bertarikh 12 Julai, aku nyaris2 terkena dengan sindiket penipuan yang sangat licik. yang mencoba keras untuk menyamun aku. taktik diorg adalah mewujudkan situasi panik bagi mangsa dan menggunakan sebijak mungkin situasi tersebut. seringkasnya ceritanya begini:-
10:03 AM
dihubungi oleh 'suara mesin' yang aku tidak mengambil sampul surat berdaftar. tekan 0 untuk bercakap dengan khidmat pelanggan kami, tambah suara mesin itu lg.
aku pun terus tekan 0 untuk bertanya mengenai sampul berdaftar tersebut. semangat la aku ni, ingatkan dpt surat dari SPA.
khidmat pelanggan tanya detail pasal aku, nama penuh dan nombor IC untuk membuat semakan. tup tup dia cakap surat tersebut telah di hantar ke pej. pos senawang untuk diserahkan di rumah aku tp tiada penghuni masa tu.
lg, surat tu dikirim oleh IPK Kuala Lumpur.
so, aku bajet surat saman la. aku pun pelik jugak. selalunya saman akan dihantar ke alamat kereta itu didaftarkan. DeBaB aku alamatnya kat kg. hairan sekejap. bercerita la kat bos aku pasal ni, dia kata mungkin dah ada sistem baru dalam dunia kepolisan trafik. aku pun hmmm terfikir benda yg sama.
10.30 AM
dihubungi oleh IPK Kuala Lumpur, sarjan kamaludin (kononnya) bagitahu pos malaysia menghubunginya mengenai surat berdaftar tersebut. so, aku pun tanya 'surat saman ke tuan?' . dia kata dengan konfidennya, 'ini surat untuk encik hadir ke balai polis berhampiran untuk berikan keterangan'.
aku pun pelik. lalu bertanya dan terus bertanya. dia pun cerita, 'satu kes dadah terbesar telah berjaya kami tumpuskan. kami berjaya menangkap mohd yusof bersama 3 yang lain di sebuah rumah dan menjumpai sejumlah dadah bernilai RM41 juta. turut dijumpai lebih 40 kad ATM dan buku bank. 3 daripada berdaftar di atas nama encik.
aku pun terkedu. aku tanya lagi. 'kad ATM semua ada dengan saya, bank mana tuan?'
'public bank dan maybank' katanya lagi. dan sepatutnya aku perlu berikan keterangan sama ada aku terlibat atau tidak. kegagalan aku akan menyebabkan waran tangkap akan dikeluarkan.
aku terkedu lg. 'saya akan bertanya dengan pegawai penyiasat untuk mengenalpasti keterangan encik diperlukan atau tidak?. nanti kami akan hubungi encik lg.'
dia sempat berpesan 'encik tidak deibenarkan keluar negara dalam tempoh 48jam dan mesti memberi kerjasama' aku pun iyakan.
10:45 AM
aku rasa mcm tipu jerk benda nih.
aku pun semak no telefon pejabat pos dan IPK Kuala Lumpur kat internet. sekali sama dengan nombor yang telefon aku tadi! mahu tak cuak!
aku pun buka story kat japanese advisor aku pasal aku terlibat dalam kes dadah rm41 juta. dia pun cakap 'you better go back home, you already rich!!' aku pun dengan rasa riak dan hebat 'now, i can buy this company neh'.
dah kecoh kat opis. maklum ar ramai yang amik berat pasal aku. ceit!.
11:15 AM
dihubungi lg oleh sarjan kamal. dia kata keterangan aku perlu untuk kes yang akan dibuka dimahkamah lewat tengahari nanti. so aku pun bagi la keterangan.
dia suruh beritahu tinggi, berat dan warna mata. yang tak tahan beritahu aku 'encik mungkin suspek atau saksi dalam kes ini. sila berikan keterangan dengan jelas. keterangan encik akan dirakam'.
aku pun dengan jujurnya buat keterangan. 'saya dengan ini tidak mengenali individu bernama ..... blah blah...dan tidak terlibat dalam sebarang tranksaksi penjualan dadah.'. lepas tu, minta aku declare semua acc yang aku ada dan jumlahnya. aku sebut la semua RM sejemput yang aku ada. acc yang tak dideclare dikira acc palsu. haiyo...
sarjan taik kucim tu pun bagitahu aku yang report tu akan dihantar ke Pegawai Chin Sok Fong pun sama taik kucim. aku kena call dia di talian 03-27884779 untuk menyemak sama ada dia telah terima ke tidak report aku.
siap bagi nombor report aku PKP 787009/11. huh, licik sekali.
11:45 AM
aku check nombor yang dia bg, tgk2 betul la no IPK Kuala Lumpur jugak. eh dah macam real nih. kata hati aku.
aku pun terus kol pegawai taik kucim tu.
dia angkat dengan tegasnya wei... siap on-hold aku kejap kononnya sibuk. 'sy tidak mendapat apa2 report di sini, saya tak tahu kes apa yang encik tanyakan. nanti saya periksa dan call encik kembali'
sibuk sungguh polis nih.
12:30 PM
pegawai memang taik kucim tu pun call aku untuk sahkan dah terima laporan aku.
masa ni budak2 opis duk keliling aku nak tahu kisah selanjutnya. prihatin sungguh.
dia cakap nak freeze semua acc aku yang aku declare tadi. dan buat semakkan sekali lagi list acc yang aku ada. masa tu lah aku teringat nak declare ASB aku.
'tuan, saya lupa ada satu lg akaun, ASB' dalam hati kata nasib baik aku teringat.
dia pun bertanya 'guna buku atau kad ATM'..
aku pun jawab 'buku tuan. ni bukan RHB tau, ASB takde kad tuan.'
dia pun jawab 'saya tahulah encik'. bodo berlagak pandai la plak.
lepas tu pegawai taik kucim tu bagi aku arahan 'encik, kena keluarkan semua duit dalam akaun encik sebelum kul 1:10 PM. kes dibicara 1.30 PM.'
aku pelik + panik sikit. 'hah sekarang ke? mana sempat nak cari buku lg. saya bukan 24hr bawak buku bank'
dia cakap, ' sy tak tahu. ini duit encik. cuba settlekan yang ada duit paling banyak'
aku pelik. tanya lagi 'siapa yang nak jaga duit saya yang banyak (konon2 la). buat kena rompak nanti.
dia cakap, 'kami akan sediakan anggota berkawal sekitar rumah encik selama 48 jam. encik jangan risau. keselamatan encik kami jamin'
aku pelik dan tanya lagi 'biar betul, dia akan ikut saya ke setiap bank?'
dia cakap, 'ya, 48 jam. sampai saja ke bank, call saya dan saya akan tempatkan sorang anggota di sana.'
aku pelik 'tak logik untuk saya keluarkan semua duit dalam masa 15 minit'
dia bertegas 'encik kena cepat. masa pandai2 lah encik arrangekan sendiri.'
~suasana kat opis riuh, semua nak jadi inspektor. bagi pendapat masing2. hui kalut jadinya.~
aku ada gak tanya kawan kat bukit aman dengan sms. tak berbalas.
aku pun pergi makan nasi arab. buat dek jerk! atas dr nasihat inspektor2 dalam opis.
1:40 PM
pegawai taik kucing telepon lg. 2 kali. aku tak angkat.
2:45 PM
kawan kat bukit aman call. katanya sindiket penipuan nih.
3:00PM
update kat budak opis pasal sindiket nih.
dia suh aku jadi umpan nak tangkap malaun2 tersebut. suruh aku kol balik ckp ada kat bank.
siap ada yang volunteer nak bagi ceramah kat malaun2 taik kucim tersebut.
14 Julai 2012
keluar kat kosmo pasal sindiket ini. rujuk kat link di sini.
+ mereka ini semuanya bertutur dengan fasih.
++ jgn ada yang panik, rujuk rakan2 disekeliling anda dulu.
+++ sindiket ni boleh buat nombor telepon yang display kat telepon mangsa adalah nombor polis yang betul.
5 comments:
kagum ngan penulisan ko...
ada kawan kena juga 2 minggu lepas. wife x kerja pun dikatanya bersubahat dengan sendikit dadah. hru hara dia. kami pun bg nasihat. dorang penipu dan minta pergi ke rumah ibubapa takut jd kes peras ugut atau rompak pula (sbb dia kata nak dtg tangkap) kalau tak kena bayar RM3K
dia pun ada inform pd jiran polis dan jiran tersebut minta buat biasa. dia akan pantau..
mmg dasyat lah dorang!
(minta kopy story bro) untuk share... utk perkongsian bersama, boleh?
sila2.. tq sudi baca
saya pun dapat panggilan hari ini.
Aku baru kena siang tadi..sebijik cerita cuma ada ubah sikit2..sarjan firdaus lah,tuan zaki,tuan wong lah..nasib baik sampai babk tanya pegawai dulu..telefon pun sentiasa online je dari kilang sampai bank..memang licik level tinggi ni..hati2 semua
Post a Comment