Feb 25, 2010

budaya sapa lg bagus?


sapa lg bagus?!

bukan nak bangkitkan isu2 perkauman atau cetuskan pergaduhan, tapi saja nak berkongsi cerita. sebab hampir keseluruhan hari ni di tempat kerja kecoh TA jepun mengomen budaya malaysia yg tak bagus. sikap org2 malaysia menyebabkan produktiviti tak meningkat dan sbbkan company susah nak maju. dia siap buat perbandingan sikap lg, antara yg aku ingt :-

1.
m: suka melepak kat kantin

hmm
, semua macam tu... ada jerk yg tak kuar rehat..
j: takkan kuar rehat selagi tak siap kerja
mcm takleh caya jerk.. mungkin sekelumit spesis skema ar kot
2.
m: eng. m'sia tak cerdas minda, malas pikir
yea ke? ramai jerk yg cerdas minda.. tp dia jerk yg tak perasan
j: rajin berfikir, rekod semua findings
hmmm, bagus ar klu betul.. bnyk gak kuar idea mengarut & tak munasabah

3.
m: suka bertangguh kerja
aku tak setuju, mana boleh buat semua kerja dlm satu masa.. ingt robot ke hapa?!
j: sharp bila buat kerja, "job not good, no money"
ada jerk kerja dia yg pending,.. hnnsh, asyik tak ngaku..

4.
m: org malaysia tak suka ikut peraturan/prosedur, main gasak jerk
mmg ada tapi tak semua, rasanye kat mana2 sama jerk..
j: ikut betul2 peraturan yg ada.. tak pernah tak ikut
buktinya, dia pun ada gak skip process... sesuka sesuki hatinya jerk...

5.
m: suka menipu!

hmmm, ntah sapa la dia maksudkan... aku kah?!
j: jujur
eleh.... yo la tuuu!

6.
m: lambat belajar a.k.a lembab
kata2 ni terkeluar waktu bdk baru kerja dua hr buat silap.. last2 aku yg kena sbb tak monitor...
j: cepat pickup
hmm, yea kot.. cepat lupa pun yup... suh aku check sample, pastu marah kenapa aku check sample? tak ke pelik bin ajaib tu...


mana2 pun sama jerk, org2 dan budaya malaysia ada agak bgusnya..
tapi dia tak pernah nak iktiraf.. asyik NO, NO,NO!!!! idea dia jerk bernas lg bestari..


bila cerita pasal ni, teringat cerita tolhah (x-anak buah)... kisah dua kilang detergent yg beroperasi di jepun dan china. masing2, mengalami masalah yg sama, dimana kotak sabun tak berisi dihantar kepada customer. masing2 mengeluarkan idea bgmana memastikan hanya kotak berisi sabun sahaja dibungkus dan dihantar kepada customer. akhirnya kedua2nya berjaya mengeluarkan kotak kosong dr conveyor..

jepun: melaburkan ratusan ribu yen dengan memasang satu alat penimbang, mesin pengimbas dan sejenis alat robotik untuk mengeluarkan kotak dari conveyor. mmg canggih dan berteknologi tinggi.

china: hanya memasang kipas industri untuk mengeluarkan kotak kosong dari conveyor. modal tidak sampai satu ribu yuan pun.

mereka terlalu memikir sesuatu yg sgt berteknologi, sehinggakan mereka kelihatan seakan-akan tak menggunakan akal logik lagi..
.
.
.
.
.
p/s: budaya sendiri disanjung, budaya orang dihormati, barulah hidup aman harmoni~

No comments: