Jul 26, 2010

oh kain baju~

alahai, tertibnya.

rakan-rakanku sekalian,
sungguhpun terpaksa,

terima lah bebelan pujanggaku ini,

bertajuk kain baju.
arrrggghh!!

seluar & kain pelikat,
jeans & kameja-T,
baju melayu & stokin,

mahu pun uniform kerja & tuala,

semua sekali mmg dasar kain baju,

suka menyusahkan aku!!


dah la masa nak beli pun susah,
nak kena aku berkenan warna,

saiz, harga dan mutu,
dah banyak buang masa aku kat situ.


dah beli mesti la nak pakai,
sungguh pun benci,

terpaksa juga ku sarung pada diri,
kalau tak semua org cabut lari!


dah pakai nak kena basuh,
berlagak pulak tu!

tak nak guna sabun cap ayam,
kalau tak, buat bau macam hampeh,

tak leh sidai dalam umah,
kalau bubuh soflan bukan main lagi harum ya.


tak cukup aku dah basuh,
ko suh aku sidai pula,

nak berjemur kononnya,

tak sedar diri,
dia tu buatan malaysia cuma.


hnnsshh!
bila dah berjemur tu,

terus lupa diri nak masuk umah,
nak kena aku angkat jugak,
tak angkat kang,
korang ugut aku,

nak angkat atau nak kena basuh sekali lagi,
kerek ya..

takpe.. takpe.



dah aku turutkan kehendak korang,
korang tak reti nak duduk tertib,

duduk lintang pukang,

tak sopan,

aku kurung dalam bakul,

korang sengaja pula renyuk-renyukkan diri,
terpaksa la aku tertibkan korang,

lipatkan korang segi empat,
kadang-kadang aku tungkukan korang,

dgn saterika panas.

pdn muka!


nak layanan istimewa aje,
bila aku tarik ganas-ganas,

korang mogok,

sengaja jatuh beramai-ramai,
nak ajar aku suh layan korang elok2,

memang dasar kain baju!

arrrgggh!!!
tak pernah ke terpikir,
yang aku ni tak banyak masa,
nak uruskan itu ini,

simpati sikit ar wei,

cubalah berdikari!


cis, purak2 malu!







No comments: