Mar 28, 2009

apaaa yang penting?! kerjasama!



MAJLIS BUBUR ASSYURA MERIAH
................................................................

TAMAN SRI DENDANG: Atas usahasama penduduk Taman Sri Dendang, dua buah kawah bubur assyura telah berjaya disiapkan dan diedarkan di kalangan penduduk . Idea untuk mengadakan majlis ini telah diajukan oleh Pak Cik Din (memang nama gelaran) yang mahukan majlis ini diadakan bagi mengingati peristiwa assyura selain dapat mengeratkan hubungan dikalangan penduduk taman.

En Fauzi telah rela hati mengadakan majlis ini di umahnya ekoran kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa dan merupakan lokasi persidangan utama dunia yang kerap diadakan. Acara mengacau bubur assyura telah mengambil masa hampir 8 jam untuk disiapkan dan telah melenguhkan tangan pengacau-pengacau bubur malah turut memedihkan mata pengacau-pengacau bubur sehingga air mata tidak dapat ditahan dari terus mengalir akibat kesedihan yang melampau.

Menurut penduduk yang enggan namanya didedahkan, memberitahu acara sebegini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk taman dan amat sesuai dijadikan sebagai acara tahunan. Selain itu dapat membuktikan siapakah di kalangan penduduk yang komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Dua buah kawah bubur assyura akhirnya berjaya di siapkan sekitar jam 6 petang.

Semua yang diaturcarakan berjalan dengan lancar kecuali acara makan tengahari. Dimana orang yang telah ditugaskan memasak telah menyediakan makanan lauk pauk yang manis-manis belaka. Menurut pembantu dapur, semua masakan telah ditambah sedikit gula melaka dan gula pasir termasuklah budu (sos ikan bilis). Ini membuatkan rasa yang sangat pelik dan menyebabkan kes kehilangan selera penduduk taman yang berlanjutan sehingga dua hari. Apa yang penting majlis ini telah berjalan dengan jayanya dan merupakan kenangan manis yang boleh dikenang sehingga generasi seterusnya.-BERNAMA

..................................
~sekitar majlis bersejarah itu~





.



No comments: