Jul 8, 2010

berhangin

hari yang berhangin


hari ini terasa nak menulis tentang sesuatu yang akan aku coba elakkan dan akan menjadi teladan pada diri sendiri. semua ini dari sudut mata aku dan rakan-rakan.

selak kain.. ah malu!
pelik, memang pelik. ada olang sgt cerdik, cerita semua kelemahan diri secara terperinci kepada org yang memang nak menilai diri kita. dan di penghujung cerita seolah-olah mengali kubur sendiri. idea pelik dan ketegaran serta sombong bodoh membuatkan diri merana dan turut mengheret orang lain turut terjerumus.

bila sudah mula terkambus, org lain disuruh menahan tanah yang jatuh mencurah. percaturan yang silap. ingin menunjuk kebolehan diri dengan cara yang pelik, kerana kelemahan dan kebodohan diri turut terjojol sama.

percubaan kurang bijak
orang sebegini tak susah untuk difahami. suka menonjolkan kesempurnaan, padahal diri sendiri pun tidak pasti dan tak periksa dalam-dalam. dia umpama suka menyelak kain sendiri, sehingga jelas nampak segala kurap dan kutu yang merayau. disangkanya, akan meraih perhatian. tapi silap. kutu yang menari dan kuping-kuping kurap pula jadi perhatian.

dah buat, tak ngaku
tabiat menolak kesalahan diri kepada orang lain adalah suatu yang patut dipandang keji. ada yang telah menjadi mangsa. di mana ekor dan kepala cerita, pun tak diketahuinya. tahu-tahu dijadikan seolah-olah pesalah, padahal di awal cerita dia hanya menghulur dua tangan untuk membantu. keputusan yang dibuat sepatutnya ditanggung sendiri. barulah kelak akan hati2 membuat keputusan. jika tidak selama itu akan melakukan kesalahan dan menyusahkan orang lain.

pedas berbisa
pedas memang pedas. setiap butir kata tak ubah seperti cili api. sinis. sinis sehingga menghiris kalbu. butir kata yang pedas sehinggakan seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan. bila terkantoi melakukan kesalahan yang sama, suasana menjadi sepi. tiada bebelan pedas belada. hanya diam tersipu tak tahu malu.

tak sedar diri
patut dimalukan, apabila tiada kelayakan menduduki di posisi sekarang. dan pada yang sama ada hati mengutuk orang itu tidak bagus padahal dia juga pada kedudukan yang sama. gagal dalam mendapatkan kelayakan. mengutuk sehingga menjatuhkan maruah org lain. dia selamat kerana ada yang menjadi benteng pertahanan kuat (olang).

eh2, penakut rupanya
bila diperhatikan ada yang pelik tentang dia. hanya berani berdepan melalui alam maya atau gelombang talipon. bercakap macam nak bergegar bumi. namun, tidak bila bertentang mata. org masuk pintu depan, dia cabut pintu belakang. lebih teruk dan memalukan, tabiat itu diketahui umum. lebih nampak diri itu kurang cerdik, memberikan alasan yang langsung tak masuk akal. tak perlu belajar setinggi menara gading untuk menilai kebodohan pada kelicikan dia. ternyata dia 'bijak bestari'.

pembersihnya, anak sapa nih???
sifat pembersih, menjaga kekemasan, susun atur alat tulis dan kesopanan yang ditonjolkan memang patut dipuji sehingga melambung-lambung. tahap pembersihnya sehinggakan, tempat sendiri ada sawang tepat atas kepala. apa kes! aku selalu kena sound bab-bab nih. cuma tak sampai hati nak sound balik jerk. bila aku pegang dada, sabar itu masih ada.
.
.
.
.
p/s: haha.. selagi tak cederakan aku, lantak ko la..

No comments: