Mar 3, 2014

(libur) beijing 5H4M

assalamualaikum w.b.t

rasanya dah lama TR tak update blog. hampir setahun sudah rasanya. banyak jugak nak dikongsikan sebenarnya, tapi asyik tak menjadi je nak zahirkan dalam bentuk post.

kali ni nak bercerita mengenai cuti-cuti 5H4M TR di kota Beijing. nak berkongsi cerita dan tips-tips berguna sebelum dan ketika berada di sana. di sana banyak sangat taktik penipuan. kena banyak hati-hati.

apasal ke beijing?
dapat email promo dari expedia.com.my , pakej hotel dan flight shanghai rm700++/pax. tanpa berlengah lagi terus surf website dia. tuptup tertarik dengan pakej beijing plak. sebabnya nak tgk tembok besar china. haa, siapa yang suka melancong boleh-lah subscribe dengan expedia. kadang-kadang, ada promo syyyhh~. tak heboh2 kat website diorg.

sebelum pergi tu survey ground package. comparekan juga dengan kalau travel sendiri. berdasarkan kira-kira yang dibuat, kosnya jauh lebih tinggi. baik ambil pakej je. TR ambil dengan muslim2china.com. full trip untuk 3hari RM275/pax termasuk entrance ticket, lunch & dinner. tak termasuk hotel. murah! lg2 trip ni utk dua pax je plak tu. sgt murah! awas ada muslihatnya!

TR sampai awal pagi, pukul 2pagi dalam suhu di bawah takat beku, -8C. memang sejuk ketar dibuat. memang pengalaman pertama. sejuk tak terasa sangat masa tu, dengan baju tebal yang dipakai dari atas flight lagi. sebabnya terus naik kereta. pakcik dari muslim2china datang jemput.

utk mlm tu, TR menginap di hotel cinderella. RM40 per night. dah mula start muslihatnya, dia cakap bayaran tak diterima daripada agoda. padahal book guna debit card dan dapat confirmation resit lagi. minta bayar cash. berlawan cakap gak la. disebabkan dia dah terkial-kial nak ckp omputih. dia mengalah. taktik tak nak rugi. sbb rate yg dia bagi sangat murah. kalau walk-in, diconvertkan jadi RM130 per night. jauh beza. jadi awas ya!

cinderella hotel


malam tu keluar gak la. cari benda yg boleh dimakan. sejuk dah mula terasa. hidung berair tanpa disuruh.
jumpa maggi halal, product singapore. rasa mmg tak sedap langsung.

keripik shrimp dari indonesia, best.

paginya sebelum tourist guide dtg jemput pukul 12tghr. sempat juga la ronda-ronda sekeliling hotel. tak sangka, boleh jumpa pasar tani pagi diorg. meriah sakan pasar tani di sini.

suasana pasar tani di sana.
murah kasut ni. dalam 10 MYR.

hampir semua benda nak dijerukkan. 

working bird.


rempah ratus.

klinik gigi palsu. ada berani nak dptkan perkhidmatan ini?

diorg-kan mmg nak menipu je kerja. harga strawberi kata sekilo RMB 8. bila lepas timbang sebakul. lain plak harganya. argue-argue, diorg tak paham. last2, geleng2 kepala  lepas tu, buat selamba blah macam tu je.

untuk hari pertama TR dibawa ke makan tghr, dataran tiannamen, pusat urutan kaki, forbidden city, niujie mosque & muslim supermarket. kita wajib spend masa sejam di pusat urutan kaki. kita seakan-akan dipaksa untuk membeli produk diorg. tak beli takpe. kena ada skill tepis la.

portion untuk makan sorang di sana. kalau ke sana jgn order banyak2. tak larat nak abiskan.
isi ayam yang dogoreng bersama kacang dan batang sup.


menimbum. lelah nak habiskan.

tiannanmen square. sumpah sejuk giler.

lily, the tourist guide.


lily's boypren. ahaks. =)








aktiviti seterusnya adlah tgk akrobatik show. memang amazing-lah org kata. buat mulut masing2 melopong. macam agar-agar badan masing-masing. paling menakjubkan gadis kenit boleh tampung dua orang. wajib pergi tonton kalau ke beijing ya.




jam 7mlm, kami dihantar ke hotel. pukul 5 dah gelap dan masuk waktu maghrib pun. kami tinggal di hotel hutong inn. balik mandi cepat2 dan keluar balik. hotel hutong inn sangat strategik. hampir dengan metro station. malam tu TR ke olympic stadium. tak leh masuk dekat. dah tutup. lewat sangat dah masa tu. nak masuk jugak boleh, tapi kena bayar. kena guna khidmat photographer jalanan. malas-lah nak bayar2. amik gambar dari jauh jela.

menara tinjau.

stand on snow. fake snow.

penting. nanti tak pasal2 naik teksi. 
lepas tu masih lagi bertenaga. tapi balik rehat2 dulu. esok nak ke great wall. kena gerak seawal pukul 8am. jauh sikit nak kesana.yeahha! bersambung lg.




+ nantikan cerita hari ke dua pula.

3 comments:

Anonymous said...

Salam, service muslim2china ni recommended x? tq :)

Liyana said...

muslim2china ok ke??

azim said...

sis, pakej muslim2chine tu ok tak