aku dan nur-impian
banyak juga terpasang impian, tapi tak pula yang semua tercapai. tak pelikkan? sejak dari kecik lagi mmg dah pasang impian dan angan-angan. memang peel suka berangan. aduhai.
sekolah rendah
impian 1 : nak beg swanstatus: dapat beg mcm swan pun kira terlaksana la yup. biar beg ni dah koyak, sanggup jahit. beg lain tak mahu dee..
impian2: set uniform pengakap yang lengkap
status: dapat yang basic pun dah suka.. hehe
impian3: nak pandai naik basikal
status: berjaya pada darjah 3, tu pun kena paksa pakai skirt klu tak pandai2 jugak oleh cik ram.
impian4: nak basikal BMX
status: dapat, second hand cuma. sebelum dapat basikal masing-masing. aku ngan abg joe kongsi nak basikal. aku sekolah petang, dia sekolah pagi. tengah jalan tukar, aku nak basikal.. dia pula jalan kaki. kenangan manis siyot. siap lutut berlaga ngan handle.
impian5: nak tengok konsert KRU
status: dpt tengok live walaupun takde tiket. abah aku ckap kat penjaga pintu "anak saya nak panggil mak dia kat dalam". padahal mak aku sedap melepak dalam kereta sambil makan kacang kuda. tgk kejap jerk untuk lepaskan angin aku.
impian6: nak bela ikan.
status: time ni suka sangat cari ikan kat longkang. untuk elakkan ikat terlepas, aku buat zig zag dalam longkang hitam pekat. mmg superb bau dia. akhirnya aku dapat kudis buta. oppss, akuarium pun dapat juga.
impian7: nak ngorat anak jiran(darjah 6).
status: gagal. punya la minat siap buat kad raya sendiri dari batang ais kerim. tapi masa darjah 3, ada budak pompuan ngorat aku. aduh malu aku. ain namanya. terima kasih kerana pertama perasan yang aku ni menarik dan sorry tak balas masa tu. kecik lagi ar.
impian8: nak result upsr gempak
status: ok la. aku pun tak caya. akhirnya dapat hadiah jam Alba. tenkiuk abah.
sekolah menengah
impian9: nak meja study.
status: dapat meja study boleh buka tutup. buatkan aku suka abiskan masa disana. tenkiuk ma.masih ada sampai hari ni.
impian10: cuti2 mesia
status: yeah, dapat pusing satu malaysia. selama dua minggu. sampai naik ruam. banyak sangat abis masa atas kereta.
impian11: nak tukar sekolah, sebab aku tak menjadi diri aku kat sekolah tu.
status: tukar sekolah kat besut masa form 4. punya la suka.
impian12: nak masuk U.
status: berjaya. dalam negara pun jadilah. syukur!!
impian13: nak jam tangan.
status: dapat. jam jenama spoon. canggih woo.. beli kat mydin je pon. tenkiuk abah.
zaman universiti
impian14:nak motor.
status: dapat masa tahun dua. sangat-sangat berterima kasih pada abah ngan ma. sebab tak tahan dah menumpang kawan. kawan yang sgt berkira pada kehausan tayar dan kerosakan motor kalau naik bonceng. setelah aku tunaikan tanggungjawab sebagai penumpang seperti isi minyak dan kongsi kos maintainance yang kecik, pun masih tak puah hati. motor dia overhaul suh aku bayar separuh. ingat lagi jumlah aku kena bayar rm250. aku tumpang pergi kelas sahaja. bukan tumpang dia balik kg setiap hujung minggu pun.
tumpang kawan lain pula. cakap motor senang pancit kalau naik dua org. bila aku tumpang gak pergi kelas, langgar bonggol sampai nak terpelanting aku dibuatnya. aku nak naik bas, ajak naik motor. tapi tak ikhlas. bila aku ada motor, elok aku tumpangkan korang. walaupun korang ligat jerk nak naik tumpang aku. takpe, walaupun tak ikhlas tolong aku dulu tapi tetap besar maknanya pada aku.
nota: tak semua kawan aku mcm ni.
impian15: nak ada komputer.
status: yeaa.. dapat. terperdaya beli yang second hand pada harga yang tak patut. buat assignment sikit2 dengan main game spider solitaire ok la. siap ada yang kutuk suh wat tukun. mmg kes tertipu masa ni. padah buta kayu dalam IT.
impian16: nak dapat pengurangan loan MARA
status: dapat kurang 90%. muahaha. tapi masih tak bayar habis lagi. bayar sikit2. maklum ar takda interest dikenakan.
impian17: nak terus kerja lepas grad.
status: hmm, tak sangka pula mengganggur setahun. kira tak terlaksana ar. masa ni mmg tension tahap gaban. masa ni abah yang banyak bagi sokongan kewangan serta semangat. masa ni aku banyak berkebun dan tolong mak aku kat rumah. subur menghijau jerk pokok2. lepas aku dapat kerja kat seremban, pokok2 semua tak cukup zat.
impian18: nak gen2
status: terlaksana tahun 2007. masa gen-2 keluar terus tangkap cintan. waktu tu tahun 3 kalau tak silap. tengok keta gen2 melintas jerk, berderau darah dan terus berkobar-kobar semangat.
zaman dewasa
impian19: nak ada laptop
status: yeah. tengah guna la ni. tak canggih sangat. sesuai untuk aku yang separa celik IT nih.
impian2o: camera digital yang waterproof
status: yeah. dapat2!
impian21: nak ada umah corner lot. rumah kecik tak pe janji ada laman. sebelum 30 tahun.
status/strategi: dalam angan2 lagi. kalau beli rumah lelong dapat murah sikit.
impian 22: honda civic @ CRV
status/strategi: masih guna gen2 lg. nak kena ada side income. tengah start pelan2.
impian 23: cari suri dalam hati
status/strategi: belum lagi. suh family cari ar atau buat peraduan padan dan menang. hahaha.
impian24: settle hutang kredit kad.
status/strategi: dalam proses. masih berbaki rm 1.8 K. target hujung tahun ni lepas dari kredit cengkaman kredit kad. tapi dalam wallet ada 4 kad kredit untuk kegunaan kecemasan sahaja. alasan bershopping tapi tidak membawa cash adalah tidak dibenarkan sama sekali. pantang mak nenek. appps, biasa nih!!
impian25: nak kamera dslr
status/strategi: dalam pertimbangan lagi.
impian26: nak bawa family pergi pulau perhentian
status/strategi: selalu sgt gi cameron ngn melaka. pulau2 ni jarang sekali. tengok la hujung tahun ni. kalau ada bajet.
impian27: nak bina kerjaya yang lebih mantap
status/strategi: mantap dr segala skill. kentalkan semangat dari pressure yang diberi & persaingan yang tak seimbang. kalau aku tak datang kerja, kilang tak huru hara. tapi ada yang bertanya dan talipon aku. maksudnya aku perlu. boleh ar demand gaji nanti
.
.
.
.
dalam mengejar impian aku nih, ma ngan abah memang banyak membantu. mereka cuba tunaikan selagi termampu. sampai bila-bila tak terbalas jasa-jasa itu. kawan2 baik pun ada juga sumbangannya. tenkiuk semua. nati dapat honda CRV, aku bawak korang pergi kuliah agama yup. aku tunggu dalam kereta. hahahaha. berangan~
.
.
.
p/s: alhamdulillah, esok nak jadi tok siak.. huhu
No comments:
Post a Comment