Mar 13, 2010

C.I.N.T.A

cinta... kau tahu tak cinta tu apa?

sambil2 menunggu nasi masak untuk makan tengahari kat warong ikan bakar, terkeluar lak topik kahwin. mula2 diskus pasal kek hantaran abg housemate aku yg kawin hari ni. isu dia kenapa abg dia tempah kek jauh di n9 dan tidak di KL. mamat tu merungut kerana plan dia terbantut sebab nak kena hantar kek tu ke KL. kek tu ada kat umah kami seharian sebelum dihantar kepada tuannya. :D

kebetulan pulak.. ada sekumpulan awek masuk warong tu, diorg pun sama2 tunggu nasi masak. ada sorang awek tu comel jerk aku tengok, berkenan tul ngn bulu mata dia yg lebat dan hitam. tak cukup puji dalam hati, aku puji awek tu kat housemate aku. "wesh, comelnya awek tuu, hmm kalau aku nak dia mesti dia tak nak aku" ucap aku merendah diri dan sedar diri.


pada aku mcm mustahil jerk akan ada org suka aku, bila aku suka org itu. mmg tak pernah terjadi pun.. itu yang terkeluar dari mulut aku. reaksi kepada apa aku katakan, dia hanya geleng2kan kepala ajerk. dan dia pun bertanya~


A: ko tahu ape tu cinta? bagi ko, ape tu cinta?!

F: kita suka org tu...

A: salah...

F: bila rasa ada dupdap kat dada!

A: hmm.. (mcm salah jerk)

F: ntah.. (kering idea)

A: ko tahu kenapa lebah tertarik pada bunga?

F: sebab ada madu.. bunga cantik..(dalam hati: mamat ni mesti nak tunjuk bijak ar ni)

A: salah, sebab ada satu bau yang attract lebah untuk datang hinggap.
bau tu takkan attract haiwan/serangga lain. serangga lain takkan terasa nak pergi hinggap kat bunga tu.. walau secantik dan seharum mana pun bunga tuu..

F: oo... so, ape kaitannya...

A: so ko jgn risau.. mesti ada org tertarik dengan kelebihan dan kekurangan ko.. tak semua lelaki suka pompuan cun yang perangai ntah ape2.. masing2, ada tarikan tersendiri.. tunggu masa jerk..

F: so akan ada arr awek yg akan tertarik ngan aku?!

A: mesti ada, ko sabaaaaaaar je la..

F: tenkiuk2.. ko naikkan tahap konfiden aku...!

tiba2 jerk aku rasa.. hati aku pasti terisi suatu hari nati. oleh si 'dia' yang sukakan aku.. ya sungguh2 sukakan aku...dan aku sungguh2 suka dan cinta sama 'dia'.. aku berselera jerk watu makan tengahari tu ngn lauk ikan cencaru bakar.. bengang pasal nasi lambat masak dah hilang dalam kotak pemikiran. ish , tiba2 rasa macam mature jerk member aku yg selalunya sengal2 nih.. pertama-tama kali, kata2 bernas keluar dari mulut dia...

kata2 member aku tu betul2 buat aku rasa berkeyakinan... lepas solat jumaat terus balik umah tido (niat nak lepak2 kejap jerk). masuk keja kul 3.15pm... lewat 45 minit masuk kilang~. haha... park keta jauh2, takut kantoi!
.
.
.
.
.
p/s: tenkiuk bro...!

No comments: