eh, ada jawatan kosong la. siapa yang berkenan boleh ar memohon yea. mungkin pandangan dari TR dapat membantu dlm membuat pertimbangan untuk memohon atau tidak.
waktu kerja:
8am-5am. yang tu official.
selalunya 6 atau 7 pm baru rasa macam tak pelik keluar kilang. kalau tak macam tak kena jerk.
gaji:
standard, gaji eng. kat senawang. kalau boleh demand gaji tinggi terus. sebab kenaikan agak tak berapa nak memberangsangkan. selalunya flat rate.
pengalaman:
tempat yg sesuai utk menimba ilmu pengetahuan & pengalaman: pasal system, process & pressure management (memang banyak pressure). insyallah campak kat mana boleh hidup. kat sini banyak hands on.
ditambah, setiap bulan mesti present satu projek. asalkan berkaitan quality & process improvement atau cost saving. anda tak boleh skip, mesti ada sesi ke-2. sampai buntu nak present projek apa...
suasana kerja:
agak byk politik. tp asalkan tak kacau org, anda mesti selamat.
elaun:
elaun makan rm52 sebulan.. yeah! diberi dlm bentuk kupon. setiap bulan bertukar gambar.
elaun umah, rm 100 bg mereka yang bukan berasal dari n9.
ot:
lupakan saja. agak tak berbaloi. rm250 utk 50 jam. kurang 50 jam, tak boleh claim.
cuti:
8 hari setahun. keje cukup setahun baru dapat annual leave. tp company banyak bagi cuti 'shutdown'. kira acceptable la..
skill:
anda perlu tahu teknik tai-chi untuk hidup bahagia. perlu tahu cara nak cover diri sendiri. dengan rekod semua info-info yang mustahak.
klinik panel:
2 klinik jerk. waktu rawatan pula terhad. 3pm-7pm. kalau sakit waktu selain itu, sila ke klinik lain, boleh claim setakat rm15. pikir2 balik, kesian kat operator. nak tak nak kena pergi masa rawatan klinik tu. tahan la sakit tu dulu. kenapa tak tukar klinik lain atau tambah jumlah klinik? jgn tanya, aku tak tahu jawapan dia.
bonus:
ikut keuntungan company. so far ok la.
dinner:
sekali setahun. ikut keuntungan company jugak.
keluar masuk kilang:
agak lenient & flexible. isu sahaja gate pass, anda bebas ke mana jua.
nk time-off pun boleh, 30min? sejam? dua jam? boleh3x.
pakaian:
tak perlu nak pikir pakai apa esok. uniform disediakan. sungguh pun design tak ubah mcm cleaner, kira ok la.. tak perlu abis duit beli baju. atau bergaya sakan ke tempat kerja.
berminat, sila ke jobstreet. taipkan jawatan & location yea. mesti jumpa advertisement nih.
teringat masa mula2 nak start kerja kat company nih. link
No comments:
Post a Comment