Oct 20, 2011

(libur) munduk

pasar munduk. nantikan aku!!


jom pakat2 kita ke pasar munduk. hah?! munduk!! sebelah siam sana la. tempat best untuk bershopping sakan. kat sana semua murah2. beza rm10-20 lebih murah berbanding kat rantau panjang & pengkalan kubur. aku yakin yang pergi sana mesti rambang mata. semua nampak menarik. asal duit banyak boleh beli banyak2x.

bot penambang.


malaysia & thailand dijarakkan oleh sungai yang tak berapa lebar. tapi kalau sapa jatuh & tak reti berenang, konfem2 lemas rasanya. sungai ni nampak agak berarus jugak. so, berhati-hati bila ke sana. kalau nak seberang, kenalah naik bot penambang. seringgit (RM1) satu hala. alternatif lain nak ke seberang sana adalah lompat jauh atau berenang gaya kuak dada. hehe.


operasi menghabiskan duit bermula. yeah!!

rakyat malaysia ke pasar munduk, teramat la ramai. sampai boleh jalan sesak teruk nak ke sana. banyak la duit kita mengalir ke sana. mungkin sebab tu kerajaan m'sia tak buat jambatan ke sana. kalau tak, lagi banyak duit kita mengalir ke sana. eh, pasal tiba2 cite pasal ekonomi ni. oh ya, di pasar munduk matawang baht dan ringgit malaysia diguna pakai di sana. so, tak perlu kalut2 nak tukar duit.


memperkenalkan mercun bola. mmg byk kat sana.


bantal seceria ini hanya berharga rm 3. hohoho. menang membeli.


jeruk yg memungkinkan anda menembak didalam tandas (cirit birit)



bekas air seramik. ada mcm2 bentuk. dari otomen sampaikan bentuk hello kitty.
bekas air + air = RM3.



tgk, mak cik ni bershopping. kelas ko jah. ngeh2x.


banyak gerai jual makanan, tak perlu la risau lapar. paling banyak jual mee celup (sup).
nak cuba makanan pelik2 pun banyak kat sini.



dibuka sepanjang minggu. nak best, pergi lah hari isnin atau hari jumaat. diorang panggil hari 'nat' (nat = besar). masa ni semua kedai buka dan macam2 benda ada jual. tak kira la, barang basah sehingga barang kering kontang semua ada. kalau pergi selain hari nat, dinasihatkan kosongkan dulu tangki septik anda. kat sana memang susah nak jumpa tandas. ada musala pun, ada kambing dalam tu. hah?! nampak terbiar, tapi dengan cite diorg masih guna. diorg punya kemudahan air tak macam malaysia kita. buka pili kuar air. mungkin boleh minta izin tumpang tandas peniaga-peniaga kat situ. kalau diorg bagi ar.


bukan hari nat.


hari jumaat.


penat wei. bersesak-sesak. lebih2 lagi kalau gi untuk menenam. kuikui.


cik nor kt nak pengsan teman org shopping beli gelang mas.
yg ni sebelum pergi, ceria lg. hehe

'hello, sy nak keluar negara ni. nanti i call you back.' hehehe


konon2 pelancong asing. ceitt!













+ pergi tempat org, pandai ler jaga diri. hehe
++ lepas ni, konfem setiap kali balik kg, mesti kena gi munduk.

No comments: