Aug 22, 2010

oh mcm tu rupanya...

cuti hujung minggu ni, dihabiskan dengan begitu bersungguh-sungguh sekali. selagi tak patah kaki, selagi tayar tak pancit ada jerk aktiviti nak dibuat. dalam ke hulu ke hilir tu mcm2 benda aku dpt tengok dan perhati.


lokasi: kondo magna villa, selayang
tujuan: teman saim collect cheque.

oh mcm tu rupanya:
hidup kat kondo mmg tak best. dah la kena bayar maintenance fee yang tinggi. di tambah pula dengan servis maintenance yang entah apa-apa. aku duk perhati jerk org yang duk buat aduan kat kaunter. muka semua bengis. mulut tak henti2 mengomel itu dan ini. diorg tengok aku pelik jerk, tenang dan bersabar. hahaha. sebab aku tak beli @ menyewa kat situ pun.

berdasarkan ngomelan penduduk kat situ, servis kat situ memang tak best langsung. ditambah pula, interest 10% dikenakan jika lewat bayar maintenance fee. servis diorg tak pula dipertingkatkan. jawapan org kat kaunter lagi sakit hati.. " sorry, i'm not in charge in maintenance, but i'll inform to my collegue to do the best". penyudahnya satu sepak penalti ke pintu. kedebummm!!!!


lokasi: the mines, serdang
tujuan: tukar handset
oh mcm tu rupanya:
saim kepada saim aku beli handset samsung wave. gambar dia mmg mantap & superb. aku & saim aku teman dia untuk tukar handset semata-mata. sebab saim dia segan nak pergi tukar sendiri. casing handset tu ada defect sikit. sungguhpun tak ketara, mmg sakitkan mata. kita beli mahal2, mesti nak yang betul2 puas hati. sambil2 sempat belek2 baju. aku beli satu. murah pulak tu. rm15 selepas 50% diskaun. aku suka corak abstrak kat baju tu.

oh ya!.. setiap pembelian dengan 0% interest installment (kredit kad) akan di charge processing fee. berbeza2 ikut kedai.. ada yang charge rm60 ada jugak charge rm100. tapi charge sebenarnya sikit aje sebenarnya, ada satu kedai ni kantoi surat kadar charge yang dikeluarkan dari bank. bila disoal, gelabah diorg. malas nak gaduh2, saim aku halalkan saja.



lokasi: bangunan pkns, shah alam
tujuan: beli baju melayu
oh mcm tu rupanya:
hmm, ramai betul gadis2 melayu yang manis2 kat shah alam ni. comei2x. mcm biasa, berani tengok ajer. tapi duk perhati taktik penjual lelaki yang ngorat. ayat diorg mmg manis dan lucu. sampai gadis2 tu sipu-sipu purak2 malu.
cerita pasal baju, baju melayu kat sini agak mahal. selepas dibandingkan dengan harga kat jalan TAR. ada satu design baju ni, mmg lawa. harga kat pkns rm 189. bila dah berkenan, kaler seluar pulak mcm tak sama. disebabkan dah dekat nak waktu berbuka, tinggal dulu urusniaga baju tu. bergegas nak berbuka. kira baju tu tak jadi beli yup.

lokasi: pearl international hotel
tujuan: buka puasa

oh mcm tu rupanya:

masakan hotel tak semuanya sedap. kat sini mmg semua tak sedap. otak2 dia rasa pelik dan sangat tipis. ingatkan takde isi, belek2 daun kelapa terselit ar otak2. agak mahal untuk rasa yang tak sedap. makanan lain, hmm... honestly yang jual kat pasar ramadhan jauh lagi sedap.
yg janggal, hotel ni benarkan pengunjung hisap rokok di mana2 sahaja.

lokasi: sunway piramid
tujuan: survey handset + shopping
oh mcm tu rupanya:

saim nak tukar handset, so kenalah survey kan?.. yang pelik tu.. apsal kat mines tadi tak berminat nak survey. agak gatal hujung saim aku nih. dah ke hulu ke hilir meninjau2 handset. pastu tak jadi nak beli. dah turun eskalator, baru rasa nak beli pulak... berkejar nih. maklum ar dah nak pukul 10pm. mmg bulat hati dia nak beli handset yang tgk td. aku pun support gak, jalan laju2.. tgk2 kedai dah tutup. harga setiap kedai tak sama, kena rajin survey. jimat rm50-80 jadi ar..

lokasi: jalan TAR
tujuan: beli baju raya
oh mcm tu rupanya:
rasa menyesal pula tak beli baju kat pkns td, bila tengok baju kat sini semua tak menarik. siap plan nak gi pkns sekali lagi. dah tak jumpa yang berkenan, jalan je la. berasak-asak sambil tengok2 kerenah org. tup-tup jumpa satu gerai yang jual baju yang sama kat pkns, harga lagi murah pulak tu. rm165. jimat rm 24. yeah!!
ada juga yang mekap tebal semata2 nak jalan2 kat jalan TAR.

lokasi: downtown cheras
tujuan: saja-saja
oh mcm tu rupanya:
dah mcm jd kebiasaan. mesti pekena steam boat dengan air botol perisa aiskerim soda. mereka penjual steam boat nih tak mustahil adalah jutawan senyap. dalam setengah jam, lebih 2o org datang beli. kalau sorang beli rm 10, dah dapat pendapatan kasar rm200. sejam lebih kurang rm400. kalau buka 6 jam, dah dapat rm2400 satu malam. kali dengan 30 hari. dalam setahun dua dah boleh jadi jutawan.
hmm, malangnya. ramai org indonesia yang jd peniaga steamboat kat sini. diaorg lebih bijak rebut peluang. sedih.

p/s: start pukul 11pg sampai 2pagi. non-stop
petunjuk arah: saim=kawan

No comments: