Feb 27, 2010

kesian adik syafiah humairah

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

HULU SELANGOR 27 Feb. - Betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal, kelmarin.

Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.

Hari ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.

"Terdapat kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.

"Kesan lebam turut dikesan di bahagian belakang tubuh mangsa selain di leher, pipi dan bahunya," katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu di sini hari ini.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh teman lelaki ibunya, mendakwa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

.

.

.

.

p/s: harap2 tak terjadi kpd org2 yg aku kenal~

Feb 26, 2010

hati budi jgn di nilai pada pakaian~

dunia2x


sekarang ni memang susah untuk menilai hati budi manusia. yang berbaju kurung dan berkopiah tak semestinya baik. cara pemakaian serta umur kadang kala mengaburkan penilaian yg sebenarnya. pernah, waktu aku kerja part time sebagai operator masa cuti semester. sepanjang aku kerja tiga bulan kat situ, tak pernah tengok gadis bertudung labuh ini ke surau utk solat. ini terbukti bila mana dia tak pernah pun apply pass untuk ke surau. pada ketika itu jugak ar , aku tgk ada juga yg tak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna tapi tuntutan solat ditunaikan sempurna. bukan nak menilai baik buruk org, tp sekadar tersedar dr kenyataan yg sebenar!




ish, makcik nih... besar giler kotak dia kepitkan celah kangkang. pak haji lak turut bersengkokol. memang match ar korang berdua yea.. ish2.. cuba bayangkan la klu kantoi time tu jugak, mahu kena tido lokap diorg tuh..! baru padan muka~
.
.
.
.
.
p/s: jgn mudah percaya ngan org baru kenal. perlu ada sikit prasangka~

Feb 25, 2010

budaya sapa lg bagus?


sapa lg bagus?!

bukan nak bangkitkan isu2 perkauman atau cetuskan pergaduhan, tapi saja nak berkongsi cerita. sebab hampir keseluruhan hari ni di tempat kerja kecoh TA jepun mengomen budaya malaysia yg tak bagus. sikap org2 malaysia menyebabkan produktiviti tak meningkat dan sbbkan company susah nak maju. dia siap buat perbandingan sikap lg, antara yg aku ingt :-

1.
m: suka melepak kat kantin

hmm
, semua macam tu... ada jerk yg tak kuar rehat..
j: takkan kuar rehat selagi tak siap kerja
mcm takleh caya jerk.. mungkin sekelumit spesis skema ar kot
2.
m: eng. m'sia tak cerdas minda, malas pikir
yea ke? ramai jerk yg cerdas minda.. tp dia jerk yg tak perasan
j: rajin berfikir, rekod semua findings
hmmm, bagus ar klu betul.. bnyk gak kuar idea mengarut & tak munasabah

3.
m: suka bertangguh kerja
aku tak setuju, mana boleh buat semua kerja dlm satu masa.. ingt robot ke hapa?!
j: sharp bila buat kerja, "job not good, no money"
ada jerk kerja dia yg pending,.. hnnsh, asyik tak ngaku..

4.
m: org malaysia tak suka ikut peraturan/prosedur, main gasak jerk
mmg ada tapi tak semua, rasanye kat mana2 sama jerk..
j: ikut betul2 peraturan yg ada.. tak pernah tak ikut
buktinya, dia pun ada gak skip process... sesuka sesuki hatinya jerk...

5.
m: suka menipu!

hmmm, ntah sapa la dia maksudkan... aku kah?!
j: jujur
eleh.... yo la tuuu!

6.
m: lambat belajar a.k.a lembab
kata2 ni terkeluar waktu bdk baru kerja dua hr buat silap.. last2 aku yg kena sbb tak monitor...
j: cepat pickup
hmm, yea kot.. cepat lupa pun yup... suh aku check sample, pastu marah kenapa aku check sample? tak ke pelik bin ajaib tu...


mana2 pun sama jerk, org2 dan budaya malaysia ada agak bgusnya..
tapi dia tak pernah nak iktiraf.. asyik NO, NO,NO!!!! idea dia jerk bernas lg bestari..


bila cerita pasal ni, teringat cerita tolhah (x-anak buah)... kisah dua kilang detergent yg beroperasi di jepun dan china. masing2, mengalami masalah yg sama, dimana kotak sabun tak berisi dihantar kepada customer. masing2 mengeluarkan idea bgmana memastikan hanya kotak berisi sabun sahaja dibungkus dan dihantar kepada customer. akhirnya kedua2nya berjaya mengeluarkan kotak kosong dr conveyor..

jepun: melaburkan ratusan ribu yen dengan memasang satu alat penimbang, mesin pengimbas dan sejenis alat robotik untuk mengeluarkan kotak dari conveyor. mmg canggih dan berteknologi tinggi.

china: hanya memasang kipas industri untuk mengeluarkan kotak kosong dari conveyor. modal tidak sampai satu ribu yuan pun.

mereka terlalu memikir sesuatu yg sgt berteknologi, sehinggakan mereka kelihatan seakan-akan tak menggunakan akal logik lagi..
.
.
.
.
.
p/s: budaya sendiri disanjung, budaya orang dihormati, barulah hidup aman harmoni~

Feb 23, 2010

tips: how to keep secret your ATM pin numbers


Tips Berguna




amalkan bila perlu demi keselamatan wang anda. :D
.
.
.
.
.
p/s: bestnya ada geng yg sama kamcing + sama sengal..

Feb 22, 2010

pernikahan glamor norbaya omar & hanafi

SELAMAT PENGANTIN BARU

pertama-tama sekali nak ucapkan tahniah kpd baya dan pasangannya hanafi. semoga kekal ke anak cucu cicit dan piut. majlis persandingan penuh glamor ini berlangsung di area kempadang dekat kuantan pd 14 hb feb 2010. agak meriah majlis baya ni yg mana dihadiri saudara & sahabat handal. kami sampai je, terus terjah jumpa baya. cantik baya hari tu, tak macam selalu..persis artis wa ckp lu~ azim pula tak abis2 ngn usikan nakal dia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
antara dialog azim & baya.

baya: dtg jugak korg yup! (smbil senyum berseri)

ramai: eh, yea la.

baya: huda tak datang?

ramai: taaaaaaaaaaaak..

baya: siyot punya huda, janji je lebey (kata baya dlm hati)

azim: ko dah ke belum? (sambil senyum kasanova)

baya: ish, laki aku balik ar semalam...! (silap paham, nmpk sgt fikir lain)

ramai:hahaha (gelak besar) org tak tanya pasal tu la..!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

antara shot-shot yg menarik


nafi: awat pulop?
baya: i berdebar la u!


baya yg tak prihatin. makcik tu nak udang berdiri la!



tunjuk bakat, pengipas satey ngn photographer (sumber alam)





hmm, sorg demi sorg kawan aku kawen. terasa mcm tertinggal kat belakang pun yea jugak.
per leh buat, tuhan lebih tahu. semoga tiba giliran aku suatu hari nanti. tapi kena mulakan step pertama dulu.. charyork! mudah2han dpt la my other side yg sekufu ngn aku yg serba kekurangan ni..~ sob2x
.
.
.
.
p/s: bulan 5 ke perok pulop!

Feb 20, 2010

benarkah?


benarkah?
manusia sering kali buta,
meskipun celik,
tapi buta untuk melihat,
bukan kerana ianya terlalu jauh,
tetapi kerana ianya terlalu dekat..

benarkah?

benarkah?
manusia sememangnya sebegitu,
selalu saja tidak hargai apa yang ada,
yang ada depan mata,
selalu saja alpa untuk menghargai,
tapi, bila yg ada itu berlalu pergi,
baru terasa kehilangannya..

benarkah?

benarkah?
manusia selalu ingin yg terbaik untuk dirinya,
merasa diri untuk layak suatu yang lebih baik,
tapi tanpa usaha, tanpa satu gerak pun,
hanya mengharap yang terbaik itu dtg bergolek,
dan hanya duduk diam..

benarkah?

benarkah?

.
.
.
.
p/s: jawapan aku ya benar.. aku rs mcm tu skang nih..

Feb 4, 2010

sehati sejoli

umaira + mifzal


sehati sejoli, itu lah tajuk mms kak ipar aku utk gambar ni
03/02/10
gambar anak2 buah aku

.
.
.
p/s: jumpa raya cina nati! yeay!

Feb 2, 2010

tak ke tali gantung pun

~kerjaku banyak sekali~

hmmm, byk giler pending item yg aku belum buat.
aku tahu banyak, nak buat tapi tak terbuat.
hari2 mcm tak cukup jerk 8 jam bekerja.
meskipun kadangkala aku kerja lebih dari masa tu.
bukan bermaksud rajin, tetapi apakan daya tak leh nak elak.
kerja nak disiapkan juga.

belum lg ambil kira.
kerja yg muncul tiba2 , ada saja data yang di minta.
tak dilayankan, customer!.
layankan saja.
kadangkala tu, siap gaduh ngan customer.
ye la benda yg dijanjikan tak kunjung tiba di inbox.
alasan sama yg kuberi.
'ingat sy banyak tangan ke?'
ada dua aja.

mungkin mereka fikir.
aku cuba amik kesempatan atas kebaikan mereka.
cuba pijak kepala.
bukan begitu.
ingin sahaja disiapkan kerja2 yang dipinta.
malah tak niat nak bagi org marah.
atau tension ngan aku.
aku nak jaga reputasi juga.
tapi.
tapi yang sangat panjang.


dokumen-dokumon pun nak disiapkan juga.
work standard la, work instruction la.
checklist, check-lose.
aku plan buat bila ada masa.
yang tak tahan, ada pula yg follow-up.
nak cepat.
berulang kali ingatkan aku.
benda2 tu penting sekali.
takut operator cepat lupa nanti.
tapi, aku buatkan dek aja.
sampai tiba masa, zaaap siap juga.

hari ini.
dapat email benda2 overdue yg nak kena submit.
dari customer lak tuh.
abis cc seluruh alam.
abis gelabah satu kilang.
nak kan kepastian.
adakah realiti atau fantasi.
haha.
nyata sekali realiti.
tu la, bagi kerja banyak lagi.
testing itu, ini.
penat jerk aku bg reaksi tension.
yang memandang, tetap berkata.
'tengok dia tu, cool aje'.
senyum juga.
hah?!.
akhirnya aku sedari.
akulah.
engineer.
merangkap supervisor.
line leader.
kadang2 operator.
rnd pun ya juga.
namun.
masih lagi.
mampu tersenyum mesra.
~peace~