Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Jul 12, 2012

(minat) ambil gambar budak!

assalamualaikum w.b.t semua


kenapa eh, budak2 kecik nampak natural dalam gambar? 
 tak jemu aku tangkap gambar budak2 kecik.


nak main air sekali? best ada kolam.




pemalu. sy assistant ma di dapur.





red warriornita.



ready ke kelas kafa.



red carpet sebelum masuk keta.


 

jerawat atas idung?


tok ma naik keta terus lelap. tak leh kena aircond keta sikit.


mana gigi nazirah? nih! tinggal sebatang je.



wooo~


+ zaman kecik2 dulu2, susah nak dapat bergambar. semua kat studio. 
++ sy suka budak yang tidak hyper

Feb 14, 2011

terima kasih

gaya menonton tv yg penuh kesopanan & kesusilaan

dah jadi kebiasaan kalau pukul 8 mlm dan di rumah, pasti berbaris dengan gaya terlentang tanda sedia untuk menonton siaran berita. selalunya buletin utama jadi favorite. time ni la abah akan conquer remote control. memang kejap di tangan dia. waktu-waktu begini, elok jgn cakap apa-apa dan fokus pada tv sahaja. bahasa isyarat boleh kalau nak dipraktikkan di masa-masa begini. bukannya apa, sia-sia nanti kena sound 'aloohla, tok leh duk diam sekali nih' atau 'duk jauh kalau nak kecek tuh' atau tak pun buat suara terkejut. contohnya, 'haaaa!!' cakap kuat-kuat. saja nak cuba attract org lain untuk tengok tv.

macam-macam perihal dunia ada. terpapar di kaca empat segi itu. semuanya cerita org lain. bukan pasal kita pun. lagi tak sabar2 & beriya-iya kalau berita tu ada kaitan dengan kawasan tempat kita tinggal. walaupun pasal mat rempit terpijak tahi lembu.

mesti beriya nak tgk.
berita tentang keajaiban kekuasaan Allah kadang-kadang juga buat kita beriya-iya nak tengok. kalau boleh nak tengok dengan mata kepala sendiri. bukan tak percaya, tapi lebih puas. ikan tertera kalimah suci, buah yang tertulis nama Allah dan hujan batu. tak tahu kenapa, aku macam tak percaya adanya hujan dlm bentuk air batu. sewaktu ilmu sains aku tahap buku teks sekolah sahaja. jadi, aku harap dpt tengok juga satu hr nati. sangat berharap sebenarnya. untuk satu kesaksian & kepuasan.

syukur yg teramat sgt bila dpt tengok sendiri. perasaan yg buat rasa sebak. rasa seakan sayu dan hiba. kerana tak percaya diberi kesempatan untuk melihat kekuasaan-Nya. aku pernah tengok sendiri air batu sebesar guli penuh di atas rumput depan rumah. tak sedar air mata menitis. terasa kebesaran Allah. waktu tu aku masih di bangku sekolah, tiada satu gajet yg aku boleh guna nak snap gambar masa itu. di saat itu, kewujudan public phone masih relevan.

kedua, melihat kalimah Allah dan Muhammad pada seekor ikan puyu belaan nenek aku. sepupu aku Eji yang perasan setelah bertahun-tahun ikan puyu tu ada kat umah tu. 'eh, kat ikan puyu tu macam ada tulisan Muhammad je! cuba tengok!'.. tengok-tengok, betul. tengok sebelah lagi, tertera pula kalimah Allah. hanya syukur kesayuan pada saat dan ketika itu. hiba dalam hati. kecoh dan gamat masa tu. waktu tu pun tiada 'benda' untuk merakam. anehnya, pagi esoknya ikan puyu tu dah hilang. meninggalkan seribu satu misteri.


petai berkalimah Allah

terbaru, abang aku jumpa kalimah Allah pada sebiji petai. dia terjumpa masa buang kulit petai tu. semua terkejut. rasa seakan tak percaya. tapi syukur diberi kesempatan melihat keagungan Allah dalam cara begini. tapi sekarang kamera dah ada, boleh la merakam kejadian yang sekali seumur hidup pun susah nak terjadi. dah canggih, public phone sudah menjadi tempat sarang burung walid. untuk makluman, petai istimewa itu telah diawetkan hasil usaha abah aku dengan teknik perjerukan moden.

+ tergelak sendiri bila teringat ma aku marah pasal buka channel sehati berdansa. padahal kat umah, tak pernah langgan astro. lawak ar. semua terkejut. ingat dlm siaran free. :D
++ salam maulidur rasul

Jan 24, 2010

RUMAH MANIS RUMAH



home-SWEET-home
...............................................................
hmm.. tersenyum sendiri aku bila tgk gambar2 yg telah ditransfer dr kamera ke laptop, byk gak gambar yg sempat dirakam sepanjang empat hari kat kg. teringat lg keletah si umaira ngan adik beradik aku yg sengal2. yg best dpt jumpa ma abah aku...share2 cerita kat bilik mesyuarat (bilik ma abah aku) rumah ni. time tu mcm2 cite keluar... rsnya tak perlu la didetailkan di sini. :D

~sekeping gambar, sebuah cerita~
klik utk besarkan gambar!

lokasi: pcb

pantai pcb-pantai cahaya bulan
mmg teruk hakisan pantai kat sini






alahai budak tecik... cubit kan..! dia plg hepi bila tgk jerk pantai
last sekali lepak kat pcb tiga (3) tahun lepas



penjual jagung bakar~
akak, bakar lama sikit.. jagung mentah lg..!


petunjukan ular-jual minyak panas sebenarnya
taktik pemasaran jerk!




budak tecik suka tgk layang2..
.................

lokasi: court mammoth-kekoh mamoh(gigit-kenyah)


lyn permintaan ma aku nak survey rak kasut ngan meja makan..
sementara dia survey, ktorg amik gmbr sekeping dua..
budak tecik tu tak nak blk tuuu...! syok la tuu..

...........................

lokasi: tesco kb


jalan2 gi tesco... nak cr ikan siakap jerk sebenarnya..
tp.. at last mcm2 beli...
.................

lokasi: lot 62o



haha.. adik kena tinggal... (mohd fakhri mifzal)


lapar~ syok wooo sampai terangkat kaki!


siakap masak steam, licin dikerjakan!



posing sebelum tido~


huhu... big apple! ada gak org tak suka benda ni..pelik2!

sketsa pendek-komik


.
.
.
.
p/s: alamak dah rasa nk balik kg...!

Sep 14, 2008

ujian kamera

Pengujian

.

Kat bawah ni adalah gambar2 semasa ujian kamera dilakukan (waaa..skemanye). Dua sukarelawan telah bersetuju untuk terlibat dalam sesi pengujian kali ni selain penulis. Mereka adalah Ikwanul Muslimin dan Tarmizi The Burn.

.
Lokasi ujian bertempat di kolam renang Paroi pada 25 Aug sekitar kul 6 ptg. Oleh kerana tiada bayaran royalti, jenama dan model kamera tidak akan didedahkan. Mungkin gambar berikut menganggu sensitiviti rakyat Malaysia. Kerana terdapat berbagai-bagai aksi yang kurang sopan. Korang layan ajo la. Yang tak senang... atau terganggu, shutdownkan saja PC korang... :D
.......................



mizi
menuju kegarisan penamat

take 5

dugong

face detection failed to function

huhu

flying like aeroplane

selami ke dasar

kuak lagik

peace!

mambang air

senyum seindah suria! ceit..!

waaa...

.
.
.
p/s: berminat? sila kunjungi kedai berhampiran.