Showing posts with label libur. Show all posts
Showing posts with label libur. Show all posts

Jan 1, 2013

(libur) selamat tahun baru 2013

asssalamualaikum w.bt.


wowowowo.... wo! cepat sungguh jarum jam bergerak. dah 2013 rupanya. permulaan 2013 hari ini dan masih tersasul menyebut dan menulis 2012. masih kekok. yela, dah setahun berlatih menulis dua kosong satu dua.

meninggalkan tahun 2012 dengan macam2 kenangan manis dan pahit. kalau dibuat peratusan yang manis tu lebih kurang 95%. yang masin, masam, kelat dan pahit tu sikit jer, 5%. harapan tahun ini menjanjikan kenangan yang lebih manis. juga, diberikan ketabahan dan kegagahan menempuh cabaran sepanjang tahun ini.

tahun lepas memang banyak pergi bercuti bersama keluarga. kami ke sarawak dan langkawi beramai-ramai. ramai-ramai naik van dan wat2 kecoh. gelak2.

tahun lepas, aku pun dah banyak melencong. sampai leave pun dah susah nak approve. guangzhou. shenzhen 2x pergi. singapore pun 2x pergi. bandung. nak pergi medan tak jadi. terlepas flight. dah tu masuk kerja. dan kena gelak terbahak-bahak ngan org kat kilang. terima kasih Air Asia dan Tiger Airways kerana tambang murah mu.

tahun lepas, kerja pun OK dpt rezeki lebih. dapat settle CC RHB. berjaya beli rumah dan berjaya lariskan 3 bijik rumah. abg aku dapat tukar kelantan, adik pompuan aku dpt sambung belajar dan adik bongsu aku dapat kerja tetap. yang adik lelaki sorang lagi, beli kereta idaman. tambah ahli keluarga lg. nur fathiah qaisara. kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun. syukur.

tahun lepas, nenek tiri meninggal dunia dan abg aku involve dlm kemalangan. nasib baik luka kecik2. kesihatan atuk aku yang tak menentu. dan tak juga berjaya tamatkan zaman bujang. hehe. screen telefon aku jugak retak tahun lepas.

tahun ini, niat nak majukan diri dalam sahsiah (wah!!), kerja dan set-up side income. ada cadangan nk buat pe?. juga nak buat banyak2 post2. walaupun takde org nak baca. tahun lepas menulis 29 post jerk. 

syukur. tiada yang lebih mengembirakan selain melihat org yang kita sayang gembira. kan?

+ jarum jam akan terus bergerak. tahu-tahu dah 2014.
++ dapat panggilan malam tahun baru, tepat 12:30am, 'selamat tahun baru!! yuh. abah rasa, pokok nyoo (kelapa) abah belakang rumah kena tebang tahun ini'  

Jun 5, 2012

(libur) hong kong-hari tiga

bersambung-


di hari ketiga, tak banyak aktiviti yang dapat dibuat. hanya ronda-ronda kawasan keliling hotel sambil2 beli ole2 untuk dibawa balik. sebelum2 ni dah borong sikit2, kali ni plan nak habiskan duit HKD yang ada ditangan. biar ngam2 nak gi airport+guna2 kat airport jerk.


hajat nak naik kabel car ke big budha di atas gunung sana. nak main elak2 kabus konon2nya. hmm, takutkan tertinggal flight, terus ke airport lepas berpeleseran kan nathan road dan avenue of star.


jom layan gambar2 kitorg disana di hari ketiga.

muka pintu hotel hostel. 


avenue of star. bergaya sakan habaq hang.

suasana pagi. muka tak cukup tidur.
geli nak pegang walaupun hanya patung oink2.

hah?!!

lenggang jalan di pagi2 ahad.
amik peluang buat aksi matrix. dush2!

huish, dahsyat aku kena sepak terajang.
butik adidas 4 tingkat. dasyat. LV punya pun bertingkat2 gak.

buluh masih berguna, bukan buat lemang tapi cerucuk

makan roti prata. mmg kaw2.

tawar menawar cara gangster.

nak berangkat sudah.

airport. walaupun untuk flight tambang murah. tetap best.
ada kedai makan halal-popeye.


tatatititutu

 

tips:
bagi yang banyak beg nak dibawa, lebih baik naik bas sahaja. terus ke airport. kalau naik MTR panjang la tangan tu nak bawa beg ke hulu ke hilir. sebabnya kena tukar tren tiga kali kalau dari tsim sha tsui.


rupa2nya, yang dekat2 hotel lg murah souvenirnya dari night market yang kitorg pergi. serius tak tipu!!


bagi yang guna kad octupus sepanjang berada di HK jangan lupa redeem ye. duit jugak tu.





+ tak puas, nak gi lagi rasanya.
++ yang terlepas hari pertama dan hari kedua, sila klik sini & situ.



Feb 20, 2012

(libur) hong kong-hari dua



bersambung-

dek kerana kepenatan ronda kotaraya hong kong dengan berjalan kaki, cita2 nak bangun awal ternyata tidak berjaya. aku terjaga kul 7pg. padahal aku-lah orang yang duk sibuk ulang berkali-kali 'eh, esok kena bangun awal dalam kul 6pg, byk lg tempat nak pergi'. tengok2 aku yang tak bangun2. syok tidur bila betul2 penat.

hari kedua
disebabkan kebulur dan nakkan tenaga untuk bersuka ria, kena la gi sarapan roti canai ngan capati kat kedai pakistan. banyak jugak kedai makan halal kat sini. sapa yang tercari-cari makanan halal sila-lah ke chungking mansions di nathan road. semua ada. eh, tipu ar. kebanyakan menu yang ada kat kedai mamak kat m'sia ada kat sini.


kedai pakistan tak buka lagi kul 8pagi. sementara menunggu buka, kita2 pusing2 dulu. sempat juga la singgah di masjid kowloon. sempat bergambar je. boleh plak tak sempat nak beribadah plak kan. hehe.


sebenarnya, hari ni nak abiskan masa satu hari di disneyland hong kong. yeah2! kalau sempat nak naik kereta kabel ke tung chung, ada patung budha besar kat atas sana. malas nak bercerita. biar gambar pula bercerita. nak tlg buatkan cerita pun boleh. ikut suka korang la.


kalau la komuter macam ni punya exclusive kan best. hari2 gi midvalley.hikhik.
ulang alik seremban-midvalley.


tiket masuk.



semua nak kena ada telinga mickey. adoyai.


pintu masuk



ku sangka cerah sampai ke petang. rupanya salji di tengahari.


very detail and superb decoration


alolo chomelnya. rasa macam nak baling ngan selipar. (nk cubit2) hikhik


bergambar ngan awek jepun. tak sangka rudi (paling kanan) fasih cakap jepun.


pakat berdikir barat


laksa penang pun ada. kagum2.


yang ni ride paling extreme kot. tak sempat nak cuba semua.


sempat layan teater simba. menarik.


sorry. kamera abis battery. tak dapat la nak share aktiviti sampai ke malam. jangan lepaskan peluang tgk bunga api berlatar belakangkan sleeping beauty castle. paling best barang-barang cenderahati disneyland semua best2. boleh rambang mata. aku rembat 2 topi.


tips disini, cuba bertanya dikaunter hotel anda jika ada menjual tiket disneyland atau tidak. selalunya ada diskaun. kami dapat diskaun HKD70 per tiket. biasa HKD 399. diskaun berdasarkan berapa tiket yang hendak dibeli. lagi banyak borong, lagi byk diskaun dapat. lagi stau, tak perlu lagi beratur panjang beli tiket.


lagi tips, sebarang makanan luar adalah tidak dibenarkan sama sekali. air mineral ok la. so, pandai2 la sorok. yang penting bawak botol mineral. senang nak top-up kat dalam. harga air mineral kat sana (hatta seluruh hong kong pun) agak mahal juga. lebih kurang rm5-7 sebotol. kalau sepuluh kali beli dah berapa??





+tak cukup sehari. padahal dah abiskan masa dari kul 11pg sampai 8mlm. tak semua ride/attraction sempat pergi. ada-lah alasan nak pergi lagi ke sana.
++ tak sempat jugak nak melawat patung botak dan agak obes.

Jan 26, 2012

(libur) hong kong-hari satu


masing2 ada name tag.

kali ni nak share pengalaman mengliburkan diri di hong kong. ayat tak berbaur show off kan? tak de niat pun nak show off. nak show off tips ronda-ronda di sana adalah. tak tipu ar, bercuti di hong kong adalah sangat di nanti-nantikan. sampai tak lena nak tido malam sehari sebelum bertolak. persiapan jangan cakap ar, dah buat tentatif siap-siap. hotel semua dah book awal2. terima kasih kepada hjhtymah & cik hanis.

hari pertama
seawal pukul 5pg berjalan dari puswari ke lcct semata-mata nak kan parking percuma dan selamat. kalau nak parking berbayar, jawabnya rm2.50 per hour. pun belum tentu selamat.

flight kami pukul 6.30 pg. tak delay pun. yeah! tahniah buat airasia.

oh ya sebagai tips, sebelum nak departure tu pastikan dah rangka sikit2 tentatif percutian anda. kalau tak confirm kelam kabut. survey sikit2 harga tiket dan kos berkaitan. penting untuk pastikan anda pergi ke tempat yang menarik & berbaloi pergi jauh2.

dah nampak daratan dah. huh, lega... seksanya 4jam dalam flight.


masa malaysia ngan hong kong sama je. tak yah risau nak pusing2 tombol kecik jam. lebih kurang pukul 10.30am kami sampai. sila dapatkan peta & card octopus. boleh refund kalau tak abis guna. boleh guna di mana-mana. bas-ferry-mtr dan mcm2 lg.


dari aiport ke hotel, boleh buat pilihan sama ada mengunakan MTR atau bas. Kalau barang banyak elok naik bas. Terus ke hotel. MTR ok, tapi kena banyak kali tukar train.

Lagi bagus kalau tempah hotel awal2 melalui booking.com atau agoda.com. dah tak perlu nak susah2 survey dan buang masa. kat dua website ni, macam2 rate ada. tepuk dada, klik button yang ada. prefer booking.com, akan charge CC bila anda check-in. siap boleh buat free cancellation dengan syarat sehari sebelum hari check-in.


panorama hong kong. tinggi2 bangunan dia.




hotel (hostel) kitaorg menginap kat tsim sha sui. memang tengah2 bandar. 1 minit dari MTR stesen. hari pertama plan nak ke the peak dengan madam tassauds. nak guna ferry. tiba2, dioffer pakej menarik oleh minah filipina ni. pakej naik tram, star ferry, madam tassauds dan the peak. lebih murah kalau beli satu2. pre-tiket dah print siap2, cuma kena tukar tiket di sana nanti. dah ada yang menunggu di sana. bukan tukar di kaunter ye. tak perlu beratur. jimat masa lagi. hoyeah!


the big bus nama company tu. jumpa diorang di central star ferry piers yea.


pemandangan dari star ferry. boleh wat poskad kan? kan?


lengang sungguh. ini kerana perkhidmatan MTR yang superb dan tip top.


kalau nak terus ke the peak boleh la amik bus no. 15, kalau nak rasa naik tram, naik la bas 15c. cakap awal2. sumpah kena beratur panjang. tak sangka memang ramai org malaysia sama2 beratur. jumpa jerk, bagi salam... assalamualaikum ... sambil sengeh kerang busuk.


madam tassauds. ramai selebriti femes2 kat sini. versi kaku. jangan harapkan respons dr patung tu plak yea. kena tarik telinga pun, diorang rilek jerk.


dah start dah. buat perangai pelik2 kat tempat orang.


sporting ar pakcik hitler nih.

sekitar the peak galleria. serious cantik waktu2 sunset. kat area ni memang sejuk. berangin. disarankan bawa baju tebal atau sweater. nasib baik aku tergerak hati nak bawak. yeah!


the peak. like banyak kali. pukul 7PM.


bus stop signboard. service hour tu penting.



bertekad nak ke temple night market dengan menapak. padahal ada MTR. dalam peta nampak dekat. rupa2nya, beribu batu jauhnya~ saran naik MTR je la. sonang.


temple night market.


tengok2 peta. takut sesat dan buang tenaga menapak.


dah start jalan macam org mabuk. lutut dah longgar. nak menapak ke stesen MTR pun tak larat dah. balik naik MTR. berdesup sampai hotel. terus rebah di katil. hajat nak jamak tak yah. tapi tak leh, ada jamak takhir ngan takdim jerk. pilih la mana satu. selipar jepun hijau aku haus tapaknya. adoyai.

sekian sahaja untuk hari satu di HK. nantikan hari dua pulak. (kalau rajin la).


+ nak berkomunikasi tak susah. cakap omputih jerk.