Sep 14, 2008

balik jenguk mek ngn ayoh setelah 8 bulan..

Kg. Bukit Sireh
.
Hari tu balik kg.. teringin nak g melawat mek ngan ayoh kat kg bukit sireh. Lama sgt tak g melawat pasangan bahagia ni. Aku g ngan ma ngn budak kecik yang ma aku mengasuh. Nak buat macamana dah tugas la katakan... ahaks.
.
Diorg tengah renovate umah kayu kepada batu. Rasa macam tak best pun ada. Sebab rumah kayu dulu tu banyak simpan kenangan aku ngan sepupu2 aku masa kecik dulu.
.
Paling aku ingat, bangun pagi2 semua bebaris kat tangga batu rumah tu. Untuk menikmati permandangan berkabus dan orang kampung kuar menoreh. Maklum la, kawasan kaki bukit. Mek dan ayoh pun kuar menoreh gak. Paling best tunggu diorg bwk balik nasi kerabu warna biru. RM 0.30 sebungkus waktu tu ar. Memang best giler. Maklum la waktu kami sekeluarga duk kat negeri orang. Memang kempunan la nak makan nasik kerabu nih.
.
Tangga batu memang banyak kali jadi saksi kenangan kami. Makan 'colek" pun kat situ. Kalau mula jer aktiviti ni ada 3 jenis pencicah akan disediakan oleh mak sedara aku yang bertauliah.
.Pertama; kicap, belacan, garam gula dan lada.
..Kedua; cuka, belacan, garam gula dan lada.
...Ketiga; kicap dan gula sahaja.(Untuk budak2 kecik)
.
Ish memang best ar saat tu, sambil2 tu bercerita hal ekonomi masyarakat kat kampung tu (mengumpat sebenarnya). Semua turut serta dalam acara 'colek' ni, dari pangkat atuk sampai cucu. Permaisuri colek ialah mek dan raja colek ialah abang aku.
.
Diorang ni boleh hirup pencicah tu. Dahsyat tul. Peraturan makan colek ni hanya satu. Iaitu tak leh gigit dan cicah. Kita kene potong ngan pisau. Kalau tak kena kutuk ar!
.
Antara buah yang jadi santapan kami;-
.jambu air
.limau bali
.jambu batu
.buah katak puru
.buah setor
.
huhu....pendek kata rumah mek ngn ayoh ni mmg meriah klu kami berkumpul. Tak kira la untuk hari raya atau ape pun.
.
Hmm... tapi mek dan ayoh semakin tua. Alhamdulilah masih sihat dan bertenaga. Rasa macam baru semalam berkumpul di tangga....
.
.
.
Sikit gmbar sepupu cilik aku!
.

dany-manja giler ngn mek dan ayoh
.........
posing sakan
........
bukan main lg diorg ni..
...........
.
.
.
p/s: nati aku upload gambar mek dan ayoh

No comments: