Jan 26, 2012

(libur) hong kong-hari satu


masing2 ada name tag.

kali ni nak share pengalaman mengliburkan diri di hong kong. ayat tak berbaur show off kan? tak de niat pun nak show off. nak show off tips ronda-ronda di sana adalah. tak tipu ar, bercuti di hong kong adalah sangat di nanti-nantikan. sampai tak lena nak tido malam sehari sebelum bertolak. persiapan jangan cakap ar, dah buat tentatif siap-siap. hotel semua dah book awal2. terima kasih kepada hjhtymah & cik hanis.

hari pertama
seawal pukul 5pg berjalan dari puswari ke lcct semata-mata nak kan parking percuma dan selamat. kalau nak parking berbayar, jawabnya rm2.50 per hour. pun belum tentu selamat.

flight kami pukul 6.30 pg. tak delay pun. yeah! tahniah buat airasia.

oh ya sebagai tips, sebelum nak departure tu pastikan dah rangka sikit2 tentatif percutian anda. kalau tak confirm kelam kabut. survey sikit2 harga tiket dan kos berkaitan. penting untuk pastikan anda pergi ke tempat yang menarik & berbaloi pergi jauh2.

dah nampak daratan dah. huh, lega... seksanya 4jam dalam flight.


masa malaysia ngan hong kong sama je. tak yah risau nak pusing2 tombol kecik jam. lebih kurang pukul 10.30am kami sampai. sila dapatkan peta & card octopus. boleh refund kalau tak abis guna. boleh guna di mana-mana. bas-ferry-mtr dan mcm2 lg.


dari aiport ke hotel, boleh buat pilihan sama ada mengunakan MTR atau bas. Kalau barang banyak elok naik bas. Terus ke hotel. MTR ok, tapi kena banyak kali tukar train.

Lagi bagus kalau tempah hotel awal2 melalui booking.com atau agoda.com. dah tak perlu nak susah2 survey dan buang masa. kat dua website ni, macam2 rate ada. tepuk dada, klik button yang ada. prefer booking.com, akan charge CC bila anda check-in. siap boleh buat free cancellation dengan syarat sehari sebelum hari check-in.


panorama hong kong. tinggi2 bangunan dia.




hotel (hostel) kitaorg menginap kat tsim sha sui. memang tengah2 bandar. 1 minit dari MTR stesen. hari pertama plan nak ke the peak dengan madam tassauds. nak guna ferry. tiba2, dioffer pakej menarik oleh minah filipina ni. pakej naik tram, star ferry, madam tassauds dan the peak. lebih murah kalau beli satu2. pre-tiket dah print siap2, cuma kena tukar tiket di sana nanti. dah ada yang menunggu di sana. bukan tukar di kaunter ye. tak perlu beratur. jimat masa lagi. hoyeah!


the big bus nama company tu. jumpa diorang di central star ferry piers yea.


pemandangan dari star ferry. boleh wat poskad kan? kan?


lengang sungguh. ini kerana perkhidmatan MTR yang superb dan tip top.


kalau nak terus ke the peak boleh la amik bus no. 15, kalau nak rasa naik tram, naik la bas 15c. cakap awal2. sumpah kena beratur panjang. tak sangka memang ramai org malaysia sama2 beratur. jumpa jerk, bagi salam... assalamualaikum ... sambil sengeh kerang busuk.


madam tassauds. ramai selebriti femes2 kat sini. versi kaku. jangan harapkan respons dr patung tu plak yea. kena tarik telinga pun, diorang rilek jerk.


dah start dah. buat perangai pelik2 kat tempat orang.


sporting ar pakcik hitler nih.

sekitar the peak galleria. serious cantik waktu2 sunset. kat area ni memang sejuk. berangin. disarankan bawa baju tebal atau sweater. nasib baik aku tergerak hati nak bawak. yeah!


the peak. like banyak kali. pukul 7PM.


bus stop signboard. service hour tu penting.



bertekad nak ke temple night market dengan menapak. padahal ada MTR. dalam peta nampak dekat. rupa2nya, beribu batu jauhnya~ saran naik MTR je la. sonang.


temple night market.


tengok2 peta. takut sesat dan buang tenaga menapak.


dah start jalan macam org mabuk. lutut dah longgar. nak menapak ke stesen MTR pun tak larat dah. balik naik MTR. berdesup sampai hotel. terus rebah di katil. hajat nak jamak tak yah. tapi tak leh, ada jamak takhir ngan takdim jerk. pilih la mana satu. selipar jepun hijau aku haus tapaknya. adoyai.

sekian sahaja untuk hari satu di HK. nantikan hari dua pulak. (kalau rajin la).


+ nak berkomunikasi tak susah. cakap omputih jerk.

No comments: