Nov 25, 2010

SPM 2010: Sila Perah Mental

sokongan moral di pagi hari
(pagi yang berkabus)

rasa belum terlambat lagik nak wish selamat menduduki SPM dan memerah otak untuk adik-adik form 5 yg bakal menjawab soklan-soklan yang menguji minda dan kesabaran. kalau rasa teruji tu, jangan marahkan paper tu.. marahkan tukang buat soklan tu. yea la, mungkin anak-anak diorg tak ada ambil SPM tahun ni. so, buat la payah sikit. boleh ke camtu?!

tapi insyaallah sapa study smart & hard, mesti 'semua jadi mudah'. dah tentu2 boleh jawab dengan kacang. tap-tap. baling dadu atau golek pensil tak kira yerk. tu dah masuk puak-puak menilik nasib tu. ish2x.

bila musim periksa besar2 ni, teringat masa aku di situasi yang sama. yang pasti, tips peperiksaan ma abah aku lebih kurang sama untuk semua anak2 dia. tahun 2010, dengar pesanan yang sama sekali lagi. adik bongsu aku amik SPM tahun ni.

antara tips berguna adalah:-

1. mesti sarapan.
2. pensil asah siap2 & pen pastikan berdakwat.
3. ic, lesen, slip periksa dah bawa???
4. tulis nama & maklumat betul2. check 2 kali.
5. jawab soklan yang mudah2 dulu, jangan bazir masa jawab soklan payah yang confirm tak reti nak jawab.
6. tengok jam, congak berapa masa yang tinggal untuk jawab balance soklan.
7. kalau org keluar awal, biarkan dia. jangan tengok! jawab sampai abis masa.
8. tak paham soklan angkat tangan. tak cukup kertas atau ada masalah angkat tangan jugak. siap ajar lagi dialog. aduhai~
9. kalau dah siap tu amik masa untuk periksa jawapan. konon2 jadi pemeriksa paper SPM la.

aku sebagai abg, bg sokongan moral dengan tips yang tak berapa nak fadillah kamsah sangat ar.

1. jangan biar satu pun soklan tak berjawab. jawab semampu mungkin. conteng ar skit pun. mana tahu dpat satu markah. lagi2 kalu jawab paper agama... senang nak dpat markah. bg jawapan yang common sense pun leh dpt markah.
2. gunakan masa sebaik mungkin sampai saat2 terakhir.
3. meniru kalau terdesak dan berpeluang.. nak kena halau keluar dewan??!!! jgn coba2!


~sepinggan nasi goreng yang telah membakar semangat nak bangun pagi dan pergi sekolah~
.
.
.
.
p/s: sedar tak sedar, dah 10 tahun aku tinggalkan SPM. cepat tul masa bergerak.

No comments: