(UPSR 1995) soalan karangan 1A: Bayangkan anda sudah menjadi seorang bapa saudara. Ceritakan pengalaman anda. Sila tuliskan no pilihan soalan anda di sebelah kanan kertas karangan anda.
ayah ngah
Soalan:1A
ayah ngah
umur saya 27 tahun. saya adalah seorang ayah ngah kepada dua budak kecik yang dikenali sebagai anak saudara. anak saudara saya ada dua. satu laki-laki satu perempuan. mereka anak kepada abang dan kakak ipar saya. nama mereka adalah fizratul umaira dan fakhry mifzal. saya bangga kerana nama mereka sedikit sebanyak adalah hasil buah fikiran saya. saya hanya mencadangkan, macam tidak percaya diterima oleh abang saya.
saya suka melayan kerenah anak-anak buah saya. mula-mula saya rasa tertekan kerana anak buah saya bernama umaira suka menangis dan tidak mahu pergi kepada org lain selain ayah, ibu dan pengasuhnya. saya rasa tak suka, tak suka, tak suka! asal saya pegang dia menangis. saya kutuk dia manja cenkadak. lama-lama, dia mula serasi dan suka pergi kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. dia hanya kurang suka pergi kepada ayah saya, sebab ayah saya suka usik kanak-kanak dengan buat riak wajah yang mengerikan. tapi lama-lama dia sudah biasa dengan usikan ayah saya. ayah saya menggunakan taktik naik moto untuk pancing anak saudara saya itu. akhirnya kanak-kanak itu terpedaya.
pada umur setahun lebih dia sudah pandai mengira anak tanga umah saya. dia hanya pandai kira sampai tiga. dia suka panggil nama adik saya. biar berapa kali diajar memanggil dengan ayah su. dia tetap pendirian dengan memanggil nama sebenar adik saya faez. dia akan memanggil faez, faez, faez!, bila adik saya menyorokkan diri. dia suka anak patung. bila suruh sayang, dia akan peluk erat anak patung itu.
dia kurus kering sahaja, tapi tidur sangat buas. dia tidak ayu langsung. dia tidak akan meragam masa tidur asalkan dia bersentuh dengan apa-apa objek. hari itu, dia tidur bersama anak asuhan mak saya yang tidur buas. leher dia telah ditindih oleh kaki anak asuhan mak saya. saya dan mak saya terbangun dan kami ketawa besar. dia sambung tidur selepas kaki gajah itu di alihkan. kami sangat sayangkan dia. kami juga suka buli dia. dia tidak marah cuma kerut muka sahaja.
kami sayang juga fakhry. kakaknya memanggilnya ayie. dia seorang budak kecik yang baik. jarang dengar dia menangis. saya rasa dia akan menjadi seorang yang pendiam dan pintar. saya adik beradk belum lagi membuli dia untuk mengambil apa-apa barang. umaira selalu menjadi mangsa. bila dia tlg ambilkan barang, dia yang ucapkan timacih. saya rasa ianya sangat comel.
kami sayangkan mereka, harap2 mereka akan kekal comel dan tidak degil bila besar nanti. saya harap anak-anak saudara saya akan menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti. itulah kisah pengalaman saya sebagai ayah ngah di usia tuamuda ini.
bayi: umaira+mifzal
waktu ini, dia tidak suka pergi kepada saya. dia duduk dipangkuan ayahnya pada kelajuan di atas paras pemandu berhemat
saya letih melayan kerenah melalaknya dalam kereta
ayie berlatar belakang tok ma-nya.
mereka sangat suka tidur
along a.k.a gajah.. :D
umaira mangsa buli kami.. muahaha.
.
.
.
.
p/s: please3x, kamooo jangan nakal.. nanti aku pulang.. bagi engkau rotan~
.
.
.
p/s: please3x, kamooo jangan nakal.. nanti aku pulang.. bagi engkau rotan~
No comments:
Post a Comment