Jul 13, 2010

kalau dah rezeki..

ungkapan yang agak biasa didengar, memang ada kebenarannya.

hari ahad lepas,handset lawa aku jatuh di lake garden. tersedar, sewaktu nak naik kereta 'eh, mana handset aku???' bentak hati aku

'arrggghh, mesti gara2 seluar track siut ni licin' aku bercakap sendiri. tak semena2 otak aku memproses data. mengenalpasti lokasi2 di mana handset itu terjatuh.

mana???? celah seat? atas rumput tempat borak ngn ravi? tempat buat seat up (senaman memetakkan perut)? tempat aku baring tengok langit membiru? mana???

ape lagi, turun kereta dan terus cari dekat tempat2 tu. tak jumpa jugak. dalam hati aku, 'hmm bukan rezeki aku'.

sungguhpun begitu, terasa tension mencari tetap ada. aku balik, terus sarapan nasi kerabu. siap bawa balik ikan goreng tepung untuk diratah.

cuba call guna telefon rumah. ada suara awek menjawab, awek celcom. minta tolong abah aku hantar mesej, sesiapa yg terjumpa sila pulangkan handset kepada tuannya.

cuba dan mencuba. tak ada juga yang menjawab. aku kemudianya tido sambil tengok cerita korea. bangun2 kul 2pm, terus mencuba lagi. mungkin handset itu masih disitu.

siap segala yang patut, terus jadi detektif utk mencari handset sendiri. dalam hati, kalau tak jumpa, mmg rezeki kedai handset kat seremban parade ar. mungkin impian nak pakai hanset E72 mungkin terlaksana hari ni juga. tiba2, sedih dalam kesyukuran.

lokasi handset jatuh

tak sampai sepuluh minit mencari, dah jumpa handset aku tu. elok je sopan dia duk atas rumput. perasaan aku? gembira biasa2. panjang jodoh handset ni ngan aku. mmg dah rezeki aku tak payah nak gatal2 beli handset baru. dan bukan rezeki tokei handset hari tu nak dapatkan duit aku.

dan belum tiba masanya untuk aku memiliki perut yang berpetak2. ada petak empat segi yang satu ni pun jadi la.

-aksi pencarian handset-

sampai ke atas aku cari

acececeh

detektif conan
.
.
.
.
p/s: kalau dah jodoh tak ke mana. kalau tak cari tak jumpa.


No comments: