Showing posts with label umaira. Show all posts
Showing posts with label umaira. Show all posts

Aug 27, 2012

(family) selamat hari raya!

assalamualaikum w.b.t

syukur! berpeluang menyambut aidilfitri lagi tahun ini di kampung halaman. bersama-sama family tercinta. mewakili seluruh ahli keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.


kira 0-0 yea. seri.



buat umaira, selamat hari raya dan hari lahir ke-4.
eh, sama lah! 19 Aug 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H.



ps: kakak, tok ma ganti kek angry bird dengan beg angry bird.
import dari munduk, sebelah siam tuuuuuu!






+ anak buah tahun lepas 3org, tahun ni dah 4 org.

Dec 17, 2010

cara bagaimana menarik minat anak anda

hari ni, rasa nak buat entry pasal budak kecik. budak kecik di sini bukan dewasa yg berbadan kecik molek ya. takut tersalah faham pulak. pada pandangan mata hitam aku, budak2 kecik ni ada minatnya tersendiri. ada yang minat naik basikal, conteng dinding, ada yang suka nenen & macam2 lagi ar. haa, ada yang dah pandai main online games kat miniclip waktu umur 3 tahun lagi. siap ajar kita nak search online games guna keyword apa.

budak kecik: abg yuh, cari games ben-teng (ben 10)

budak besar: ada ke?

budak kecik: ada, hari tu tgk kawan main.

budak besar: mana ada. (pdhal nak berfacebook)

budak kecik: ada, abg yuh tulih ben 1o games.

budak besar: mak ai budak nih.... huh!

..................................

skarang tgk gelagat budak kecik yg sorg lagi

dah la duk atas bantal. ish2x, budak2 skang dah takut kena bisul.
bnyak sudah peubatan moden untuk merawat bisul di bontot.

tgk tangan dia. jari duk sibuk menaip.
mulut tu sila tutup ya.
tumpuan penuh tahap 5bar telefon nokia.

tak puah hati dengan sound system.
di tambah bunyi bising org sekeliling yang tak tahu duk diam.
terus tekup kat telinga.

oh asyik nya dia.

tgk upin ipin rupanya.

bebalik kepada topik:
1. dorong minat mereka. jangan halang. apatah lagi cubit mereka.

2. biasakan mereka dengan gajet yang canggih. tetapi dibawah pemantauan anda. tak pantau nati, terbarai gajet itu nanti. mana tahu boleh jadi software programmer yang berjaya satu hari nanti.

3. sertai bersama-sama. kalau ajak main bola, layankan aja. nak main pondok2, layankan juga. jangan bagi main kawen2. ish, kecik2 dah gatal.. haip! apa nih?

4. jgn marah mereka kalau mencuba sesuatu dan salah pula caranya. contohnya, pasang tv guna remote control. nanti membantutkan perkembangan sifat mereka untuk meneroka. kalau mereka tidak meneroka, sapa akan rugi? harga getah dah mahal skang nih.. :P

+ tips dr kanak-kanak*.

tgk. bagaimana tips di atas dipraktikkan.
minat budak kecik: nak jd dancer.

*jgn silap dr merujuk kepada dari. bukan doktor.

Nov 18, 2010

Selesai Sudah

tepat jam 6.30 ptg tadi lepas ar segala kesiksaan. persiapannya yg bermula dari sebelum puasa sampai la raya aidiadha. kesiksaan itu bernama audit. memang menyusahkan dan buat org tak senang duduk. berdiri pun tak senang jugak sebenarnya. tapi tup-tup dah abis. perjalanan nak menempuh 2 kesiksaan ini penuh suka duka. bilik gerakan jadi saksinya.

time ini la, boleh nampak sapa yang sanggup menolong. sapa yang tak kuasa nak menolong. lebih rela surf internet atau ke hulu ke hilir buat-buat sibuk. kerana prinsip 'bukan kerja aku'. time ni la dapat kenal siapa si ringan tulang dan siapa yang menolong sambil muncung mulutnya. hempas2. dalam kata lain, dapat kenal sapa kawan, sapa teko. teko kan ada muncung. biarkan. ini masa aku. lagipun ada ramai lagi yang ikhlas nak bantu.

dapat juga kenal siapa tahu suruh, tahu menyucuk dan tahu berlakon. korang memang hebat. tapi sungguh pun wujudnya org2 macam ni. org yang ikhlas dan seronok membantu pun ramai.
terima kasih atas kesungguhan menjayakan kesiksaan-kesiksaan ini. belum lagi melayan org yang suka buat kerja cincai. asal ada. bagi nasihat/cadangan melawan. kuat mengeluh pula tu.

oh ya!, aku siap kena fired sebab tak by hand bagi sample. aku berkejar keretapi nak ke kluang, nak main pondok2 ngan anak buah aku pun tak senang, dipaksa hantarkan sample. tak nak ambil sendiri. ko ingat ko agung. nak fired aku? sila sediakan wang pampasan secukupnya utk alasan bodoh ko berhentikan aku. pada pukul 7 ptg ko suh aku buat benda 'menyembah duli'. perjanjian, waktu kerja 8pg-5ptg saja.

tapi sekian lama persiapan ditambah suka duka yang diharungi, audit sekejap cuma. ambil masa tak sampai 3jam pun. banyak kos, masa dan tenaga telah digunakan. sampai byk keja aku tertangguh. lepas ni kena pulun ar. tapi pulun pun apa gunanya kalau performance dikira pada kadar sama rata.

lebih baik surf internet atau jaga line tak banyak mesin. pukul lima angkat kaki. keciwa sekejap. lepas ini nak berfikiran positif je. nk dapatkan banyak2 pengalaman, pastu demand untuk kerja baru atau post baru.

yeah!!! tapi aku hadapi semua ni dengan senyuman. janji dah usaha. tawakal. ada yang ingat aku akan surrender! oh tidak yea. pada aku setiap yang sulit tu akan berlalu dengan kelapangan.

betul. tengok auditor bergerak pulang sambil angguk2 dalam mpv, yang tak ubah mcm ombak dari pasukan penyokong cukup buat aku gumbira dan lapang dada. jgn dtg lagi yea hencik koukoci kita, hencik hasimoto dan rakan-rakan. haha. berhenti la menyusahkan kami. selamat pulang utk sambung buat keta mitsubishi yang best2.
.
.
.
p/s: bila la lg dpt main doktor2 dengan cik umaira.


Jul 3, 2010

umaira + ayie= suka suki

u.m.a.i.r.a + a.y.i.e
di rumah kecil di senawang


.
.
.
p/s: dtg umah ayah ngah lg yurp!!

Mar 27, 2010

saya ayah ngah

(UPSR 1995) soalan karangan 1A: Bayangkan anda sudah menjadi seorang bapa saudara. Ceritakan pengalaman anda. Sila tuliskan no pilihan soalan anda di sebelah kanan kertas karangan anda.
Soalan:1A

ayah ngah

umur saya 27 tahun. saya adalah seorang ayah ngah kepada dua budak kecik yang dikenali sebagai anak saudara. anak saudara saya ada dua. satu laki-laki satu perempuan. mereka anak kepada abang dan kakak ipar saya. nama mereka adalah fizratul umaira dan fakhry mifzal. saya bangga kerana nama mereka sedikit sebanyak adalah hasil buah fikiran saya. saya hanya mencadangkan, macam tidak percaya diterima oleh abang saya.


saya suka melayan kerenah anak-anak buah saya. mula-mula saya rasa tertekan kerana anak buah saya bernama umaira suka menangis dan tidak mahu pergi kepada org lain selain ayah, ibu dan pengasuhnya. saya rasa tak suka, tak suka, tak suka! asal saya pegang dia menangis. saya kutuk dia manja cenkadak. lama-lama, dia mula serasi dan suka pergi kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. dia hanya kurang suka pergi kepada ayah saya, sebab ayah saya suka usik kanak-kanak dengan buat riak wajah yang mengerikan. tapi lama-lama dia sudah biasa dengan usikan ayah saya. ayah saya menggunakan taktik naik moto untuk pancing anak saudara saya itu. akhirnya kanak-kanak itu terpedaya.


pada umur setahun lebih dia sudah pandai mengira anak tanga umah saya. dia hanya pandai kira sampai tiga. dia suka panggil nama adik saya. biar berapa kali diajar memanggil dengan ayah su. dia tetap pendirian dengan memanggil nama sebenar adik saya faez. dia akan memanggil faez, faez, faez!, bila adik saya menyorokkan diri. dia suka anak patung. bila suruh sayang, dia akan peluk erat anak patung itu.


dia kurus kering sahaja, tapi tidur sangat buas. dia tidak ayu langsung. dia tidak akan meragam masa tidur asalkan dia bersentuh dengan apa-apa objek. hari itu, dia tidur bersama anak asuhan mak saya yang tidur buas. leher dia telah ditindih oleh kaki anak asuhan mak saya. saya dan mak saya terbangun dan kami ketawa besar. dia sambung tidur selepas kaki gajah itu di alihkan. kami sangat sayangkan dia. kami juga suka buli dia. dia tidak marah cuma kerut muka sahaja.


kami sayang juga fakhry. kakaknya memanggilnya ayie. dia seorang budak kecik yang baik. jarang dengar dia menangis. saya rasa dia akan menjadi seorang yang pendiam dan pintar. saya adik beradk belum lagi membuli dia untuk mengambil apa-apa barang. umaira selalu menjadi mangsa. bila dia tlg ambilkan barang, dia yang ucapkan timacih. saya rasa ianya sangat comel.


kami sayangkan mereka, harap2 mereka akan kekal comel dan tidak degil bila besar nanti. saya harap anak-anak saudara saya akan menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti. itulah kisah pengalaman saya sebagai ayah ngah di usia tuamuda ini.

bayi: umaira+mifzal

waktu ini, dia tidak suka pergi kepada saya. dia duduk dipangkuan ayahnya pada kelajuan di atas paras pemandu berhemat



saya letih melayan kerenah melalaknya dalam kereta


ayie berlatar belakang tok ma-nya.

mereka sangat suka tidur


along a.k.a gajah.. :D


umaira mangsa buli kami.. muahaha.
.
.
.
.
p/s: please3x, kamooo jangan nakal.. nanti aku pulang.. bagi engkau rotan~

Feb 4, 2010

sehati sejoli

umaira + mifzal


sehati sejoli, itu lah tajuk mms kak ipar aku utk gambar ni
03/02/10
gambar anak2 buah aku

.
.
.
p/s: jumpa raya cina nati! yeay!

Sep 12, 2008

anak buah pertama-umaira



uMaiRA

tujuan utama aku ngan abang cik balik kampung adalah untuk sambut awal ramadhan dan tengok anak buah pertama kami... iaitu umaira..
.
tapi abang cik ada satu lagik tujuan lain.. tgk awek dia yang duk kemubu tu.. mamat ni mmg jiwang karat... nyampah den..ingatkan sempat jumpa abang joe.. malangnya dia tak leh sambung cuti...
.
mula2 rancang sampai je terus nak g tengok umaira.. tp ma kata br semalam dia gi tengok.. nati org kata gile nak ngk cuti... umaira kat umah besan ma ngn abah..
nak cover la tuu... haha... so 4 sept malam tu kami g tgk umaira.. sebelum dekno dah mms gambar umaira.. nampak gemuk giler. so kami ingat besar la umaira..
.
sekali tengok, kecik giler! kaki umaira besar ibu jari tangan aku... abang cik takut nak pegang..
.








.......lagi gambar umaira.......

tgk ape tu?

huhu..cool jerk!




umaira profile:

nama penuh: nur fizratul umaira mohd faizul
maksud nama: permaisuri yang bijaksana
nama bapa: mohd faizul fauzi
nama ibu: rohayou asnida
lahir: 18 Aug 2008
tempat lahir: kelantan
rambut: hitam lurus dan lebat
mata: hitam (mata putih dia warna kekuningan)
hobi: menghayunkan tangan
minuman kegemaran: susu ibu atau susu ibu lembu
..............................

..............................................................................................

bayi tua!




bayi tua profile:

nama: nur iman iskandar
hobi: duk umah mok ngan aboh
kelemahan: danny the phantom..

kelakuan: manja kededek!

minuman kegemaran: susu alpha lipid

........
.
.
.
p/s: nama umaira tu atas cadangan aku..