May 1, 2010

COrat COret KURsus KAHwin

mmg gambar hiasan

hah?? aku pergi kursus kahwin!! dah nak kahwin ke?? dah ada calon ke??.. tu, semua soklan yg keluar bila aku ckap pegi kursus kawen di saat org sambut hari buruh. di saat ramai amik peluang utk duk bersantai2 kat pd. aku beriya gi kursus kahwin.

ramai yang pelik. siap ada yang terasa hati sebab tak dibagi-tahu berita yang 'bagus' & panazzz ini. aku pergi sebab kna paksa rela dengan housemate aku yang nak kawen hujung bulan ni. ayat2 dia nak suh aku pergi telah berjaya buat aku join kursus ni. antara.. 'ko jgn jadi mcm aku, dekat2 nak kawen baru kelam kabut'.. lagi.. 'sementara lapang nih, baik ko pergi'..lagi..'sekarang ni dua hari, mana tahu nxt time dia buat 4 hari.. mcmn?'..lagi.. 'bila dah kursus, bila2 masa ko boleh kawen'.. lagi yang tak boleh tahan.. 'weh, aku dah check kat online ada terlebih sorang peserta perempuan.. mungkin tu jodoh ko. pergi ar dowh..!!'. tapi aku pergi sebab aku rasa baik pergi sebelum kursus ni diperketatkan lagi.. maksud di sini dilanjutkan sampai 3-4 hari... sangap pula nati!!.

antara benda2 baru yang aku belajar hari ini adalah:-

1. ketaatan isteri pada suami

antara intipati: sang isteri wajib taat kepada suami selepas berkahwin. perlu minta izin setiap sekali keluar rumah. meskipun terdapat kes2 kecemasan seperti kematian ibu bapa, selagi tidak mendapat keizinan suami untuk keluar rumah menziarahi jenazah. kegagalan utk patuh adalah suatu dosa besar.. BESAR ok.. :D

sang isteri perlu taat selagi tidak merosakkan akidah & nyawa. contoh yang diberi ustazah pun menarik.. buat aku pecah peroooot.. azim tak abis2 perli, sonok nmpk.... kata terpaksa!!. eh, suka hati perut limpa aku ar nak ketawa kui kui..

lebih kurang mcm ni ar cerita dia yang telah diolah sedikit (byk sebenarnya)~

kisah siti yang taat..

sedang hencek taib menonton buletin terkini. tiba2 dtg puan siti, meminta si suami belikan tepung untuk membuat cikodok pisang.

"bang, saya nak buat cikodok pisang. pisang yang bw dr kampung dah naik lebam dah. tolong belikan tepung yup.." pinta siti

"haa, skang ke?" taib minta pengesahan...
siti hanya menjawab dengan mengangguk sahaja tanda ya..

"ok abg pergi skang, sepanjang abang gi kedai.. abg nak ayang JGN KELUAR RUMAH & BAGI SESIAPA MASUK.." pesan taib..

"baik ar bang" jawab siti ringkas lg padat. hencek taib terus menukar uniform tido ke uniform pasar dan ke kedai sejurus kemudian..

siti masuk ke dapur dan terus memulakan proses membuat cikodok. sedang melenyekkan pisang. kedengaran jeritan puan jenab sebelah rumah di depan pintu rumah....

"siti, siti... oooooo... siti!!!!!" pekik jenab. sambil berkata.. "pekak badak ke apa jiran aku nih" didalam sanubarinya yang terdalam & tak terselam itu..

"yea.. jap2!!" sambil mengesat tangan pada apron ber'tahi lalat'nya.

"haaa, kak jenab.. ada pe?" tanya siti

"ni haa... ada karipap untuk korg laki bini".. jenab menghulur sepinggan karipap sambil tersenyum lebar. mungkin pertama kali percubaan membuat karipap berjaya.. senyum bangga!!

siti membuka pintu grill, menguak sempit sekadar lepas2 pinggan karipap itu..

"eh, kot ya pun bukak la pintu luas... mcm tak nak bagi akak masuk ajerk" jenab terasa hati.

"AKAK, ABG TAIB PESAN JGN BAGI SESIAPA MASUK DAN JANGAN KELUAR RUMAH. mahap yea" beritahu siti kepada jenab. (TAAT KEPADA SUAMI DI SITU!!!...yea rakan2)

"klu macam tu akak balik dulu ar. dah rasa karipap akak nati, bagi la markah yea" jenab pun pulang ala lengang supermodel nasha aziz.

siti terus meluru masuk ke dapur menyambung tugasnya.

sedang melenyekkan pisang.. hati siti berbisik.."hmm, lamanya laki aku ni pergi kedai"
sementara pisang dilenyek, dia menjarang air..

tiba-tiba, berlaku kebocoran gas dan telah menyebabkan kebakaran kecil. siti panik lalu cuba melawan api yang mula marak itu. namun api semakin marak.

kebakaran itu disedari oleh jiran tertangga lalu lantas menelefon bomba. risaukan keselamatan siti, jiran menyuruh siti keluar menyelamatkan diri. puan jenab paling lantang menjerit...."sitiiiiiiiiiiiiiiiik, keluar selamatkan diri!!! akak dah panggil bomba".

siti yang dah tak terdaya melawan api.. membalas "tak boleh!!! abg taib tak izinkan saya keluar umah.. hoho"

"aku mesti taat pada suami biar apa pun terjadi. mesti abg taib kagum, akulah isterinya yang patuh dan solehah.. dunia akhirat." rintih hati siti.

bomba tiba selang 5 minit, lalu cuba menyelamatkan siti. cuba masuk menyelamatkan siti. keadaan betul2 cemas ketika ini. jiran pula cuba menelefon taib. tapi tidak berangkat. mungkin tertinggal hset dlm rumah.

api makin marak. bomba cuba memasukki rumah dengan mengupil pintu grill. tetapi siti menghalang.."jgn, abg taib tak benarkan org masuk!!!" jerit siti lemah.

jiran2 hanya mampu mendoakan keselamatan siti. jeritan siti sudah tidak kedengaran. bomba akhirnya berjaya memadam kebakaran selang 30minit.

alangkah terkejutnya abg taib melihat keadaan rumahnya. bungkusan tepung ditangan terlepas ke bumi. laki puan jenab cuba menenangkan taib.

"sabar taib.. sabar, isteri kamu isteri yang patuh.. taat pada kamu" pujuk laki jenab.

taib terus mencari siti.. "mana? siti? ayang..."

hati sayu melihat isteri yang terbaring kehangusan. garing...

disaat itu, siti telah tiada dan menjadi roh. siti berada ditepi jasadnya yang rentung. menanti...suaminya kagum melihat kepatuhannya...

"hmm, hangus!! sob sob.." esak taib... hnssh.. hnsshh..
"hmm, ALAHAI BANGANGNYA ISTERI AKU NIH!!!" adu taib..

"abang sampai hati tauuu!!!" jerit roh siti..

cukup setakat ini.. banyak lagi input yang dpt sebenarnya.. cuma tak larat nak taip buat masa ini.. may be akan ada sambungan~
.
.
.
p/s: tiba2 rasa nak cepat2 kawen.. uhuksss














No comments: