Jan 1, 2013

(libur) selamat tahun baru 2013

asssalamualaikum w.bt.


wowowowo.... wo! cepat sungguh jarum jam bergerak. dah 2013 rupanya. permulaan 2013 hari ini dan masih tersasul menyebut dan menulis 2012. masih kekok. yela, dah setahun berlatih menulis dua kosong satu dua.

meninggalkan tahun 2012 dengan macam2 kenangan manis dan pahit. kalau dibuat peratusan yang manis tu lebih kurang 95%. yang masin, masam, kelat dan pahit tu sikit jer, 5%. harapan tahun ini menjanjikan kenangan yang lebih manis. juga, diberikan ketabahan dan kegagahan menempuh cabaran sepanjang tahun ini.

tahun lepas memang banyak pergi bercuti bersama keluarga. kami ke sarawak dan langkawi beramai-ramai. ramai-ramai naik van dan wat2 kecoh. gelak2.

tahun lepas, aku pun dah banyak melencong. sampai leave pun dah susah nak approve. guangzhou. shenzhen 2x pergi. singapore pun 2x pergi. bandung. nak pergi medan tak jadi. terlepas flight. dah tu masuk kerja. dan kena gelak terbahak-bahak ngan org kat kilang. terima kasih Air Asia dan Tiger Airways kerana tambang murah mu.

tahun lepas, kerja pun OK dpt rezeki lebih. dapat settle CC RHB. berjaya beli rumah dan berjaya lariskan 3 bijik rumah. abg aku dapat tukar kelantan, adik pompuan aku dpt sambung belajar dan adik bongsu aku dapat kerja tetap. yang adik lelaki sorang lagi, beli kereta idaman. tambah ahli keluarga lg. nur fathiah qaisara. kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun. syukur.

tahun lepas, nenek tiri meninggal dunia dan abg aku involve dlm kemalangan. nasib baik luka kecik2. kesihatan atuk aku yang tak menentu. dan tak juga berjaya tamatkan zaman bujang. hehe. screen telefon aku jugak retak tahun lepas.

tahun ini, niat nak majukan diri dalam sahsiah (wah!!), kerja dan set-up side income. ada cadangan nk buat pe?. juga nak buat banyak2 post2. walaupun takde org nak baca. tahun lepas menulis 29 post jerk. 

syukur. tiada yang lebih mengembirakan selain melihat org yang kita sayang gembira. kan?

+ jarum jam akan terus bergerak. tahu-tahu dah 2014.
++ dapat panggilan malam tahun baru, tepat 12:30am, 'selamat tahun baru!! yuh. abah rasa, pokok nyoo (kelapa) abah belakang rumah kena tebang tahun ini'  

No comments: