Apr 1, 2010

easy to talk!


easy to talk!
~senang utk ckp~

lebih baik diam klu hanya tahu bercakap saja dan tak tahu buat.
klu tahu bercakap dan ringan tulang belulang, silakan jangan berhenti bercakap. tapi kalau banyak bercakap benda2 yang nampak gempak klu menjadi tetapi tak tahu mcm mana nak bikin.. baik DIAM. tampal mulut pakai tape.

tak tahu knp nak bebel pasal benda nih. mungkin sbb kebelakangan ni banyak sgt dengar kata2 dari mereka yang tahu cakap sahaja. lagi tensen bila dengar permulaan ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni "kalau aku jadi kau, aku akan buat...." atau "eh, kenapa ko tak buat mcm nih??" atau "kau kena utamakan mana yg penting dulu, senaraikan"...

tak salah memberi cadangan yang bernas lg cerdas, tapi jangan la sampai double meaning nak menge-down kawan tu tak bagus..mungkin kita nampak senang kerana percaya dengan kebolehan diri, atau kePOWERan diri yang ada, yakin kita boleh buat... tapi bila mana berada dalam situasi yang sama, baru terasa peritnya... percayalah, tak smua ada kebolehan yang sama. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

mcm aku sama juga, bila tgk org miskin...kadang2 terfikir jugak.. kenapa org miskin tu takde usaha nak baiki taraf hidup??... banyak kot kilang2 untuk jadi operator. bila jadi operator buat ar Over Time banyak2 sampai lebam mata. mesti dpt banyak gaji dan boleh tingkatkan taraf kehidupan. tapi sebenarnya tak semudah berkata-kata. pasti ada jerk halangan, contohnya punyai anak kurang upaya yang memerlukan perhatian setiap masa sehingga tak membenarkan diri mencari kerja... ini base kepada kebanyakan episod Bersamamu yang aku pernah tengok. tapi jangan pulak dijadikan alasan utk malas berusaha..

hmm, bercakap ajerk mmg mudah kan? mudah2an hari2 mendatang ni banyak berjumpa dengan org yg tahu cakap, tahu apa yang dicakapkan dan tahu bagaimana nak buat. klu bagi cadangan pun.. jangan lah harapkan ke'perfect'an yang melampaui batas dan beri peluang utk kawan memperbaiki diri.. klu nak terus seperti yang diharapkan, sila lakukan sendiri ya... tapi kadang2 semua ni aku jadikan satu cabaran dan ingatan untuk tidak hanya tahu cakap sahaja.. kerna aku kadang2 pun begitu(sewaktu diluar pemikiran waras otak kiri)..
.
.
.
.
p/s: skang kurang cakap, lidah kena ulser...
(banyak kutuk org kot, instant punishment.. hahaha)

No comments: