Nov 4, 2011

(libur) universal studio

selain dapat pusing-pusing kyoto, aku ngan mak cik mazda dapat gak peluang ke universal studio japan. dekat bandar osaka. tempat ni serius best. padan la ngan rege (harga) tiket dia. nak berlibur punya pasal, guna la duit elaun outstation rm100 sehari tu. aku ngan mak cik mazda siap share untuk sponsor tour guide kitorg.

sampai2 jerk terus terkinja-kinja tangkap gambar kat globe berputar ni. trademark universal studio. bukan aku sorang je. mak cik mazda pun sama.



mak cik mazda bergambar sakan tapi tak sekinja aku. perasan tak? mcm kasut aku je tu. petua disini, kalau nak jalan2 kena pakai sport shoe atau sandal santai. kesian menengokkan kemelecetan kaki mak cik mazda.

popeye

semua game dia best2. sungguhpun tak naik semua. hari tu, aku sorang jerk yang tak injured. masih bersemangat. tapi takkan nak pentingkan diri plak kan?? oh ya. pekerja2 universal studio ni semua mesra alam. takde la macam student kt kat sana. buat sombong jerk. aku ngan makcik mazda sengeh2 macam kerang busuk dah rasanya.


bini popeye pun tak nak lepaskan peluang bergambar ngan ktorg jugak. (bajet)


decoration jangan ckp ar. mcm dalam filem plak rasanya.


alamak, terinterprem dalam newspaper plak. mcm real.
siap rasa percik air ngan bahang api menyambar.


dapat gak merasa naik keta ni. boleh muat 6 org lak tu. dashyat!


sooo suweet.


hello kitty punya live show.


hantek! (sengau)


bapak jaws.


planning the next activity.



wahai cik kitty, suruh la company hantar ktorg lagi. confirm datang lagi. kat sini, akan ada penyakit dipanggil rambang mata. semua barang dia nampak menarik. tapi tak tipu, mahal2 semua. nak beli jangan convert duit kita, kalau tak konfem tak beli hapa-hapa.



jom layan hello kitty menari2.

video

No comments: