tepat jam 6.30 ptg tadi lepas ar segala kesiksaan. persiapannya yg bermula dari sebelum puasa sampai la raya aidiadha. kesiksaan itu bernama audit. memang menyusahkan dan buat org tak senang duduk. berdiri pun tak senang jugak sebenarnya. tapi tup-tup dah abis. perjalanan nak menempuh 2 kesiksaan ini penuh suka duka. bilik gerakan jadi saksinya.
time ini la, boleh nampak sapa yang sanggup menolong. sapa yang tak kuasa nak menolong. lebih rela surf internet atau ke hulu ke hilir buat-buat sibuk. kerana prinsip 'bukan kerja aku'. time ni la dapat kenal siapa si ringan tulang dan siapa yang menolong sambil muncung mulutnya. hempas2. dalam kata lain, dapat kenal sapa kawan, sapa teko. teko kan ada muncung. biarkan. ini masa aku. lagipun ada ramai lagi yang ikhlas nak bantu.
dapat juga kenal siapa tahu suruh, tahu menyucuk dan tahu berlakon. korang memang hebat. tapi sungguh pun wujudnya org2 macam ni. org yang ikhlas dan seronok membantu pun ramai.
terima kasih atas kesungguhan menjayakan kesiksaan-kesiksaan ini. belum lagi melayan org yang suka buat kerja cincai. asal ada. bagi nasihat/cadangan melawan. kuat mengeluh pula tu.
oh ya!, aku siap kena fired sebab tak by hand bagi sample. aku berkejar keretapi nak ke kluang, nak main pondok2 ngan anak buah aku pun tak senang, dipaksa hantarkan sample. tak nak ambil sendiri. ko ingat ko agung. nak fired aku? sila sediakan wang pampasan secukupnya utk alasan bodoh ko berhentikan aku. pada pukul 7 ptg ko suh aku buat benda 'menyembah duli'. perjanjian, waktu kerja 8pg-5ptg saja.
tapi sekian lama persiapan ditambah suka duka yang diharungi, audit sekejap cuma. ambil masa tak sampai 3jam pun. banyak kos, masa dan tenaga telah digunakan. sampai byk keja aku tertangguh. lepas ni kena pulun ar. tapi pulun pun apa gunanya kalau performance dikira pada kadar sama rata.
lebih baik surf internet atau jaga line tak banyak mesin. pukul lima angkat kaki. keciwa sekejap. lepas ini nak berfikiran positif je. nk dapatkan banyak2 pengalaman, pastu demand untuk kerja baru atau post baru.
yeah!!! tapi aku hadapi semua ni dengan senyuman. janji dah usaha. tawakal. ada yang ingat aku akan surrender! oh tidak yea. pada aku setiap yang sulit tu akan berlalu dengan kelapangan.
betul. tengok auditor bergerak pulang sambil angguk2 dalam mpv, yang tak ubah mcm ombak dari pasukan penyokong cukup buat aku gumbira dan lapang dada. jgn dtg lagi yea hencik koukoci kita, hencik hasimoto dan rakan-rakan. haha. berhenti la menyusahkan kami. selamat pulang utk sambung buat keta mitsubishi yang best2.
.
.
.
p/s: bila la lg dpt main doktor2 dengan cik umaira.
No comments:
Post a Comment