Jul 29, 2011

(muvee) alololo comelnya

comelnya dua beradik ni mengaji.
jom ngaji sama2. pakat ikut ustaz kecik ni ajarkan.

alif-ba-tha-sa-jim





+ takut ngan 'ketam' cik mokhtar (guru ngaji) masa ngaji dulu2. sekali kena, pasti biru. tagline masa tu.

Jul 22, 2011

(info) dah tua


berganjaknya usia ke angka yang baru, ada benda yang bertambah, berkembang . eh, yang berkurang pun ada juga. mmg tak seronok nak tahu, tapi kena tahu juga. berdasarkan pengalaman sendiri ni & research secara kecil-kecilan. lebih kecil dr research belah katak masa form 4.

-yang bertambah-

a. saiz pinggang seluar
dr 29 ke 32. semua sama. lebih2 yg tak mengamalkan gaya hidup sihat ar. mcm aku je.

b. berat badan.
penambahan saiz pinggang adalah semata-mata nak menempatkan perut yg maju kehadapan. rata2 semua menghadapi masalah yang sama.

c. bulu2 badan.
penambahan populasi rerambut (lebih sopan) yakni janggut & pelbagai lagi. menampakkan gaya & kemantangan. malah kemachoan bg lelaki.

d. hutang
semakin meningkat umur semakin byk masalah dengan hutang. hutang keta ada. hutung rumah ada. hutang loan ada. hutang kutu pun ada. yg lagi parah hutang ngan along. haiya.. susah mau tolong.

e. tanggungjawab.
bertambahnya tanggungjawab terhadap keluarga bg yang berumahtangga, kerjaya bg yang bukan penggangur & masyarakat. ini semua yg akan memotivasikan diri utk bergerak maju beberapa langkah lagi.

f. kematangan
cara berfikir & pembawakan diri lebih matang. tiada lagi fikir nak suka2 & riang2. semua bermatlamat.





-yang berkurang-

a. kadar metabolisme badan
definisi metabolisme lebih kurang begini. wikipedia tlg bantu.


"Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis. Katabolisme memghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel. Manakala anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik."


pengurungan metabolisme badan mengakibatkan apa yang kita makan tak diproses menjadi tenaga. akhirnya disimpan menjadi lemak. apabila lemak diternak dengan baik terhasil la kegemukan & pembaziran membeli seluar baru.

sebab tu kdg2 kita pelik, makan amount sama sejak dulu tapi sekarang jadi debab!! pernah rasa mcm tu? lihat fakta ini.

kadar pengurangan paling tinggi adalah 5% setiap sepuluh tahun. patut ar makan nasi separuh pun tak kurus2. oooooo.....

tapi ada cara nak cepat2 kan metabolisme. layan muvee kat bawah:-




b. masa santai
dah kurang masa nak bersantai. mana ada masa nak pakai spek mata hitam kat tepi2 pantai. masa dihabiskan di kilang atau dipejabat. kalau bersantai pun kat tepi tingkap pantry office. tp tetap takleh pakai spek hitam.

c. kawan-kawan
bila dah kahwin, kurang dah nak kuar ngan kawan-kawan. kawan2 yang bujang sedih lepak kat umah. mengenang nasib badan. kuikui.

d. rambut.
kalau lelaki2 makin mengecil mahkota mereka. luas permukaan muka pun bertambah, secara tak langsung menambahkan jumlah penggunaan facial foam. hehe. mungkin dr 100ml utk 3 bulan, jadi 100ml utk 1bulan.



sekian, segmen info.
+ bersama menghadapi kedewasaan. huiyo! yeah! juga penuaan.:(




Jul 18, 2011

(libur) kyoto part 1

tgh org duk gerun pasal radioaktif & tsunami yang meranap sebahagian jepun, aku dengan berlapang dada & senang hati untuk dihantar ke sana.

siap plan nak memberontak & sediakan hujah2 kalau-kalau management tak jadi hantar gi join seminar kat HQ. nasib baik ada en. hisa & FM yg berkeras nak hantar aku+kak sue.

sapa saja yang bantah akan dipanggil 'cina bukit' atau 'poor brain'. siap tunjuk peta jepun lg. nk tunjukkan betapa jauhnya fukushima ngn kyoto.


ish pegi bulan april, bulan julai baru ada masa nak buat post pasal kyoto. bulan mei cuma sempat bg (tips) nak keluar negara. lepas ke?? jerk. oooh... malas gile nak update blog. masa pulak disalahkan.

biar gambar bercoleteh pulak

jalan yg super rata. tak nampak liang roma pun.


berdisiplin tahap gaban. walaupun bab parking keta.
mesti reverse parking. say no for double parking.


keta yang comel. dan bersegi-segi.


motor pun kiut2. diorg tak pakai eX5 atau 125z.
semua motor lama aka antik.


teka ape nih? bukan loji kimia.
tapi pusat judi. canggih kan?

temple. berselerak. buat sembahyang hajat utk menang judi kot.

mereka sgt suka berfesyen.
dari budak kecik smpi sampai la warga emas.

semua rasa kicap.
seminggu rindukan budu ngan sambal belacan.

serba serbi ada kat vending machine.

model 'juara' bersepah2 kat sana.
kat m'sia dipandang tak ubah macam mesin basuh.


train yang sgt jitu masanya. seminit pun tak lewat.

gadis2 disana pun comel jugeee. hihi. diorg ni selalu dtg malaysia.
'saya suka makam nasii lamak'


+ 5 perkataan utk jepun. bersih+disiplin+comel+pantas+kicap