Apr 21, 2011

(makan2) sayur jeruk

saya sayur lalala, saya jeruk lalala~


dah lama rasanya tak bercerita pasal makanan. sebab lama tak update blog pun ya juga. kali ni , jom lari topik sikit.! mari bercerita pasal makanan bernama 'sayur jeruk'. juadah kali ni agak istimewa. tidak syak lg, mmg istimewa. dalam hidup ni la kali pertama rasa dan pemberian dari org yg susah payah menghantarnya. semata-mata nak suh aku rasa. sob2x.


berdasarkan analisa, adanya unsur2 lobak, sawi, timun dan cili padi. lobak jeruk pada komposisi terbesar. pastu disiram dengan cuka (kot). bila nama jeruk, dah tentu ada rasa masam. tapi rasa masam2 yang sedap. paling sedap timun. lobak tu kurang sikit. agak pahit.


lebih sedap makan dengan nasi panas dengan gulai lemak ayam, ikan goreng & sambal sotong. bila tergigit cili tu pun sedap gak, rasa pedas2. nak kan resepi?? sila jangan bertanya. sebab ini adalah resepi turun temurun sejak dulu lg. dan ianya adalah p & c. lebih2 lg, si pemberi pun tak tahu mcm mana nak buat sayur jeruk ni. hanya tahu makan katanya. hehehe.


+ terima kasih matahari.
++ sungguhpun takde resepi, selamat mencuba ya~
+++ handset kamera takde auto focus, kabur sikit gambar.


Apr 12, 2011

(info) ha'ip jangan sebut

pelikkan? ramai yang menyumpah atau nak memaki org dengan empat huruf ni. f-uc-k. ha'ip, jgn sebut. tak baik. :D.

pernah gak tengok pompuan sebut benda alah ni siap tunjuk jari tengah lg. kalau tak silap, masa tu ada mat rempit kacau geng diaorg. agak berani tapi hilang terus ayu-nya. terpaksa guna kot, sbb f-uc-k adalah kata-kata caci maki yang paling universal & semua org tahu.

automatik rasa menyirap bila kena hembur dengan f-uc-k. lg2, siap pakej ngan sign jari tengah. kepada mat rempit berkenaan, padan mu ko! haha.

ramai yg tahu maksud f-uc-k, siap tahu guna lagi. tapi tak tahu pulak dari mana asal perkataan tu. alang2 dah terjumpa, teringin nak berkongsi juga dengan korang. bukan sengaja cari yea. apakata kita tambah ilmu yang 'tak berguna' ni. jom2x.


+ saja berkongsi. mana tahu soklan 'dari mana asal perkataan f-uc-k?' dalam ujian pengetahuan am dlm PTD.
++ ha'ip jangan sebut.

Apr 9, 2011

(libur) kelong ma mood


joran + mata kail

mengail tu mmg bukan hobi aku. tapi bila org ajak mengail di kelong, rasa nak ikut gak. nak timba pengalaman. tapi kalau nak ikut kan, dari dulu lagi memang suka join org mengail. selalunya kat tali air, jeti dengan tepi pantai jerk. kat kelong ni first time la. ada misteri sikit, setiap kali join mana2 trip mengail mesti takde ikan besar2 naik. haha. nasib korang la. tapi nak mengail tak leh nak main teragak jerk. mesti tgk pasang surut air laut, fasa bulan & cuaca. so, kehadiran aku takde faktor tak dapat ikan yea. pemilihan umpan pun penting. kali ini kenal satu lagi jenis umpan, umbuk2. sejenis cacing panjang berjela.


kelong ma mod.. kami dtg!!
bot tiba2 perlahan angkara pemandu bot terlelap. cis, suspen jerk!

persediaan

matahari terbenam

suasana malam

makan malam, petai jadi ulam. hancing air laut.
nsb baik ikan tak timbul.


jamban. beristinjak dengan air masin.

kelong dilanda todak. ngeh2x.

suasana pagi

geng joran 2011.

on the way balik
atas bot

pasangan suami isteri mengail. sejoli.

jeti

dalam kotak putih ada ikan. banyak!!. lupa ambik gambar.

berkemas.

diorang siap cari ikan kat pasar nak top-up hasil tangkapan. tak nak kehebatan seorang pengail diperlekehkan anak bini. haha. org bujang balik qada tidur.

+ pernah 'fly' semata-mata nak pergi mengail.
++ soklan aku 'bini tak check ke mulut ikan tu sebelum masak??'.. jwpan diorg 'ko ingt bini aku ada masa nak check'.

Apr 6, 2011

(tips) doa harian

kita ni kadang2 susah nak cari masa nak menadah tangan nak berdoa. kalau boleh semua nak. nak dimurahkan rezeki, diampunkan dosa2 silam, lulus cemerlang dlm exam, dapat jd org government la. tapi jarang pula meminta kepada yang Esa.

asyik fikir, Dia lebih tahu apa yang kita inginkan dan pastinya semua manusia nak yang terbaik. haa, itu lah alasan TR. korang dak sama ke? tuptup lupa nak berdoa, nak kata takda masa tak jugak. tapi terlupa. kalau teringat pun, doa pun serba ringkas lg cinonet.

hmm... fikir2 balik, hmm.. patutla.
kalau TR, org minta cara kurang ajar pun rasa nak marah. mmg sah takkan bagi punya la. ish, ngan tuhan pula boleh berani buat cmtu. ish2. insaf2. hmm.. kat sini ada doa disalin dr surat khabar untuk dikongsi di sini.

1. Pelindungan Dari Kerungsingan

'Ya Allah, sesungguhntya aku berlindung kepada-Mu daripada kerungsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada hutang dan tekanan orang'


2. Keupayaan Membayar Hutang

'Ya Allah cukupkanlah kepadaku dengan rezeki-Mu yang halal dan perkayakan aku dengan limpah kurnia-Mu daripada meminta kepada yang lain daripada-Mu'


3. Memperoleh Ilmu Bermanfaat

'Ya Allah kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan daku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan'


4. Awet Muda
'Wahai Tuhan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa bala bencana, kecelakaan serta nasib yang buruk. Ya Allah, daku insan lemah,kuatkan dan segarkanlah diriku, Ya Allah Yang Maha Pengasih'


5. Keluar Rumah

'Dengan nama Allah, aku menyerah diri kepada Allah, tidak ada daya & upaya dalam segala urusan melainkan dengan Allah jua.


6. Menyelesaikan Masalah Sukar

'Wahai Tuhanku, ada yang mudah melaikan apa yang telah Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki'


7. Rezeki Luas & Akhlak Baik
' Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan'


8. Kebahagian Dunia & Akhirat

'Ya Allah, anugerahilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksaan api neraka'

+kredit: harian metro

Apr 4, 2011

(muvee) sucker punch



kalau ada niat nak tengok cite sucker punch, sila la fikir 25kali. tak cukup. tak cukup. kena 50kali fikir. storyline mmg mcm hampeh. mengisahkan budak pompuan dimasukkan di dalam institusi gila, Lennox House oleh bapa tirinya. dia kumpulkan geng utk keluar dr institusi berkenaan. mengunakkan helah berjoget 'tahap tak boleh blah' bg mengalihkan pandangan warden, tukang masak & org politik. setiap kali nak joget, dia amik mood mcm nak berperang. terus penonton disajikan aksi peperangan yang ganas & tak logik langsung. ah, malas nak tulih pjg pasal cite tak best nih...


bukti pelaburan tak berbaloi.


+ jangan tengok. kalau nak lelap dalam pawagam, silakan la.

++ terlelap lebih dari 4 kali. dulu dah terkena dengan cite 'the spirit'.. 15 min org dah blah.
+++ cite melayu yg lebih kurang cite sucker punch ni adalah rasukan ablasa.

sapa pernah tgk cite ni gak, sudi2 la komen2 yea.