan banyak lagi. siapa ada idea nak tambah, sila-silakan yea.



+ mudah-mudahan dapat rezeki berbentuk jodoh . amin.
++ terkorek jugak tabungku.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

ya ya saya bersyukur sebab itu semua rezeki saya..... :)
cuma sy bukan lelaki laaa

kawan said...

bersyukur gak.. cik ain sudi melawat blog TR nih. tq2.