Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Apr 19, 2010

ice bear..

utk nk tmbh entry aku bulan ni, aku masukkan video yang aku rasa best yea. video ini telah dikongsikan masa training hari ni... byk yang tersirat dan tersurat kata trainer dengan yakinnya. ktorg minta tayang lebih byk lg video clip.. boleh! dgn syarat kena invite dia, en. KD bg training lagi.. plus apa kan daya masa terlalu cemburu dengan ke-aktif-an ktorg dlm memberi respons kpd trainer.. dah tahap hyperactive dah... pepehal..... lepas ni tambah lagi beban kojo den... gaji bagaimana? takkan tak naik kot...! bonus???!

enjoy the video clip.. yeay!



apa pengajaran yang korang dapat...? haaa yang di belakang tuh.. (ala2 en. KD pulok)..ok, cik lisa (sebenarnya haslina a.k.a my dear girl).. pdhal 10x bagitahu nama..
..hahaha..
.
.
.
.
p/s: berkojo la sekueknya...

Apr 1, 2010

easy to talk!


easy to talk!
~senang utk ckp~

lebih baik diam klu hanya tahu bercakap saja dan tak tahu buat.
klu tahu bercakap dan ringan tulang belulang, silakan jangan berhenti bercakap. tapi kalau banyak bercakap benda2 yang nampak gempak klu menjadi tetapi tak tahu mcm mana nak bikin.. baik DIAM. tampal mulut pakai tape.

tak tahu knp nak bebel pasal benda nih. mungkin sbb kebelakangan ni banyak sgt dengar kata2 dari mereka yang tahu cakap sahaja. lagi tensen bila dengar permulaan ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni "kalau aku jadi kau, aku akan buat...." atau "eh, kenapa ko tak buat mcm nih??" atau "kau kena utamakan mana yg penting dulu, senaraikan"...

tak salah memberi cadangan yang bernas lg cerdas, tapi jangan la sampai double meaning nak menge-down kawan tu tak bagus..mungkin kita nampak senang kerana percaya dengan kebolehan diri, atau kePOWERan diri yang ada, yakin kita boleh buat... tapi bila mana berada dalam situasi yang sama, baru terasa peritnya... percayalah, tak smua ada kebolehan yang sama. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

mcm aku sama juga, bila tgk org miskin...kadang2 terfikir jugak.. kenapa org miskin tu takde usaha nak baiki taraf hidup??... banyak kot kilang2 untuk jadi operator. bila jadi operator buat ar Over Time banyak2 sampai lebam mata. mesti dpt banyak gaji dan boleh tingkatkan taraf kehidupan. tapi sebenarnya tak semudah berkata-kata. pasti ada jerk halangan, contohnya punyai anak kurang upaya yang memerlukan perhatian setiap masa sehingga tak membenarkan diri mencari kerja... ini base kepada kebanyakan episod Bersamamu yang aku pernah tengok. tapi jangan pulak dijadikan alasan utk malas berusaha..

hmm, bercakap ajerk mmg mudah kan? mudah2an hari2 mendatang ni banyak berjumpa dengan org yg tahu cakap, tahu apa yang dicakapkan dan tahu bagaimana nak buat. klu bagi cadangan pun.. jangan lah harapkan ke'perfect'an yang melampaui batas dan beri peluang utk kawan memperbaiki diri.. klu nak terus seperti yang diharapkan, sila lakukan sendiri ya... tapi kadang2 semua ni aku jadikan satu cabaran dan ingatan untuk tidak hanya tahu cakap sahaja.. kerna aku kadang2 pun begitu(sewaktu diluar pemikiran waras otak kiri)..
.
.
.
.
p/s: skang kurang cakap, lidah kena ulser...
(banyak kutuk org kot, instant punishment.. hahaha)

Feb 20, 2010

benarkah?


benarkah?
manusia sering kali buta,
meskipun celik,
tapi buta untuk melihat,
bukan kerana ianya terlalu jauh,
tetapi kerana ianya terlalu dekat..

benarkah?

benarkah?
manusia sememangnya sebegitu,
selalu saja tidak hargai apa yang ada,
yang ada depan mata,
selalu saja alpa untuk menghargai,
tapi, bila yg ada itu berlalu pergi,
baru terasa kehilangannya..

benarkah?

benarkah?
manusia selalu ingin yg terbaik untuk dirinya,
merasa diri untuk layak suatu yang lebih baik,
tapi tanpa usaha, tanpa satu gerak pun,
hanya mengharap yang terbaik itu dtg bergolek,
dan hanya duduk diam..

benarkah?

benarkah?

.
.
.
.
p/s: jawapan aku ya benar.. aku rs mcm tu skang nih..

May 10, 2009

tragisnya cerita nih

aku ada satu (1) cerita

rasakan ketragisannya

kisahnya bermula begini, di sebuah kampung yang terpencil dan jauh dari orang ramai tinggallah seorang ibu tunggal dan anaknya bernama ramli mansor (nama timangan). mereka perlu mengambil masa hampir setengah jam dengan bermoto kapcai untuk keluar ke kedai runcit makcik temah, lokasi paling hampir dengan kediaman mereka.

ditakdirkan suatu hari, ibu tunggal ini perlu keluar untuk membuat IC baru di bandar. sementara ramli yang berusia 15 tahun ini dibiarkan untuk menjaga rumah dan ikan kering yang dijemur di halaman, takut2 dimakan lalat hutan. ibunya berpesan "ibu pergi tak lama, siap urusan di bandar balik ar ibu nati"jawab ibunya bila disoal sayu oleh ramli. seolah2 ibunya tak akan pulang lagi.

memandangkan untuk ke bandar sehari cuma, ibu yang kematian suami itu memberikan sedikit wang untuk kegunaan anaknya. sehelai duit rm5 dan beberapa keping syiling 50 sen dan 10sen. pesan ibunya "budak2 tak boleh pegang duit banyak, nati hilang". ringkas dan amat dalam maksud ibunya. tapi sebenar-benarnya hanya itulah duit yang ibu tunggal ini ada.

dengan berkapcai ramli menghantar ibunya ke transit utama kampung mereka, KL Sentral atau nama penuh kedai leman sentral yang merupakan pusat perdagangan dan pengangkutan yang berkembang pesat. malah disitu juga nadi kepada bidang komunikasi dikampung itu apabila ia dijadikan tempat persidangan utama diadakan dan pusat kepada pengumpulan surat.

sebaik saja balik dari menghantar ibunya, ramli bergegas untuk menyambung tidurnya yang terganggu seawal 6pagi. ketika itulah wang yang diberikan ibunya berterabur di tangga. mungkin poketnya bocor atau duit itu terkeluar dengan sendirinya oleh keaktifan kaki2 ramli menaiki tangga. demi meneruskan tidur dibiarkan saja. 'nati2 la aku kutip duit tu, duit 5 hengget ada lagi dalam poket aku nih', kata hatinya padahal ditahu kemana jatuh duit2 syiling itu. di dalam longkang dan dibawah tangga.

jam 1 tengahari, ramli terjaga dan terus ke dapur untuk memakan makanan. tapi tiada siakap tiga rasa, kailan ikan masin mahupun telur mentah. dia terus bergegas ke warung untuk membungkus makanan. sewaktu menuruni tangga, dia terlihat duit2 syilingnya yang berterabur pagi tadi. dia biarkan saja, berkeputusan mengutipnya bila balik nati.

selang sejam, dengan sebungkus nasi berlaukkan ikan jaket pedas dan sesenduk sayur paku pakis serta sebungkus sirap bandung, dia pulang. wangnya berbaki rm1 saja lagi. dia melihat saja duit syiling dengan menyangka dia akan berpeluang mengambilnya kemudian.

sedang enak memakan makanan, hujan turun dengan renyai2. kerna amanah yang dipikul , dicepat2 mengangkat ikan2 kering di halaman. sewaktu turun dan naik tangga, dia masih membiarkan saja duit syiling tu. lalu menyudahkan makanannya. sementara itu hujan semakin lebat.

terlintas dipikiran untuk mengambil duit syiling didalam longkang, takut2 dibawa air ke sungai. di bergegas mencari duit syiling di dalam longkang. dalam hujan dia mengejar tiga keping syiling 50sen dan 2 keping seposen apabila duit2 itu dibawa arus. basah kuyup dibuatnya. dia berpeluang mengambil duit seposen yang tersangkut, tetapi dibiarkan. kerana berhasrat untuk mengambil duit syiling 50sen dahulu. malangnya, dia hanya dapat basah sahaja. ish2 kesiannya.

dalam pikirannya, kalau la aku amik awal2 lagi kan bagus!. tersentap dengan kejadian itu, di mencari duit dibawah tangga. disangkakan mudah. rupa-rupanya juga sukar. percikan dan tempias air hujan ke tanah menyebabkan tanah menutupi syiling2 itu. dia terpaksa, mengorek menkuis-kuis tanah2 disitu. ayam2 belaannya melihat dengan kehairanan.

mujurla dia menjumpai balik tiga keping duit syiling. sekeping 50sen dan dua keping seposan. dibersihkan duit syiling itu dengan bajunya. terasa sayang sangat dengan duit syiling yang dijumpainya itu. lantas dalam otak kirinya, mengira wang yang dia ada sekarang. semuanya rm1.70. mula terlintas ish tak cukup ni. kalau la aku cari duit sebelum hujan.

hujan berhenti dan hari mulai senja, dia perlu keluar untuk mengambil ibunya. dia menunggu ibunya di kedai senah yang mana perlayan2 kedai itu comey2 dan manis2 berlaka. nak tak nak, dia mengorder neslo ais lagipun ibu dah nak balik. lagipun ngam2 dengan duit yang dia ada. tunggu punya tunggu ibunya tak juga tiba. tiba-tiba datang perempuan tua datang menepuk bahunya, "ramli, mak cik lupa nak bagitahu yang ibu kamu pesan dia pulang esok pagi". "dia menumpang tidur di umah maksu kamu smentara IC barunya siap esok", tambah makcik tak bergigi ni lagi.

malangnya nasib aku, bisik hati ramli. ish ibu nih!, rintih hatinya. dia pulang dengan hampa. sepanjang perjalanan, terpikir dalam benaknya 'apa la aku nak makan malam nati?'. dari situ disorotinya kisahnya sepanjang hari ini. banyak yang disesali.

kenapa la aku tak plan dulu sebelum aku berbelanja?
kenapa la payah sangat aku nak gi kutip duit syiling tadi?
kenapa dah saat genting baru terhegeh hegeh nak kutip?
kenapa la aku minum neslo ais tadi?
kenapa aku makan best giler tghari tadi?
kenapa IC takleh siap terus?
kenapa aku tak ikut ibu aku? akhirnya ikan kering juga disalahkan. kalau ko tak wujud tak payah la ibu aku jemur ikan kering. bila tak jemur ikan kering boleh la aku ikut ibu aku. tak yah la aku bersusah payah.

tiada apa lagi yang mampu dilakukan, ramli berkeputusan untuk hanya tidor bagi melupakan kelaparannya sementara ibunya pulang petang esok. kerana terpaksa, dia membuat survival dengan menanak nasi dan mengoreng ikan kering. bisik hatinya, nasib baik ko ada ikan kering. baginya itulah makanan yang paling best dalam hidupnya pada hari itu.
.
.
.
.
p/s: jangan lepaskan peluang yang ada. ia tak dtg berkali2 adaptasi dari mimpi aku!



Sep 18, 2008

kata-kata terkesan

.
.
.
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan- Ibnu Abbas
.
.
.
p/s:makan dalam...