Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

May 3, 2017

(info) LUNARIA @ Bandar Sri Sendayan, ZERO ENTRY COST

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera


lunaria
info terkini TR dapat,

berita baik buat yang masih mencari rumah idaman dengan bebanan DEPOSIT SIFAR di sekitar seremban, negeri sembilan. lebih-lebih lagi buat mereka yang target idamkan rumah di bandar-bandar terancang seperti seremban 2bandar ainsdale dan semestinya bandar sri sendayan.

seperti biasa BSS menawarkan discount yang menarik dan memudahkan anda memiliki rumah idaman. ditambah pula dengan promosi menarik dibawah, memiliki rumah idaman bukan lagi sekadar angan-angan. yeah!


*diskaun kaw kaw
*dapat cashback bila serah kunci
*SnP legal percuma
*loan legal pun percuma
*stamp duty percuma jugak!
*MOT percuma
*percuma 24 bulan untuk security fee
*broadband pun free wei!



mungkin LUNARIA memenuhi kriteria yang ada cari-carikan selama ini. teres dua tingkat superlink ini dibangunkan di Resort Homes yang turut menawarkan fasa semi-D, elymus yang telah pun siap pembinaannya.

sedikit trivia mengenai LUNARIA ini:-
land size: 22x85ft
built up: 2,833 sqft (intermediate)
type: superlink double storey
status tanah: hak milik kekalinternational lot

WOW point:
gated & guarded with 6 tiers security alarm
24 hours patrolling guard
CCTV & alarm system
own green space and playground
extended car porch
9 feet long backyard
8 tahun membership d'tempat club house

mungkin video ini boleh membantu memperkenalkan bandar sri sendayan kepada yang baru saja terbaca, terlihat dan terdengar mengenai bandar baru ini.

*entrance ke resort homes @1:06


buat yang nak sembang lebih pasal LUNARIA dan nak dapatkan brochure, boleh-lah sms/whassup ke 0129578412 atau email ke mfairuzfauzi@gmail.com. mungkin-kah menjadi bak goreng pisang panas seperti fasa-fasa sebelumnya? baik cepat bertindak dan pilih lot2 yang strategik.

+ terhad untuk 30 unit yg pertama sahaja
++ cepat miliki lunaria sementara promosi masih ada.
+++ jangan tunggu untuk fasa baru, yang lebih mahal harganya dengan saiz tanah & built yg sama.

Jul 13, 2016

(info) ZERO entry cost: adelia, bandar sri sendayan

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

fellona. sekadar hiasan.

setelah sekian lama. rasa teruja menulis tiba2 muncul. membuak-buak, memang tawaran yang jarang2 ada. lagi-lagi, miliki rumah idaman seakan mustahil sekarang ni. harga melambung, nak fikir down payment, nak cekau duit bayar guaman fee dan banyak lagi-lah cengkadah dalam hal pembelian rumah. yang semuanya duit, duit dan duit.

kali ni ada offer baik punya. untuk 30 pembeli terawal sahaja. fasa pun belum launch secara rasminya. tawarannya memang terbaik, entah bila ada lagi.

1. kosong down-payment.
2. rebate luarbiasa!!!
3. kos guaman percuma.
4. bawah < 430K
5. lapan (8) tahun keahlian d'tempat club house.

d'tempat club house.

offer terbaik untuk rumah sebegini punya speksifikasi

design menarik
luas tanah 20' x 75' sqft
built up 2347 sqft
gated & guarded community
total 124 unit



bila ada offer macam ni, manalah tahu memungkin impian anda suatu kenyataan. insya-allah.

disebabkan belum lagi launch, gambar tak boleh share lagi sesuka hati. nak tengok camner design adelia, cepat-cepat whassup kawan 012-957 8412 atau zass kan email kan ke mfairuzfauzi@gmail.com.

+ selamat hari raya
+ cepat rebut peluang. apa kata korang target end lot yg bertanah. ada 6 unit jer.
+ kredit gambar utk matrix and d'tempat fb.

Mar 22, 2015

(info) balista & dextora, bandar sri sendayan

assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

buat yang tercari-cari rumah di area seremban atau luar lembah klang, dextora atau balista boleh dipertimbangkan. tak kira-lah untuk dibuat perlaburan atau duduk sendiri, sememangnya berbaloi harga rumah semasa dengan keluasan, kualiti dan lokasi kedua-dua fasa ini. harga bawah RM500K untuk keluasan built-up lebih 2600 sqft. luas bukan.

kedua-dua fasa ini dibangunkan di bandar sri sendayan yang sedang rancak pembangunannya. terkini, d'tempat country club house sudah dibuka dan matrix global school sudah pun memulakan sesi pengajian. 

akademi tentera udara yang bakal mengantikan akademi di sg besi pula masih dalam pembinaan dan pastinya bakal menambah value hartanah bandar sri sendayan bila siap nanti. insyallah, pelaburan yang menguntungkan. apa lagi?? rebut satu unit sebelum GST. lebih info hubungi mfairuzfauzi@gmail.com atau 0129578412.


show village balista

sedikit trivia mengenai BALISTA ini:-
land size: 22x80ft
built up: 2735 sqft
type: superlink double storey
status tanah: hak milik kekal, international lot
tarikh dijangka siap: january 2016
bonus point: 5 years clubhouse membership

wow: jubin 2'x2' satu rumah & clay brick



dextora

sedikit trivia mengenai DEXTORA ini:-
land size: 20x80ft
built up: 2615 sqft
type: superlink double storey
status tanah: hak milik kekal, international lot
tarikh dijangka siap: may 2016
bonus point: 5 years clubhouse membership

wow: jubin 2'x2' satu rumah & clay brick


----- d'tempat country club house -----






----- matrix global school -----





----- next project -----

lebih baik rebut cepat-cepat BALISTA atau DEXTORA, fasa baru dah nak launch ni. rumah contoh dalam pembinaan. harga confirm-confirm-lah lagi mahal, kurang pulak kuasa membeli nanti. buat yang memang dua tiga menjak ni mencari rumah untuk dijual area seremban, seremban 2, bandar ainsdale atau bandar sri sendayan, baik cepat2 bertindak.

next fasa 22x 80 ft. rumah contoh dalam pembinaan. comfirm lg mahal.


semi-d. rumah idaman ramai. next fasa.






+ TR nak yang semi-D. selera besau, budget ciput.. berangan jelah.

May 10, 2013

(info) alconix, bandar sri sendayan

assalamualaikum w.b.t


jika helonix, velonix, tritonix, bentonix mahupun alwinix, tidak memenuhi kriteria rumah idaman anda di bandar sri sendayan, ALCONIX yang baru sahaja dilancarkan dengan lokasi yang lebih strategik, design yang lebih mengancam serta lebih keluasan, mungkin bertepatan dengan ciri-ciri rumah idaman anda.




kedudukan ALCONIX berhampiran dengan klinik kesihatan dan sekolah yang akan dibina adalah sangat strategik. selain mempunyai taman rekreasi dan tasik untuk beriadah seisi keluarga dan tidak jauh dari nusari biz untuk berbelanja. surau pun tidak jauh, cuma berjalan kaki untuk ke sana.


serba sedikit info mengenai ALCONIX.

built up : 2565 sqft
land size : 20x80 ft
total unit : 173 unit
tarikh dijangka siap: mei 2015


modern design. mcm biasa, ada balkoni untuk menge-teh petang2.


plan layout. lebih kurang sama dengan alwinix, tetapi ALCONIX lebih luas 65 sqft.


ungu untuk ALCONIX. biru untuk alwinix.
sumber: www.1sendayan.com

mungkin ada yang tak pernah dengar bandar sri sendayan dan tak tahu perihal dan mana letaknya township baru ini. sedikit gambaran mengenai bandar yang dijangka lengkap pada 2019 mengikut masterplannya melalui video dan link-link dibawah.




buat anda yang berkenan dengan ALCONIX dan merasakan ini-lah peluang untuk memiliki rumah idaman anda. baik cepat untuk rebut lot yang menarik. pada pandangan TR, lot yang menarik adalah yang menghadap tasik, taman rekreasi atau berhampiran surau :-). mengikut pilihan hati masing-masing. berbeza dengan bangsa cina yang lebih menitik beratkan feng-sui dan arah matahari terbit.

bukan-nya apa, rumah2 di bandar sri sendayan laris bak goreng pisang panas. semua ini gara-gara designnya yang menarik, built up yang besar dan yang paling huiyooo diskaun yang menarik & rebate RM3K untuk kos guaman. kalau bernasib baik dapat zero entry cost. tertakluk kepada terma dan syarat. apa-lagi, anda boleh ajukan email ke mfairuzfauzi@gmail.com atau 0139250959 untuk bersembang mengenai ALCONIX ini.






+ serius macam goreng pisang panas. alwinix tinggal beberapa unit sahaja lagi daripada total unit 361 unit.
++ selamat menjadi warga sendayan. hehe.

Dec 21, 2012

(info) mari beramal serendah RM20 sebulan


assalamualaikum w.b.t

setelah menerima email mengenai sebuah sekolah tahfiz yang mana memerlukan sumbangan dana untuk kos pengurusan, terasa nak membantu nak hebah-hebohkan. supaya ramai-ramai pakat membantu sekolah tahfiz ini. 
email yang diterima sebijik seperti dibawah. tak edit pun. :P. 

copy and paste ka-e-dah digunapakai.

baca-bacakan, dan selamat beramal. chewaaah!~


Peluang Pelaburan Bulanan Sekolah Tahfiz Serendah RM20
 
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegriSembilan.
 
SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah. SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.
 
Kini terdapat 52 orang pelajar di SRIIDU.
 
SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.
 
Sehubungan dengan itu SRIIDU membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bulanan sebanyak RM20 untuk kos pengurusan, makan minum para pelajar dan sebagainya.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan sila hubungi :
019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi
019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri
 
Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100
 
Atau alamatkan ke :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
Untuk keterangan lanjut sila dapatkan di www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum




 
sedikit hadis, yg dicopy-paste dari email jugak.
 
 
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

  





+ tq. penghantar email, hayatun nisyaq.

Dec 18, 2012

(info) alwinix, rumah terbaru di bandar sri sendayan

sumber gambar www.1sendayan.com



lagi rumah terbaru di bandar sri sendayan dibuka untuk jualan. kali ini dengan nama ALWINIX , yang menawarkan rumah jenis dua tingkat dengan keluasan tanah 20x80 ft. dengan keluasan binaan 2500 sq. ft. buat yang berminat nak memiliki rumah idaman di bandar sri sendayan, mungkin ini peluang anda. boleh-lah baca post ni sampai habis. :-P


reka bentuk


macam biasa, reka bentuk yang moden dengan beranda yang luas terbentang.
leh mengopi dan mengeteh petang2.

berminat?? scroll sampai bawah. tak boleh klik pangkah kat hujung atas sebelah kanan.



plan layout


lebih kurang sama dengan helonix, bentonix dan kriptonix. cuma beza sikit2.
luaran dan keluasan. mungkin, yang ni plan layout paling digemari. tpkan... mcm dah abis idea pun ada. sila lebih kreatif wahai arkitek2 matrix.


lokasi



dekat hijayu 3D. kalau berdasarkan masterplan.
bersebelahan dengan klinik kesihatan dan sekolah yang akan dibina.
kalau pernah pergi pusing2 bandar sri sendayan, alwinix berada sebelah kiri kawasan rumah tritonix.

maklumat lain yang tak kurang penting.

hak milik kekal.
dijangka siap januari 2015.
unit utk jualan: 361 unit
huiyo: 5years club membership


buat yang tertarik dan jatuh cinta, boleh-lah layangkan email ke mfairuzfauzi@gmail.com atau sms 0139250959 untuk chit-chat pasal rumah ini. sekian, terima kasih.








+ beli jgn tak beli. terjumpa iklan apartment kat senawang dengan keluasan 995 sq. ft berharga RM314K. mahalnya la rumah sekarang.

Oct 8, 2012

(info) residence hills

assalamualaikum w.b.t


sejak sebulan dua ni rasanya aku dah ada hobi baru-lah. hobi suka tengok showhouse. pantang tengok ada showhouse atau rumah contoh baru, terus plan bila nak wat lawatan. mesti-lah nak ajak rakan-rakan taulan sekali. baru-lah lebih best. boleh sama2 buat ulasan & komen. ohhh..!!! kalau bab ni, masing2 komen mengalahkan arkitek & interior designer. 

kali ni nak berkongsi cerita lawatan ke showhouse residence hills nun tersergam di taman tunku jaafar, seremban. rumah ini berada dalam ketegori 'mampu tgk jerk la'. lawa sungguh rumah semi-D ni, sampai jatuh cinta la aku dibuatnya. lagi2 master bedroom dia. jom usha gambar yang sempat aku snap secara curi-curi. dibantu oleh 2 org yang ditugaskan cover line.


oh katil. cantiknya ko. tengok pun dah tahu betapa empuknya dikau

plan layout master bedroom. oh, jatuh cinta la.
balkoni menghadap gunung angsi
wardrobe yang seluas dapur rumah sewa aku
bathroom yang ada tub yang ada tingkap
boleh mandi sambil buka tingkap
sambil mandi tgk awan membiru.. huhui!


tingkat 2



dekorasi bilik mmg superb. guna wallpaper 3D. semua tersembul keluar.


sedikit info pasal rumah ni.

type 2 1/2 storey
built up: 3200 sq. ft
room: 5 bedrooms + 4 bathrooms
price: from rm638 K

type 3 1/2 storey
built up: 3966 sq. ft
room: 6 bedrooms + 6 bathrooms
price: from rm824 K


*freehold

gambar yang di bawah ni pula bukan curi-curi snap punya. stock baik punya! en hakim sales executive LTS Properties (013-3522314) yang emailkan. hmmm. katanya tak lama lagi LTS Properties nak bukak housing baru double storey terrace kat area taman tunku jaafar jugak. bila?!!! sorry takde jawapan.

 kat floor paling bawah ada lanai dan sebuah bilik utk maid.







 + best la umah ni. harga tu problem sikit.... usshhh... mahal2x.
++ berjaya dpt no contact interior designer rumah ni. mana tahu nak guna khidmat dia satu hari nanti.
+++ berapa ribu la nak pasang grill untuk rumah size sebesar nih?
++++ paling kesian, bilik maid kat floor bawah sekali... mesti berdebar dia duk bawah sorang. mau dibawa lari oleh hantu raya.. hehe

Sep 20, 2012

(info) built up area??

assalamualaikum w.b.t


kalau tgk2 brochure rumah mesti terperasan perkataan built up area. ape kebenda tu BUILT UP AREA??. banyak kali juga bertanya, tapi jawapan yang diberi berbeza-beza. ada yang cakap asalkan lantai bersimen je dah kira sebagai built up area. ada yang bagitahu, lantai dibawah lindungan bumbung dikira sebagai built up. aiyoooo... banyak betul definisinya. haa...kalau ada sapa2 yang tahu, boleh sama2 share. mana tahu ada arkitek atau juru ukur nak bantu terangkan dengan lebih lanjut. 

tapi yang ni hasil dari gooooogle-an aku. jom cuba pahamkan sama-sama. tafsiran ni dikeluarkan pada 24th April 1985 (mak-ai nak sama umur aku dah).

INTERPRETATION OF SECTION 24(5) of
the Architects Act, 1967 (Revised 1973)
relating to the definitions of
"storeys of buildings"
and
"built-up areas of buildings"

1. For the guidance of all Registered Building Draughtsmen and Building Authorities, the Board has interpreted and clarified the two definitions affecting the restrictions on Registered Building Draughtsmen in the submission of plans :-

24(5)(i) "...buildings not exceeding two-storeys in height..." shall mean twostoreys from the ground level (whether on level or sloping ground) but may include only one of the following :-
                                 (a) a basement,
                                 (b) a semi-basement or
                                 (c) a mezzanine floor

24(5)(ii) "...buildings not exceeding  one storey in height..." shall mean one storey from the ground level (whether on level or sloping ground) but may include only one of the following :-
                                 (a) a basement,
                                 (b) a semi-basement or
                                 (c) a mezzanine floor

24(5)(i) "...providing that the total built-up area does not exceed 3,000 square feet..." shall mean the total of all covered and enclosed areas. This will exclude covered but open-sided areas such as terraces, carports,
balconies and verandahs provided that the total for such areas does not exceed 600 square feet. Open areas such as airwells and courtyards as well as applications in connection with "change of use" of existing buildings are also to be excluded.

24(5)(ii) "...providing that the total built-up area does not exceed 1,000 square feet..." shall mean the total of all covered and enclosed areas. This will exclude covered but open-sided areas such as terraces, carports,
balconies and verandahs provided that the total for such areas does not exceed 300 square feet. Open areas such as airwells and courtyards, as well as applications in connection with "change of use"of existing buildings are also to be excluded.



sekarang jom wat tutorial sama-sama. yg aku paham, kawasan kuning tu tak kira sebagai luas bangunan. cuba  tandakan yang bukan built up area untuk corner lot plak.





mcm blog hartanah plak dah blog TR nih. bukan apa sekadar berkongsi cerita. yang berminat nak tahu apa yang pernah dikongsikan boleh tgk -> rumah <- ni.




+ ada revision terkini ke? sapa tahu boleh la share.
++ naseb baik goooogle ada. yahooo... dah tak femes. perasan tak?

Aug 28, 2012

(info) Rumah Mesra Rakyat (RMR) spnb

assalamualaikum w.b.t


post ini amat menarik jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai kelayakan2 yang spnb kehendaki. impian memiliki rumah idaman sendiri akan terlaksana dengan bantuan spnb. hmmm.. malangnya (bukan rezeki), banyak pula kelayakannya yang aku takde.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR
1.
Warganegara Malaysia. 
(lulus)
2.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun) 
(lulus)
3.
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. 
(alamak! bujang lg, fail)
4.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan. 
(p&c)
5.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna. 
(reban ayam kira tak?)
6.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
(ada pun atuk punya!)

ada siapa2 yang ada kelayakan macam ni tak? haa... apa lagi sila lah melawat ke link ini. aku tahu pasal rumah ni bila ada kawan aku duk apply skim ni. katanya ansuran bulanan sangat rendah. 

berdasarkan info yang dia bagi, lebih kurang RM150 untuk tempoh 25 tahun. murahkan? mcm bayar sewa rumah/bilik kat KL jerk. eh, info ni sahih dari kawan aku tu... terpanggil untuk share pasal ini, aku wat la satu post. untuk maklumat yang lebih sahih, baik korang tanya sendiri di talian 1-300-80-3838.

oh ya! kita tak leh bina rumah ikut suka, kena pilih salah satu design yang spnb sediakan. design dia tak kurang cantiknya. haa... dibawah ni adalah antara rekabentuk rumah yang ditawarkan. design ni paling aku suka. modern dan kemas!



                        
                       Rekabentuk No. 7




+ kredit buat spnb.com.my
++ kredit buat alan untuk info ini. sbb tak ramai yang tahu.

Aug 13, 2012

(info) bentonix & bentonia-sendayan

assalamualaikum w.b.t


ah ha, ada lagi neighborhood baru di buka di hijayu (mcm hidayu plak), bandar sri sendayan. maknanya ada lagi rumah baru untuk dijual. kali ini diberi nama bentonix dan bentonia. mcm biasa la, nama mesti nak kena gempak kan.. kan. baru menarik minat. sampai rumah aku sewa pun aku bagi nama helonix. hehe. konon-konon aje.

sikit2 pasal rumah berkenaan untuk yang berminat. mana tahu ada yang tengah usha2 rumah untuk dibeli. bandar sri sendayan adalah antara pilihan yang tepat. oh ya, kedua2nya adalah international lot dan freehold.

bentonia

kita check bentonia dulu. rata-rata, menunggu rumah setingkat untuk dibeli di bandar sri sendayan ni. haa, apa lagi pergi la beli.


keluasan tanah : 22' x 80'
keluasan built up: 1560 sq ft
jumlah bilik: 4 bilik + 2 bilik air
harga min*: RM268,888 (min/intermediate)
harga max*: RM771,150 (max/biggest corner lot)
*note: harga sebelum diskaun menarik. xx% tu.
yang pasti zero cost entry (tgk terma & syarat dulu)



bentonix


keluasan tanah : 22' x 80'
keluasan built up: 2685 sq ft
jumlah bilik: 4 bilik + 4 bilik air
harga min*: RM408,888 (min/intermediate)
harga max*: RM 899,088 (max/biggest corner lot)
*note: harga sebelum diskaun menarik. xx% tu.
yang pasti zero cost entry (tgk terma & syarat dulu)





buat yang berminat, teruja nak tengok brochure dalam bentuk pdf atau ada soklan2 yang hendak ditanya. sila-lah ajukan. saya sudi melayan soklan2 anda. hehe. sms email address ke no phone sy 0129578412 atau mfairuzfauzi@gmail.com. nati saya forwardkan brochure.

mungkin yang ada masih blur tak tahu mana letaknya bandar sri sendayan ni, link2 berikut boleh bagi tahu serba sedikit pasal bandar sri sendayan yang permai itu. eceh..ceh..




kena rajin klik kat link2 tersebut untuk lebih tahu pasal sendayan nih. malas pula nak cerita apa yang akan ada kat bandar sri sendayan. takut org muak nak baca. hehehe. discover la sendiri2 yea.


sumber: www.1sendayan.com





+ bentonix & bentonia offer free membership untuk jd member 1sendayan club house. ada kolam renang saiz olympik. minta2 menjadi dan cepat2 siap. nak wat kuak rentang. hehe
++ masih available velonix & velonia, corner & end lot. kriptonix (bumi lot) pun masih ada. tapi sgt2 limited. siapa cepat dia dapat.!