Feb 20, 2012

(libur) hong kong-hari dua



bersambung-

dek kerana kepenatan ronda kotaraya hong kong dengan berjalan kaki, cita2 nak bangun awal ternyata tidak berjaya. aku terjaga kul 7pg. padahal aku-lah orang yang duk sibuk ulang berkali-kali 'eh, esok kena bangun awal dalam kul 6pg, byk lg tempat nak pergi'. tengok2 aku yang tak bangun2. syok tidur bila betul2 penat.

hari kedua
disebabkan kebulur dan nakkan tenaga untuk bersuka ria, kena la gi sarapan roti canai ngan capati kat kedai pakistan. banyak jugak kedai makan halal kat sini. sapa yang tercari-cari makanan halal sila-lah ke chungking mansions di nathan road. semua ada. eh, tipu ar. kebanyakan menu yang ada kat kedai mamak kat m'sia ada kat sini.


kedai pakistan tak buka lagi kul 8pagi. sementara menunggu buka, kita2 pusing2 dulu. sempat juga la singgah di masjid kowloon. sempat bergambar je. boleh plak tak sempat nak beribadah plak kan. hehe.


sebenarnya, hari ni nak abiskan masa satu hari di disneyland hong kong. yeah2! kalau sempat nak naik kereta kabel ke tung chung, ada patung budha besar kat atas sana. malas nak bercerita. biar gambar pula bercerita. nak tlg buatkan cerita pun boleh. ikut suka korang la.


kalau la komuter macam ni punya exclusive kan best. hari2 gi midvalley.hikhik.
ulang alik seremban-midvalley.


tiket masuk.



semua nak kena ada telinga mickey. adoyai.


pintu masuk



ku sangka cerah sampai ke petang. rupanya salji di tengahari.


very detail and superb decoration


alolo chomelnya. rasa macam nak baling ngan selipar. (nk cubit2) hikhik


bergambar ngan awek jepun. tak sangka rudi (paling kanan) fasih cakap jepun.


pakat berdikir barat


laksa penang pun ada. kagum2.


yang ni ride paling extreme kot. tak sempat nak cuba semua.


sempat layan teater simba. menarik.


sorry. kamera abis battery. tak dapat la nak share aktiviti sampai ke malam. jangan lepaskan peluang tgk bunga api berlatar belakangkan sleeping beauty castle. paling best barang-barang cenderahati disneyland semua best2. boleh rambang mata. aku rembat 2 topi.


tips disini, cuba bertanya dikaunter hotel anda jika ada menjual tiket disneyland atau tidak. selalunya ada diskaun. kami dapat diskaun HKD70 per tiket. biasa HKD 399. diskaun berdasarkan berapa tiket yang hendak dibeli. lagi banyak borong, lagi byk diskaun dapat. lagi stau, tak perlu lagi beratur panjang beli tiket.


lagi tips, sebarang makanan luar adalah tidak dibenarkan sama sekali. air mineral ok la. so, pandai2 la sorok. yang penting bawak botol mineral. senang nak top-up kat dalam. harga air mineral kat sana (hatta seluruh hong kong pun) agak mahal juga. lebih kurang rm5-7 sebotol. kalau sepuluh kali beli dah berapa??





+tak cukup sehari. padahal dah abiskan masa dari kul 11pg sampai 8mlm. tak semua ride/attraction sempat pergi. ada-lah alasan nak pergi lagi ke sana.
++ tak sempat jugak nak melawat patung botak dan agak obes.

Feb 6, 2012

(monolog) banyak sebab untuk bersyukur rupanya

rezeki buah mangga free


pernah saat2 hujung bulan, dengan wang di tangan yang tak seberapa sementara menunggu gaji pada 28hb. mengikut kira-kira, memang cukup untuk menampung ke tarikh keramat itu tanpa perlu mengorek tabung simpanan di bank.

dengan syarat kena tolak perlawaan lunch kat restoran best2. selalunya time dalam situasi berbajet lah, diorang (rakan sekerja) berselera besar & mewah. arrggh, terdapat dua pilihan samada cadang tempat makan lain atau ikut serta tapi tak makan malam.
baik untuk buang spare tyre.

oh, tidak!. dalam duk berbajet tu pulak power window debab (dbb) rosak. hohoho. dalam hati berdoa minta2 kosnya tak melampau2. hmmm, nampaknya meleset. rosaknya sikit tapi kosnya agak tak logik ar. memang tak ada rezeki. faham2 ar charge pusat servis. terus tukar part. tak de intention langsung nak repair dulu.

dalam perjalanan balik dari pusat servis, rezeki tak semestinya duit atau harta benda semata2. semua yang terjadi sekeliling kita dan ada pada kita itu adalah rezeki. antaranya:-

kereta tidak meragam itu juga rezeki. takde duit yang keluar dari kocek untuk repair kereta.

kesihatan yang baik juga rezeki. tak perlu ubat, tak abis duit.

peralatan2 rumah anda tak rosak juga rezeki.

muka cantik semulajadi juga rezeki, tak perlu berhabis untuk ubat jerawat atau alat solek.

tinggal di malaysia juga rezeki, tak perlu nak beli baju sejuk untuk musim sejuk.

memiliki gigi cantik tersusun rapi juga satu rezeki, tak perlu nak beli pagar untuk gigi. mahal woo.

mata tidak rabun itu rezeki.

mata tidak rabun teruk juga rezeki.

rumput kat laman lambat panjang juga rezeki. tak perlu kerap upah bangla mesin rumput. dah la diorang semua bagi harga tetap. kerek.

saya lelaki juga rezeki, tak perlu beli banyak baju dan tudung. tak perlu pakai baju berlapis2.
dan tak perlu pakai 'pampers' sampai tua. (hikhik)

jika perempuan juga rezeki, tak perlu shaver dan minyak rambut. kasut perempuan selalunya lagi murah dari kasut lelaki. lagi2 menjadi tanggungjawab lelaki menjaga dan menangungnya.

dan banyak lagi. siapa ada idea nak tambah, sila-silakan yea.



+ mudah-mudahan dapat rezeki berbentuk jodoh . amin.
++ terkorek jugak tabungku.