Sep 26, 2011

(tips) aidilfitri yang mulia

tup tap tup tap. dah hari raya ke-28 rupanya. tak sempat nak buat entry untuk ucapkan selamat hari dek kemalasan yang melanda diri. semuanya angkara kenyang tahap tak boleh handle. marathon sendawa. blurrrp! bluuurrp! weekk! rasa masih belum terlambat lagi. nak berkongsi beberapa tips sempena hari raya dan pesta rumah terbuka. tak sempat tahun ni, tahun depan boleh la praktis. (mcm bagus sgt tips kali ni)

1. balik kg

rancang perjalanan anda supaya tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya. elakkan perjalanan anda dari bertembung dengan masa perjalanan bas ekpress & lori balak. kalau tidak lori balak akan menjadi 'kepala keretapi' anda. truut, truut~. meningkat potensi langgar bontot kereta depan.


2. duit lebih

kena sediakan duit lebih. kadang2 tu ada je unexpected cost. aku dah rasa. tiap2 tahun.
raya setahun sekali wei.


3. open house

kalau nak isi banyak, jalan2 setempat dulu. jangan baring pulak. sia2 kena perambat.
jangan amik benda2 berkarbohidrat banyak sgt, cepat kenyang. lebihkan lauk. baru ar melantak di open house namanya. ish2x. berhenti sebelum kenyang kan lebih bagus adik2. abang2 @ pakcik2 takpe. tangki besar. boleh berhenti sebelum muntah (ajaran sesat ni).


4. kunjung mengunjung

amalkan kunjung mengunjung. jgn tunggu org dtg umah kita je. nanti tak dpt makan bihun goreng dengan air oren. perasan tak, kebanyakan open house akan hidang bihun goreng ngan air oren. apsal yea?!


5. family

amik gambar semua ahli keluarga. lagi bagus kalau semua sporting dpt pakai baju raya.
tiap2 tahun elok ambik. baru nampak perkembangan family sendiri. dari tak bermisai, dah tumbuh tumbuh misai. dari di pangku, dah boleh pangku anak sendiri plak. dari ada, ke tiada.

contoh.


6. duit raya

jangan abiskan angpau anda, reserve la skit. mana tahu berguna selepas seminggu raya (pokai). :P. bagi sekadar termampu. bukan nak menjaga status. nanti anda juga yang merana. korek tabung la jawabnya.


+ selamat hari raya di saat mood raya dah nak abis.
++ maaf kalau ada terkasar berblog.

No comments: