mEnGonG kOjaP
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yea la ketentuan Dia..
siapa berusaha akan berjaya
siapa malas akan terus mundur
siapa mencari pasti akan jumpa
siapa menunggu pasti akan terus disitu
siapa belajar akan pandai
siapa makan akan kenyang..
begitu lah hukum-Nya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ni aku bangun lewat, kul 9pagi... tertido kat bilik azim.. sebab penat men futsal semalam ngan nengok gelanggang raja lawak kat youtube.com ngan si nuar tu. cmne aku nak tdo, asal nak tdo jek "wesh takkan nak tido dah kot?!". dia tak tau ke skang dah kul 4 pg.. nak jerk aku siku-sikukan mamat tu.. haha.. aku lak demi menjaga hati kwan, leh jerk layan borak ngan dia dalam keadaan separuh sedar..
aku rasa mamat ni tak tido, dia kejut aku kul 6.52 pagi, ajak gi jogging ngan sarapan... bila aku dah bangun.. beriya nak gi sarapan, ngk2 dia dah lena tido kat atas tilam empuk aku.. cis, buang karan tul mamat ni.. aku apa lagik smbung tdo dan terbangun pun kul 9pagi... bangun2 terus rasa pening kepala.. tengok keliling terus pikir apa aku nak buat hari nih.. macam sangap jerk.. aku bukak pintu dapur (untuk pengudaraan yang lebih mantap) pastu guling2 atas tilam azim (tuan punya tilam balik kg)..
aku pikir, pikir dan terus pikir...apa aku nak jadi?!.. adakah hidup aku skang seperti mana yang aku harapkan?!.. jawapan aku ya dan tidak.. aku cuba tetapkan apa aku nak dalam hidup sebenarnya?! akhirnya aku pun takde jawapan.. adakah aku sepatutnya menjadi seorg yang lebih bagus dari sekarang? tiba2 timbul sedikit2 penyesalan atas keputusan yang pernah aku buat... tapi akhirnya aku akui aku tak bisa meramal akan masa depan dan apa akan berlaku.. benar! banyak sudah aku merancang, tapi tak semua menjadi..
mungkin juga apa yang aku rancangkan tak aku lakukan sungguh2.. ya memang ada!.. kadang2 macam banyak cakap dari buat kerja.. hampeh.. tapi aku masih lagi berpeluang mengubah nasib aku...siapa lagi nak ubah klu bukan aku..
mcm dalam ayat 11 dalm surah ar-ra'd "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"
tapi pokok pangkalnya aku sendiri yang kena ubah nasib aku sendiri... sejauh mana aku mahu mengubah kisah hidup aku sendiri.. aku takut aku hanya "hangat2 taik ayam mone (mone= tahap tertinggi kebusukan taik ayam)".. hmm.. aku berazam, untuk ubahnya hari ini.. :D..
rasanya ayat ni boleh bakar semangat aku.."dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah megadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" ayat 3 surah at talaq.
yea la ketentuan Dia..
siapa berusaha akan berjaya
siapa malas akan terus mundur
siapa mencari pasti akan jumpa
siapa menunggu pasti akan terus disitu
siapa belajar akan pandai
siapa makan akan kenyang..
begitu lah hukum-Nya
ketentuan sudah ada.. so pilih la yang mana satu... takde ape boleh aku ubah apa yang telah aku putuskan dulu.. skang aku hanya bleh ubah kisah hidup aku untuk 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi..jika pilihan yang tepat aku buat..! tapi aku takut aku hanya pandai cakap aje...ish, semangat! semangat!
.
.
.
.
p/s: aku takkan menungu lagi, nak mencari dah sekarang..
harap2 cepat jumpa..hehe
.
.
.
p/s: aku takkan menungu lagi, nak mencari dah sekarang..
harap2 cepat jumpa..hehe
No comments:
Post a Comment