Feb 2, 2010

tak ke tali gantung pun

~kerjaku banyak sekali~

hmmm, byk giler pending item yg aku belum buat.
aku tahu banyak, nak buat tapi tak terbuat.
hari2 mcm tak cukup jerk 8 jam bekerja.
meskipun kadangkala aku kerja lebih dari masa tu.
bukan bermaksud rajin, tetapi apakan daya tak leh nak elak.
kerja nak disiapkan juga.

belum lg ambil kira.
kerja yg muncul tiba2 , ada saja data yang di minta.
tak dilayankan, customer!.
layankan saja.
kadangkala tu, siap gaduh ngan customer.
ye la benda yg dijanjikan tak kunjung tiba di inbox.
alasan sama yg kuberi.
'ingat sy banyak tangan ke?'
ada dua aja.

mungkin mereka fikir.
aku cuba amik kesempatan atas kebaikan mereka.
cuba pijak kepala.
bukan begitu.
ingin sahaja disiapkan kerja2 yang dipinta.
malah tak niat nak bagi org marah.
atau tension ngan aku.
aku nak jaga reputasi juga.
tapi.
tapi yang sangat panjang.


dokumen-dokumon pun nak disiapkan juga.
work standard la, work instruction la.
checklist, check-lose.
aku plan buat bila ada masa.
yang tak tahan, ada pula yg follow-up.
nak cepat.
berulang kali ingatkan aku.
benda2 tu penting sekali.
takut operator cepat lupa nanti.
tapi, aku buatkan dek aja.
sampai tiba masa, zaaap siap juga.

hari ini.
dapat email benda2 overdue yg nak kena submit.
dari customer lak tuh.
abis cc seluruh alam.
abis gelabah satu kilang.
nak kan kepastian.
adakah realiti atau fantasi.
haha.
nyata sekali realiti.
tu la, bagi kerja banyak lagi.
testing itu, ini.
penat jerk aku bg reaksi tension.
yang memandang, tetap berkata.
'tengok dia tu, cool aje'.
senyum juga.
hah?!.
akhirnya aku sedari.
akulah.
engineer.
merangkap supervisor.
line leader.
kadang2 operator.
rnd pun ya juga.
namun.
masih lagi.
mampu tersenyum mesra.
~peace~

No comments: