Jul 10, 2012

(tips) beli rumah baru

assalamualikum w.b.t semua


kali ni nak berkongsi sedikit ilmu yang ditimba dalam proses duduk berangan-angan nak memiliki rumah idaman sebelum menganjak usia 30 tahun. masa memang terus berjalan. kadang-kadang berlari, lagi-lagi bila kita leka dan tak sedar. masa memang mencemburui kita. ye tak?. jom pakat2 beli rumah masa muda2 ni. tenure year boleh tarik panjang sikit.  

1. tentukan bajet

bila terdetiknya niat nak memiliki rumah, nilaikan kemampuan anda dan setelah itu tentukan perkara berikut dahulu sebelum langkah seterusnya:-


  • limit untuk bayaran bulanan atau installment. ini sangat penting sebelum langkah seterusnya.
  • limit harga rumah. berdasarkan limit bayaran ansuran yang telah tetapkan, gunakan loan calculator yang ada di kebanyakan website bank untuk ketahui limit harga rumah anda nanti. barulah senang nak aim rumah mana dan harga rumah.
  • deposit atau duit muka yang boleh anda keluarkan. kebiasaannya pemaju akan meminta anda membayar deposit. selalunya 10%. tetapi bergantung kepada kelulusan dari pihak bank. anda perlu bersedia. ada juga pemaju yang offer zero cost entry. kalau dapat yang macam ni sgt2 la OK. OK!
  • nilai kesediaan saku anda untuk membayar rencah2 nak beli rumah. contohnya yuran guaman dan stamp duty. busuk2 kena ada RM3K baru rasa selesa sikit. sebenarnya bergantung kepada nharga rumah itu sendiri. makin mahal harga rumah, makin mahal lah rencah2nya kalau ada pemaju yang offer untuk tanggung semua tu, sgt2 la OK. OK!



2. tentukan jenis rumah idaman

dah selesai no. 1, kena-lah tentukan jenis rumah idaman anda berdasarkan 'kira-kira' dari no.1 tadi. haa, ada banyak pendapat pasal jenis rumah. 


  • Single Storey-Pro: senang tak yah nak panjat tangga. dah tua-tua senang la nanti. nak awasi anak-anak pun senang. Con: bilik berselerak pun org boleh nampak. sekilas pandang je.
  • Double Storey & keatas-Pro: wujudkan ruang privasi untuk ahli keluarga. boleh sorok bilik yang macam saraang si-tikus-endang dari pandangan tetamu. kalau ada beranda, boleh tinjau pemandangan rumah depan. Con: leaking dari tandas atas menitis ke ruang tamu. tak semua kena. penat nak panjat tangga. last2 bilik atas tak guna.
  • Apartment/Kondo-Pro:yang berada di kepala, ada kolam renang yang membiru airnya. kejebusshh.. tersusun dan keselamatan terjamin (ye ke? ragu2 la). Con: maintenance fee kena bayar tiap2 bulan dan susah nak sidai baju. parking pun susah.
  • Banglo/Semi D-Pro:Best2.. Con: Bulanan konfem2 mahal.
  • Townhouse-Pro:selalunya dua tingkat. bawah rumah org lain. atas rumah org lain. wujudkan kejiranan yang harmoni. Con: boleh dengar jiran atas loncat2.



3. lokasi

dah sampai peringkat 3 ni. tetapkan pula lokasi kedudukan ruamah idaman itu nanti. banyak yang kena dititik beratkan, antara nya:-


  • jarak dengan tempat kerja anda dan pasangan.
  • kemudahan2 yang ada.
  • latar belakang tapak rumah. mana tahu ladang kelapa sawit. nanti hari-hari nak kena berperang dengan anai-anai. tak pun tanah tambak, buat tak padat.. mahu ditelan bumi nanti.
  • masterplan keseluruhan kawasan terbabit. mana tahu nati nak buat sekolah ke? universiti ke? shopping complex ke? nanti harga hartanah naik. untung woo...~

sekian untuk kali ini... kita bersambung lagi part2.... bagi topik2 dulu boleh kan..




4. keluasan tanah & binaan

5. kualiti rumah


6. profil pemaju


7. memilih bank


8. pilih lot


9. haiya.. progressing fee




+ rumah sekarang harga naik mencanak. lebih2 lg lepas kerajaan naikkan max RM400K untuk skim rumah pertamaku untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3K. beza banyak wooo~
++semoga membantu anda. tak banyak, sikit pun ok la.

1 comment:

Beli rumah said...

Terimakasih.

Tipsnya sangat bermanfaat bagi pemilih rumah baru. Dengan merincinya beberapa bagian, pemula pembeli rumah baru akan mudah memahami tips ini. Sekali lagi terimakasih.