Feb 14, 2011

terima kasih

gaya menonton tv yg penuh kesopanan & kesusilaan

dah jadi kebiasaan kalau pukul 8 mlm dan di rumah, pasti berbaris dengan gaya terlentang tanda sedia untuk menonton siaran berita. selalunya buletin utama jadi favorite. time ni la abah akan conquer remote control. memang kejap di tangan dia. waktu-waktu begini, elok jgn cakap apa-apa dan fokus pada tv sahaja. bahasa isyarat boleh kalau nak dipraktikkan di masa-masa begini. bukannya apa, sia-sia nanti kena sound 'aloohla, tok leh duk diam sekali nih' atau 'duk jauh kalau nak kecek tuh' atau tak pun buat suara terkejut. contohnya, 'haaaa!!' cakap kuat-kuat. saja nak cuba attract org lain untuk tengok tv.

macam-macam perihal dunia ada. terpapar di kaca empat segi itu. semuanya cerita org lain. bukan pasal kita pun. lagi tak sabar2 & beriya-iya kalau berita tu ada kaitan dengan kawasan tempat kita tinggal. walaupun pasal mat rempit terpijak tahi lembu.

mesti beriya nak tgk.
berita tentang keajaiban kekuasaan Allah kadang-kadang juga buat kita beriya-iya nak tengok. kalau boleh nak tengok dengan mata kepala sendiri. bukan tak percaya, tapi lebih puas. ikan tertera kalimah suci, buah yang tertulis nama Allah dan hujan batu. tak tahu kenapa, aku macam tak percaya adanya hujan dlm bentuk air batu. sewaktu ilmu sains aku tahap buku teks sekolah sahaja. jadi, aku harap dpt tengok juga satu hr nati. sangat berharap sebenarnya. untuk satu kesaksian & kepuasan.

syukur yg teramat sgt bila dpt tengok sendiri. perasaan yg buat rasa sebak. rasa seakan sayu dan hiba. kerana tak percaya diberi kesempatan untuk melihat kekuasaan-Nya. aku pernah tengok sendiri air batu sebesar guli penuh di atas rumput depan rumah. tak sedar air mata menitis. terasa kebesaran Allah. waktu tu aku masih di bangku sekolah, tiada satu gajet yg aku boleh guna nak snap gambar masa itu. di saat itu, kewujudan public phone masih relevan.

kedua, melihat kalimah Allah dan Muhammad pada seekor ikan puyu belaan nenek aku. sepupu aku Eji yang perasan setelah bertahun-tahun ikan puyu tu ada kat umah tu. 'eh, kat ikan puyu tu macam ada tulisan Muhammad je! cuba tengok!'.. tengok-tengok, betul. tengok sebelah lagi, tertera pula kalimah Allah. hanya syukur kesayuan pada saat dan ketika itu. hiba dalam hati. kecoh dan gamat masa tu. waktu tu pun tiada 'benda' untuk merakam. anehnya, pagi esoknya ikan puyu tu dah hilang. meninggalkan seribu satu misteri.


petai berkalimah Allah

terbaru, abang aku jumpa kalimah Allah pada sebiji petai. dia terjumpa masa buang kulit petai tu. semua terkejut. rasa seakan tak percaya. tapi syukur diberi kesempatan melihat keagungan Allah dalam cara begini. tapi sekarang kamera dah ada, boleh la merakam kejadian yang sekali seumur hidup pun susah nak terjadi. dah canggih, public phone sudah menjadi tempat sarang burung walid. untuk makluman, petai istimewa itu telah diawetkan hasil usaha abah aku dengan teknik perjerukan moden.

+ tergelak sendiri bila teringat ma aku marah pasal buka channel sehati berdansa. padahal kat umah, tak pernah langgan astro. lawak ar. semua terkejut. ingat dlm siaran free. :D
++ salam maulidur rasul

No comments: