Mar 21, 2012

(tips) beli rumah lelong

setelah menyertai lelongan awam rumah, dapat lah nak share sikit2 tips yang dapat sepanjang proses membeli rumah lelong. lebih baik dibahagikan kepada beberapa bahagian dari mencari rumah lelong sehingga la mendapat rumah lelong idaman. cakap awal2, aku tak berjaya memliliki umah lelong idaman aku tu hari ni 21 Mac 2012. aku tertewas :(. berbalik kepada tajuk entri kali ini, pakat baca tips yang nak diberi.

mencari rumah lelong
untuk memiliki rumah, kita boleh memilih untuk membeli umah baru (dlm pembinaan), atas tangan orang (sub-sale) atau rumah lelong. dapat rumah pusaka tak kira.

banyak website yang advertise umah lelong. boleh cari di iproperty, homeguru atau lelong. suggest guna homeguru, sbb user friendly dan tak perlukan bayaran untuk dpatkan maklumat berkaitan. kalau lelong kena bayar. rm5 utk setiap info. rugi tak jumpa homeguru dulu.

selain tu, boleh tgk kat iklan2 kat tiang lampu isyarat mahupun tiang bendera (kalau ada la).


mencari info dan maklumat berkaitan
maklumat disini adalah terlalu meluas maknanya. kena tahu alamat, harga semasa, reserve price, keadaan rumah dan bil2 tertunggak jika ada. rumah lelong dapat tengok dari luar jer. jangan demand nak tgk dalam. sedar la diri, kita ni beli umah lelong jer. hehe.

harga semasa adalah penting, nanti takde la beli rumah lelong lg mahal plak. melalui homeguru, semua info boleh dpt dengan mudahnya.

kalau boleh dapatkan proclaimation auction. barulah lebih paham syarat2 berkaitan.


menggunakan khidmat agent atau tidak?
setiap umah tu ada agentnya, ada yang free (commission dibyr oleh bank) dan ada yang berbayar. lg senang buat sendiri. tak susah pun.

kalau guna agent, korang boleh lah rileks jerk. biar dia yang uruskan. tapi kena keluar duit la. tak tahu la, kalau tak menang lelong kena bayar agent ke tak. yang tu tak tahu. tapi kalau dah buat kerja mesti nak upah. kan? kan?



membuat bank draft
hmmm.. tak susah. semua bank boleh buat. ada charge (fee+stamp duty). kalau public bank rm2.15. bank draft mesti lah 5% atau 10% dari reserve price. bergantung pada bank.


sebelum hari lelongan
decide awal2 sampai berapa RM nak bida. kalau dah tahu sediakan la cash untuk 10% perbezaan harga lelong dan reserve price. lagi bagus dah kira siap2, installment. nati set harga tinggi2, tak mampu plak nak membayar. lagi teruk tak dpt cari loan, hangus deposit tu nanti.


mendaftar sebagai pembida atau buyer.
datang awal pada hari lelongan. daftarkan diri sebagai pembida dengan menyerahkan bank draft dan ic. juga kena bagitahu lot mana yang nak dibida.


sebelum lelongan
akan ada banyak 'ulat-ulat' yang menganggu. nak offer duit untuk kita tarik diri dan jangan pelik ada juga yang sanggup bayar. sampai rm2K untuk tarik diri. terpulanglah kat korang. tepuk dada tanya selera.


semasa lelongan
angkat nombor di tangan anda. selalunya sekali angkat bermaksud RM1K. bergantung kepada jumlah pembida. kalau anda tertinggi, anda berjaya mendapat rumah tersebut.


selepas lelongan
yang tak dapat, pulang dengan hampa la jawabnya. macam aku. terus toya muka. tapi dah bukan rezeki, nak wat camne kan. jangan lupa amik balik bank draft awak tu...

kepada yang dapat. yeah! tahniah diucapkan. kena settlekan dalam tempoh yang diberi. ada yang 90 hari, 120 hari pun ada. so, cepat2 la cari loan. kalau tak dapat nak settlekan dalam tempoh tersebut, boleh wat rayuan gombal untuk extend-kan datenya. tapi nak buat rayuan, jangan lupa hulur ongkosnya.

rumah ini, belum rezeki ku agaknya




+ panjang lak entri kali nih.
++mintak2 ada lg umah lelong best2. tak akan putus asa. yeah!

5 comments:

Anonymous said...

Rumah kat mana ni? Tmn apa?

kawan said...

taman bandar senanwang, n9
dkt ngn sekolah, tapak masjid (belum buat lg), petronas & tman.

sygnya tak dapt umah nih.. :(

Anonymous said...

memang cantik rumahnya..sabarla
belum rezki

Anonymous said...

Informative article, just what I was looking for.

Here is my webpage ... red bottom shoes

Anonymous said...

Hello, all is going fine here and ofcourse every one is sharing data,
that's in fact fine, keep up writing.

Also visit my blog post: christian louboutin shoes