Showing posts with label kojo. Show all posts
Showing posts with label kojo. Show all posts

May 4, 2011

(tips) nak keluar negara. lepas ke?

jika anda ada hutang piutang dengan ptpt-pu, mara atau bank dan pada masa yg sama teringin pula keluar negara makan angin atau urusan kerja, pastikan anda dibenarkan loncat keluar dari pemeriksaan imigresen atau dalam kata lain tidak di blacklist-kan. kalau tak sia-sia jerk tiket flight dan book bilik.

sebelum ni mmg tak pernah amik tahu. arrrgh, lantak ar. tapi sebab nak ke negara matahari terbit terpaksa ar check. maklum ar utang mara tak abis lagi bayar. risau gak! untuk periksa anda boleh keluar ke tidak, sila ke link dibawah:-

1. ptptn


2. imigresen

+ ada org bgtau, setakat ni mara tak pernah blacklist peminjam 'tak nak bayar' kuar dari malaysia. baik kan, kan?
++ imigresen kena bagi pengecualian utk kes2 tertentu, contohnya kematian atau kecemasan. kdg2 bukan sengaja tak nak bayar. dah takde duit, nak bayar ngan apa kan?
+++harap tercapai azam bebas hutang mara tahun nih. semangat2x.

Apr 29, 2010

aidilfitri di bulan april

hari ini, hari 'raya'



..hari ini.. bukan hari biasa,
hari lain..mcm dan mmg biasa..


..hari ini.. semua sibuk lain macam,

hari lain.. si sibuk dan si buat2 sibuk senang je nak cam,

..hari ini.. semua sibuk men-touch up kawasan,
hari lain.. nak bagitahu pun segan..

..hari ini.. semua bergaya bagai,
hari lain.. hanya kusut masai..

..hari ini.. ada wanita berlipstik merah,
hari lain.. hanya ada wanita tak tentu arah..

..hari ini.. ada bunga daisy pink cerah,
hari lain.. bunga palsu berhabuk & merekah..

.. hari ini.. ada kek buah kat atas,
hari lain.. ada kek buat tak ikhlas..

..hari ini.. adakah hari raya?,
hari lain.. takda audit rupanya..
.
.
.
.
p/s: gud luck yea rakan taulan..!!

Apr 19, 2010

ice bear..

utk nk tmbh entry aku bulan ni, aku masukkan video yang aku rasa best yea. video ini telah dikongsikan masa training hari ni... byk yang tersirat dan tersurat kata trainer dengan yakinnya. ktorg minta tayang lebih byk lg video clip.. boleh! dgn syarat kena invite dia, en. KD bg training lagi.. plus apa kan daya masa terlalu cemburu dengan ke-aktif-an ktorg dlm memberi respons kpd trainer.. dah tahap hyperactive dah... pepehal..... lepas ni tambah lagi beban kojo den... gaji bagaimana? takkan tak naik kot...! bonus???!

enjoy the video clip.. yeay!



apa pengajaran yang korang dapat...? haaa yang di belakang tuh.. (ala2 en. KD pulok)..ok, cik lisa (sebenarnya haslina a.k.a my dear girl).. pdhal 10x bagitahu nama..
..hahaha..
.
.
.
.
p/s: berkojo la sekueknya...

Apr 4, 2010

confident=condifent?!

entry ini special utk x-opismate aku @ kawan baik aku..
aku dedikasi utk dia..
-dah rasa nak gelak, muahaha-


dia seorg yang biasa-biasa jerk. dia nampak serius hingga org ingat dia minah sombong. muka nak ganas jerk kat tempat kerja lagi2 bila berurusan dengan org bawahan.. dia masih boleh buat muka kerek meskipun 'kerang' depan kasut dia sudah ditampal dengan double side tape saja. tak sapa yang tahu, kecuali aku & azim.

tapi sapa yang dah kenal dia, baru tahu dia baik + kelakar + berkeyakinan tinggi + suka bergaya+ kuat mengata/berkata-kata + sukakan gosip kilang. mula2 aku pun anti ngan minah ni... lama2 baru tahu dia pun sama2 sengal, selama ni dia cuba sedaya upaya utk mengontrol cun sj.

tak tahu kenapa nak menulis pasal dia. sebab keadaan engineering room tak seseronok dulu. sorg demi sorg mencabutkan diri. semua nak buat muka ketat jerk. :( .

teringat plak pasal sifat keyakinan dia yang tinggi dlm berucap atau bila mana dia bukak mulut untuk berkata. antaranya:-

perkara 1: istinjak

engineering room
minah: (sambil belek2 novel pasal agama~)

mamat 1: waa ***a bagusnya bc novel pasal agama..tgk!

minah: aku suka baca buku2 macam nih..(sambil hulur buku)

mamat 1:waa.. pasal istinjak pun ada...

minah: sepanjang umur hidup aku tak pernah beristinjak!
mamat 2: hah, giler ko... hahaha
minah: dah ada air buat ape nak guna debu pasir??! (condifent di situ)

mamat 1: tu tayamum arr...
mamat 2: budusss2x.. hahaha


perkara 2:
wira=waja

nak keluar lunch, terpandang keta bos minah... waja evo

mamat 1: ish, beriya giler bos ko modified keta..
mamat 2: dah ar keta proton tapi tampal mitsubishi...
minah: biar ar dia... dah minat dia..
mamat 1: bhaya dowh, klu bw laju sket buleh nak ke bulan..

minah: hahaha
mamat 1:haha
mamat 2: hahaha
minah: power gile boleh tukarkan wira smpai jadi mcm tu..

mamat 1& 2: hah???!! waja kot..
minah: wira arr...jap aku tanya b***

minah:kita nak tanya ni.. keta bos wira kan..?(condifent betul)
b***: waja la...

minah: kita rasa wira laa....

mamat 1&2: hahahahaha


perkara 3: char kueh

dlm myvi putih
minah: weh nati ko berenti kat simpang tu..
mamat 1: kat mana?
minah: tmpt org jual char kueh tiow tu.. aku nak makan dalam kereta..

mamat 1: char kueh laa...hahaha

minah: eh mamat 2, char kueh tiow kan? (minta sokongan)
mamat 2: hmmm.. (confius)
mamat 1: char kueh laa...ya Allah!!

minah: char kueh tiow ar..
mamat 1: char kueh tiow tu basah2 ar..

minah: tak pe, kita tgk ejaan kat warung tu.... (confident di situ)
sampai kat warung tu... minah: haaa.. tgk!!! gurlllp2x
mamat 1: ko reti eja ke tak??? hahaha

mamat 2: hah???! (bluurrrrrrrr~.... smpai kat umah baru paham)



banyak lagi nak cite pasal kesengalan minah ni.. tapi dia tetap nak control cun.. lebih2 lagi bila jumpa lelaki handsome. lg2 kalau kutuk2 dia time minum ngan lelaki scandal dia... time depan laki tu... amboi bukan main lagi sopan santun dijaga... tutur kata teratur.. tapi last2 didowngrade kan oleh mamat 1 dan mamat 2... nasib ar, ajak kitaorg sangat. skang dah bertunang dah dia.. konfident lak nak kawen 11-11-11... takut 10-10-10 jerk.. tunggu ajalah nasi minyak dia..~
.
.
.
p/s: minah2x... lama tak jumpa ko..

Feb 25, 2010

budaya sapa lg bagus?


sapa lg bagus?!

bukan nak bangkitkan isu2 perkauman atau cetuskan pergaduhan, tapi saja nak berkongsi cerita. sebab hampir keseluruhan hari ni di tempat kerja kecoh TA jepun mengomen budaya malaysia yg tak bagus. sikap org2 malaysia menyebabkan produktiviti tak meningkat dan sbbkan company susah nak maju. dia siap buat perbandingan sikap lg, antara yg aku ingt :-

1.
m: suka melepak kat kantin

hmm
, semua macam tu... ada jerk yg tak kuar rehat..
j: takkan kuar rehat selagi tak siap kerja
mcm takleh caya jerk.. mungkin sekelumit spesis skema ar kot
2.
m: eng. m'sia tak cerdas minda, malas pikir
yea ke? ramai jerk yg cerdas minda.. tp dia jerk yg tak perasan
j: rajin berfikir, rekod semua findings
hmmm, bagus ar klu betul.. bnyk gak kuar idea mengarut & tak munasabah

3.
m: suka bertangguh kerja
aku tak setuju, mana boleh buat semua kerja dlm satu masa.. ingt robot ke hapa?!
j: sharp bila buat kerja, "job not good, no money"
ada jerk kerja dia yg pending,.. hnnsh, asyik tak ngaku..

4.
m: org malaysia tak suka ikut peraturan/prosedur, main gasak jerk
mmg ada tapi tak semua, rasanye kat mana2 sama jerk..
j: ikut betul2 peraturan yg ada.. tak pernah tak ikut
buktinya, dia pun ada gak skip process... sesuka sesuki hatinya jerk...

5.
m: suka menipu!

hmmm, ntah sapa la dia maksudkan... aku kah?!
j: jujur
eleh.... yo la tuuu!

6.
m: lambat belajar a.k.a lembab
kata2 ni terkeluar waktu bdk baru kerja dua hr buat silap.. last2 aku yg kena sbb tak monitor...
j: cepat pickup
hmm, yea kot.. cepat lupa pun yup... suh aku check sample, pastu marah kenapa aku check sample? tak ke pelik bin ajaib tu...


mana2 pun sama jerk, org2 dan budaya malaysia ada agak bgusnya..
tapi dia tak pernah nak iktiraf.. asyik NO, NO,NO!!!! idea dia jerk bernas lg bestari..


bila cerita pasal ni, teringat cerita tolhah (x-anak buah)... kisah dua kilang detergent yg beroperasi di jepun dan china. masing2, mengalami masalah yg sama, dimana kotak sabun tak berisi dihantar kepada customer. masing2 mengeluarkan idea bgmana memastikan hanya kotak berisi sabun sahaja dibungkus dan dihantar kepada customer. akhirnya kedua2nya berjaya mengeluarkan kotak kosong dr conveyor..

jepun: melaburkan ratusan ribu yen dengan memasang satu alat penimbang, mesin pengimbas dan sejenis alat robotik untuk mengeluarkan kotak dari conveyor. mmg canggih dan berteknologi tinggi.

china: hanya memasang kipas industri untuk mengeluarkan kotak kosong dari conveyor. modal tidak sampai satu ribu yuan pun.

mereka terlalu memikir sesuatu yg sgt berteknologi, sehinggakan mereka kelihatan seakan-akan tak menggunakan akal logik lagi..
.
.
.
.
.
p/s: budaya sendiri disanjung, budaya orang dihormati, barulah hidup aman harmoni~

Feb 2, 2010

tak ke tali gantung pun

~kerjaku banyak sekali~

hmmm, byk giler pending item yg aku belum buat.
aku tahu banyak, nak buat tapi tak terbuat.
hari2 mcm tak cukup jerk 8 jam bekerja.
meskipun kadangkala aku kerja lebih dari masa tu.
bukan bermaksud rajin, tetapi apakan daya tak leh nak elak.
kerja nak disiapkan juga.

belum lg ambil kira.
kerja yg muncul tiba2 , ada saja data yang di minta.
tak dilayankan, customer!.
layankan saja.
kadangkala tu, siap gaduh ngan customer.
ye la benda yg dijanjikan tak kunjung tiba di inbox.
alasan sama yg kuberi.
'ingat sy banyak tangan ke?'
ada dua aja.

mungkin mereka fikir.
aku cuba amik kesempatan atas kebaikan mereka.
cuba pijak kepala.
bukan begitu.
ingin sahaja disiapkan kerja2 yang dipinta.
malah tak niat nak bagi org marah.
atau tension ngan aku.
aku nak jaga reputasi juga.
tapi.
tapi yang sangat panjang.


dokumen-dokumon pun nak disiapkan juga.
work standard la, work instruction la.
checklist, check-lose.
aku plan buat bila ada masa.
yang tak tahan, ada pula yg follow-up.
nak cepat.
berulang kali ingatkan aku.
benda2 tu penting sekali.
takut operator cepat lupa nanti.
tapi, aku buatkan dek aja.
sampai tiba masa, zaaap siap juga.

hari ini.
dapat email benda2 overdue yg nak kena submit.
dari customer lak tuh.
abis cc seluruh alam.
abis gelabah satu kilang.
nak kan kepastian.
adakah realiti atau fantasi.
haha.
nyata sekali realiti.
tu la, bagi kerja banyak lagi.
testing itu, ini.
penat jerk aku bg reaksi tension.
yang memandang, tetap berkata.
'tengok dia tu, cool aje'.
senyum juga.
hah?!.
akhirnya aku sedari.
akulah.
engineer.
merangkap supervisor.
line leader.
kadang2 operator.
rnd pun ya juga.
namun.
masih lagi.
mampu tersenyum mesra.
~peace~

Apr 20, 2009

nak keje gomen

mood kerja kat sektor swasta ni dia mcm musim durian. kadang2 rasa best sgt, bila kita ada kerja nak buat dan kita suka kerja yang kita buat. tapi bila kita kena buat kerja yang kita tak suka buat sebab bukan kerja kita atau akibat org lain yang mengelat..tu memang rasa nak cepat2 berenti. pendek kata dia ada pasang surut dan org sekeliling banyak pengaruh mood kat tempat kerja.

yea la.. klu slalu kena sindir atau kena kutuk mesti surut memanjang la nampaknya. klu dapat bos yang sporting memang best tapi kerja yang dibagi tu yang selalunya tak best. sekarang ni mood aku tengah tension.. sebab kena buat keja org lain, pulak tu kerja supervisor aku yang dah nak masuk tiga bulan sakit pinggang. sepatutnya dia sebelum cuti dah siap awal2 dah keje keje dia.. tapi, dia bukan tahu dia kna sakit pinggang, dia pun tak nak sakit pinggang tu (aku rasa ar). dan buat masa skang aku rasa muak kerja kat kilang-kilang ni. sebab skang ekonomi tak berapa ok, banyak unpaid leave dan sebarang kemungkinan boleh terjadi. takut kena buang aje. lagik pun, asyik buat benda yang sama. lebih2 lagik tak banyak guna apa yang kita belajar dolu2.

aku nak berubah angin jadik penjawat awam. mcm sedap bunyinya. bukan ape... bila difikir2 kan balik, kita nak kerja yang boleh menjamin masa depan dan memberi kesenangan kepada kita dan keluarga. gomen punya benefit tu yang mengugat iman aku nih. tapi yang buat aku naik hangin, sampai sekarang aku tak dipanggil untuk isi kekosongan 60000 jawatan dalam kerajaan yang najib duk war2 kan itu. aku rasa dia patut amik calon simpanan mcm aku ni, aku calon simpanan untuk empat jawatan samapi 2012. tapi belum rejeki kot.. ontah la..

nak jadik ptd, tak lepas assessment lak.. tu la public speaking beterabur..tapi lulus test pun aku dah rasa mcm ajaib.. sebab test dia susah tahap gaban. mungkin mesin OMR tu silap kot.. aku tanya org2 yang gi assessment pun, rasa yang sama. mungkin nak meramaikan umat lepak2 kat INTAN kot. klu tak dapat jadi ptd, bagi la jawatan lain. pemungut hasil cukai tanah ke? apa2 aja la? jadi tukang susun kerusi kat parlimen pun tak per asalkan gaji dia bagi lagi mahal dari gaji aku sekarang.

aku bukan tak bersyukur, sebab ada org lagi malang dari aku. menganggur, kena buang kerja la. aku cuma nak perbaiki hidup aku. tapi mcm bangang gak, kenapa tak ubah diri jadi businessmen ke atau yang lagik hebat ke.. alasan aku tetap sama; takut dan takde modal. kawan sebaya aku, jadi Dr kat hospital kajang dah boleh pakai camry ngan wish dah skang.. tu la org suh belajar dolu2 malas.. :P

apepun hidup mesti diteruskan. boleh tak tak yah gi kerja tapi gaji masuk mcm biasa..?! ada ke?
.
.
.
.
p/s:nak keja gomen gak! tak kira.. :(

Oct 18, 2008

keJe dI teMpaT baRu...

hmm.. lama dah tak update blog aku nih... maklum ar dah bertukar tempat keje dah tak leh nak bertenet sewenang2nya...

klu nak di ikutkan ni hari ke 12 aku kat tempat br... agak bosan gak... mcm terpinga2 pun ada.. ssebelum ni bebas bergerak.. sekarang kureng sikit ar... nak bergerak pun kat area dalam kilang ajo.. mcm tu la aku untuk 3 tahun seterusnya...36 bulan...1095 hari atau 26280 jam.... waaaa...

aku br keje beberapa hari.. aku dah dikenalkan ngn nama timangan org besau kat sini... haha.. si pendek ada... hantu tinggi ada.. si janggut ada.. ish mcm2..

si pendek ni.. factory manager...cr dia marah tu kelakar.. kdg2 jenis sindir... sinis... perli la.. tapi memang lawok... bg dia smua ptut tahu... kna lengkap...tahu sgala jawapan...

jenis ckap lepas lak tu.. kata omputih sound direct..! lantak ar.. janji gaji aku tiap2 bulan masuk dlm akaun...

aku dpt manager melayu.. sempoi beb.. senior engineer pun leh tahan gak baiknya... haha... harap2 aku leh bertahan.. maklum ar br 2 minggu tak tau lagik cobaan dan halangan.. kat sini ramai advisor dari jopun.. nak bercakap pun susah.. guna bahasa isyarat kadang2... mcm ayam bercakap ngn itik... sbb tu bila aku kna mintak advise diaorg aku senyum aje... lawak la.. diaorg pun usha pelik aje.. budak ni ape kes...?! mengong ke ape?

buat ms ni aku ok jerk.. byk org dah aku kenal... semua ada perangai masing2... pelik2.. tu la jadik hiburan aku kat tempat keje skang.. klu dulu, duk layan you tube ngan tv3.com.my.. skang tidak lagik...

bertahan2....1081 hari lagik!