Dec 10, 2010

tertanya-tanya

.sekadar penyeri post ini.

selalu gak duk terfikir sorang2. ni bukan fikir pasal hutang encik bank atau hutang abg long. tapi pasal benda2 sekeliling yang menimbulnya soklan2 yang pelik lagi memerlukan pemikiran yang genius untuk mendapatkan jawapan. perlu berhempas pulas dulu, baru la tercetusnya sang jawapan. kalau ada sesiapa nak tolong fikirkan?

harap terurai la kekusutan dalam kepala otak engkau! silap kepala otak haku.

soklan 1
dalam sehari, kita lebih banyak tengok wajah org lain dari wajah sendiri. berapakah purata masa kita melihat wajah sendiri dalam satu hari?

soklan 2
kenapa kereta mempunyai banyak ciri2 keselematan berbanding motosikal, sedangkan nyawa penunggang motosikal hanya bergantung kepada helmet yang sememangnya bukan sebahagian dari motosikal?

soklan 3
apa bezanya pilot kapal terbang & pemandu bas? banyak nyawa di tangan kepakaran mereka. kenapa nak dapat lesen bas lebih senang dari lesen kapal terbang?

soklan 4
kenapa tidur lebih nyenyak di kala hujan lebat atau lepas sembahyang jumaat (waktu hari2 bekerja jerk)?

soklan 5
ada yang suka simpan kuku panjang dan tahi kuku sekali. kenapa perlu untuk menyimpan kuku panjang untuk satu jari sahaja? kenapa tahi kuku juga disimpan bersama?

soklan 6
cincin nampak manis bila terletak di tangan. bagaimana pula dengan sepuluh jari dipenuhi cincin yang permatanya sebesar alam? motif?

soklan 7
tak semua org dianugerahi barisan gigi yang cantik dan sekata. tapi tak semua org yang mempunyai kelebihan ini memelihara anugerah ini dengan baik. kenapa lebih rela kena bunuh dari gosok gigi?

soklan 8
kenapa ramai org yang sederhana teruja nak menunjuk-nunjuk kekayaan dalam kebergayaan? handset mahal2 & pakaian branded. kadang2 sampai menyeksa diri.

soklan 9
cara pemanduan atau tunggangan bangsa gelap (eh skang ni dah ada yg lebih cerah dari melayu) lebih berbahaya berbanding bangsa lain. tak kira macha atau minachi. adakah berpunca dari gen?

soklan 10
pelik bila tengok org senang jerk jatuh cinta dan bertukar pasangan. adakah mereka hot atau terhangat dipasaran???!

soklan 11
kenapa pompuan cantik kadang2 tak memilih rupa pasangan? begitu juga sebaliknya. adakah mereka dalam keadaan sedar atau telah dijampi2? pasangan yang bagai langit dengan bumi atau membuatkan org sekeliling berasa pelik dan curiga hati serta sanubari. adakah kerana kecantikan dalaman yang dapat dinilai oleh org lain.

soklan 12
kagum dengan semangat2 blogger membuat entry baru setiap hari. dari mana datang idea nak menulis?

soklan 13
kita takkan membebel kalau harga di mcD, hotel atau fast food restaurant untuk harga segelas milo langsung tak masuk akal. kalau warung letak harga mahal 30-50sen, rasa macam nak terbalikkan meja. tak abis kat situ, membebel lg dlm kereta. kenapa? harga milo kat mcD adalah rm3.50 (kalau tak silap aku). bayar dengan tenang & lapang hati jerk.

soklan 14
wujudnya org yang kedekutnya tak leh blah. tapi masih ada hati nak kutuk org lain kedekut. tak sedar diri ke?

soklan 15
kenapa kereta didesign untuk penumpang menghadap ke depan dan bukan ke belakang? dan kenapa perlu duduk dan bukan berbaring atau mengcangkung?

soklan 16
kenapa org kaya & kenamaan kebanyakannya botak. kenapa mereka tak ke yun nam atau 101 hair care? adakah diorg tahu takkan berhasil. atau lebih macho kalau botak.

soklan 17
kenapa perempuan berambut kurang lurus contohnya kerinting maggi atau jarang seperti ada penyakit leukemia lebih rela mendedahkan aset tak sedap mata memandang tersebut berbanding memakai tudung? sila bantu saya jawab soklan2 di atas sana.

byk sebenarnya, tapi tak ingat. kalau dah teringat akan diupdate kemudian.

No comments: