Nov 22, 2009

menunggu atau mencari jodoh?

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”

“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”

“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”

“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:

first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…

Beliau juga memberikan komen:

akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

.

.

.

credit to:abimuslih.wordpress.com

p/s: aku kategori mana yup? aku dan "dia" saling mencari dan menunggu! ya Allah bukakan jalan kami!

Nov 19, 2009

sammy vellu.. gelikan paru2 ku..


These famous/infamous
quotes will forever be in the History of
Malaysia!!!

1) Samy Velu on pos laju *"BESOK KIRIM, HARI INI
SAMPAI"*

2) The one on TV when in trying to say he was ashamed, he
said*:`Kemaluan saya besar`*

3) On drugs, *"Jangan hisap dada"

4) Samy said in a ceramah *"Kita akan bina satu
jambatan untuk orong-orong kampong disini"*, one pakcik
asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa bina
jambatan?" and Samy glorious replied *,"Kalau
takde sungai, kita bina sungai!"*

5) Samy's favorite quote on national television
*"Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat
semua ini toll saya punya bapa punya
kah!"

6) During the water shortage crisis *: "semua orang
diminta jgn membuang aiyerr..!"*

7) During blood donation campaign in Sg
Siput:*"...marilah kita semua menderma
dara.."*

8) During the opening speech of various function:*".
..selamat datang saudara- mara semua.."* (actually
is "saudara-saudari")

9) At an opening ceremony:* *"mempersilakan datin
paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka
kain" *

10)Commenting about his modesty: *"sebenarnya,
kemaluan saya sangat-sangat besar*"

And lastly u know why our N-S Highway concessionaire is
named PLUS.
*PLUS =
Pungut Lebih Untuk Samy *
.
.
.
.
p/s: jadi badut pun sesuai gak dia nih..