Jan 21, 2010

YOU ARE MY DESTINY

yOu aRe mY dEsTiNy

Akhirnya, sejumlah 178 episod you are my destiny berjaya dihabiskan. Lebih kurang 2 bulan nak abiskan tengok cerita korea ni. Sekali tengok, memang susah nak stop.

Kenapa? Kerana setiap episod diakhirnya dengan adegan yg mendebarkan dan meninggalkan penonton dgn perasaan tertanya2.

Drama ni mengisahkan gadis bernama jang saebuk ingin memulakan hidup baru setelah mendapat kembali penglihatan melalui pembedahan kornea yg diterima dr seorg doktor. Pencarian penderma kornea memulakan segala plot2 menarik dlm setiap episod.

Dibenci oleh keluarga penderma yang akhirnya menjadi ahli keluarganya sendiri. Jang Saebuk adalah penyebab kepada kemalangan doktor (penderma kornea) sewaktu dia melintas jalan.

Konflik dan perjalanan pencintaan Jang Saebuk bersama Kang Hose memang berjaya menyebabkan anda dibuai perasaan bahagia, sengsara, sweet dan kuat semangat.

Setiap watak menambahkan keseronokan menonton cerita korea ini. Watak si nenek yg suka mengambil kesempatan dan membuat muka seposen bila kantoi buat salah memang menghiburkan. Watak Taepoong yg cuba macho + cool bila menyentuh soal hati dan perasaan, dan karaktor ego watak mak Kang Hose benar2 menjadi.

Lebih baik, korg tengok sendiri. Tapi kena sabar sikit ar, sbb episod dia byk sgt. Jangan ketagih, sampai mengantuk waktu kerja gara-gara marathon tengok cite ni (jgn tiru peel buruk ni). Semua 178 episod dilayan secara online di www.mysoju.com... selamat menonton! :D

lagu2 dalam cerita ni pun best2.. boleh la klu nak dijadikan ringtone handset.

You Are My Destiny OST - (Yuri) Happy Happy.mp3

You Are My Destiny OST - (YangSunMi) Geudae Joah.mp3


~pelakon yg comel2 & handsome2 belaka~
sebab utama aku nk tengok cerita ni :P


~ 40minit x 178 episod=7120 minit= 120 jam~

.
.
.
.
p/s: cite korea byk mempengaruhi pencintaan yg aku impi2kan.. hahaha..
tu yg susah tu... hampeh tul!

No comments: