Jan 28, 2013

(tips) antara pesan abah, kereta dan jodoh

assalamualaikum w.b.t

kereta idaman sebagai hiasan


dek kerana kepingin nak kan menantu baru atau risaukan anak dia tak kawin2 lagi, abah aku selalu pesan nasihat pasal kawin. kawin. kawin. kawin dan kawin. muak. mungkin dia fikir aku takut nak kawin atau tak pun takut nak ngorat anak dara org, pesannya berbunyi begini.


kita tak tahu jodoh kita siapa. cuba-lah kenal2 dulu.
sebab jodoh/kawin ni macam nak beli kereta.

semasa ada keinginan nak beli kereta, 
kita dah tahu apa spec. yang kita nak ada pada kereta itu,
kena la pula ukur dengan kemampuan poket kita sendiri.

haa, macam tu lah nak pilih jodoh.
kita dah ada ciri2 yang kita nak ada pada pasangan.
nak ada semua ciri yang kita nak tu susah.
mmg susah.
utamakan ciri2 penting.
cukup-lah sekadar 4-5 ciri-cirinya.
cermin diri sendiri.

dah tahu spec. yang kita nak
dan dah kenalpasti kereta apa yang ada ciri2 tu, 
kena la gi tengok secara dekat atau test drive.
ada cara lain lg, tanya org yang pernah pakai kereta tu.
tanya pendapat mereka. kalau ok, boleh la beli.
masa test drive, kita belum dapat tahu lg kerenah sepenuhnya kereta tu lagi.

haa.. macam tu lah jodoh.
dah kenalpasti seseorg tu ada ciri yang kita nak.
kena la berjumpa dan berkenalan dulu.
beranikan diri.
kalau ada kwn2 yang kenal dia, tanya serba sikit pasal si dia.
bercinta.
masa ni, kita cuma leh tahu serba sedikit jerk.
kerenah sebenar tak tahu lg.

bila dah berkenan,
boleh la, booking kereta tu.
pilih kaler apa nak.

mcm tu juga pasal jodoh,
dah berkenan, boleh la masuk meminang.
pilih apa tema kaler tunang. heh.

bila dah booking,
ada masa lg nak fikir.
kalau dah berkenan sgt, beli terus.

masa bertunang,
masa untuk lebih mengenali,
boleh fikir lagi gak.
kalau dah berkenan sgt, kawin terus.

bila dah beli dan guna kereta tu,
baru kita tahu byk pasal kereta tu,
dah tahu ragamnya.
nak tak nak kena adapt.
kena sesuaikan diri.

mcm tu la jugak kawin...
kita akan lebih mengenali pasangan.
tahu apa yang dia suka dan tak suka.
tahu ragam dan kerenahnya.
kena la jugak sesuaikan diri.
masing-masing kena terima.


tapi pesan abah aku, lepaskan level kenalpasti yang mana berkenan tu dulu.

tapi org tak sama ngan kereta, kalau kereta nak tak nak terpaksa redha jer terima siapa saja pembelinya.
kalau org, kita berkenan gila2 kat org tu.. belum tentu dia berkenan kat kita. sob2x.
pendek kata beli kereta lg senang.



+ hmmm.... dengar je la.

1 comment:

Anonymous said...

Effort tu penting... Rezki x dtg bergolek sendri.. Same goes to 'jodoh'.. Peace.. ;)