May 30, 2009

budak2 keliwon

klik gambo utk besaukan!

perjumpaan engineer seMETEK

~perjumpaan tidak rasmi~
......................
..............................................
lokasi: secret recipe senawang
tarikh:28 mei 2009
tujuan: raikan baya nak pergi keje gomen...

baru habis QEP...yea! aku dah present..
nasib baik tak teruk kna tanya dengan zushi dengan mr lee...

dan hari ni baru dapat $gaji... klu tak, gi kedai cendol leman dawi jerk...
ngeh2x!

lihatlah kepoyoan budak2 metek bersosial!
budak2 cleaner opss engineer metek!

peace.. tak moo gaduh2x
.....
scandal~!
.....
telah dihabiskan oleh "tong sampah metek".. ngeh2x
.....
terhangat dipasaran gelap!
.....
cleaner with selera besar... up to date ok!
.....
ish.. cubaan membutakan mata mai...
.....
sedia berkhidmat bersihkan umah atau premis anda!
.....
keciknya ko baya... besarnya ko azim..
.....
mas marah aku halang baju kebanggaan dia..~

.
.
.
p/s: kepada baya dan yuwa, mesti best dapat environment baru... takde la asyik kira dk dengan plating area ajer.. hehe.. all the best!
p/s: huda, bakal pengurus kewangan islamik anda.. aza2 fighting!
p/s: azim, bila kita nak blah ni.... project cc kita cmner?

May 27, 2009

pergilah, kami relakan..

perginya seorg bintang kejora metek
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tak tahu kenapa? sorang2 engineer nak blah dari metek.. mula2 suriani dengan alasan sambung belajar (mungkin alasan paling best untuk meloloskan diri), tak lama lepas tu lui... blah setelah line baru dia tak start2 lagik2.. mungkin sebab kebosanan tahap melampau... aku pun rasa bersalah gak.. selalu gurau2 ngan dia.."lui, buat2 sibuk yea hari nih?!" ngeh2.. pdahal aku tahu confirm2 dia tak tau nak buat ape bila datang kerja...

skang ni baya, dia duk menghitung hari nak kuar dari metek... waa, takde la org yang aku boleh usik. minah kecik nih duk belakang meja aku.. merupakan sumber maklumat terpenting aku kat metek ni... baya, ko nak blah aku tak kisah sgt... yang aku kisah kalau keje2 rnd ko, ko bebankan kat aku yang sedia maklum sibuk.. ko pun tahu aku tak leh pikir lebih dari pukul 5ptg... so ko settlekan sebelum nak blah yup...

yg aku tahu tak lama lagi si yuwanes lak.. mcm musim lak..

untungnya jadi norbaya omar, dapat keje gomen.. gaji mantap beb!. dah la ada macam2 elaun.. jumlah elaun saja dekat dengan rm 1k. tu belum termasuk elaun utk org pelik (kritikal) 5% dari gaji pokok... agak lumayan gak ar... ktorg jerit yahhhooooooooooo! bg pihak ko. jgn lupa nak bina empayar kat sana, pastu jadi kebel kuat untuk kitarong gi join ko kat sana lak.. ko jadi senior ktorg pun, ktorg tak kisah.. ngeh2x.

lagipun ktorgkan memang sgt berwibawa, lebih2 lagik yang duk belakang meja ko.. ko pun tahu mcmmana dia buat kerja.. mantap! bukan mcm sebelah kanan meja ko, keje dia buat study pasal stain, stain dan stain... tapi dia mmg bagus klu wat presentation.. walaupun dia 7dadidu...(sama mcm aku gak)... because she always supposed to be..

budak no. 1 di metek pun ok gak ape?... dah dinaikgredkan sebagai improvement engineer.. sebelum ni sering di'mangkuk jamban'kan oleh bosnya sendiri. skang ni bos dia sibuk puji dia, handal settle mcm2 problem kat line... lagik satu dia nih pesen tak melawan. walaupun bos dia ada sorang anak buah yang sama tak melawan.. tapi bos dia takut nak suruh budak yang sorang lagik nih... mangsanya budak no.1 di metek nih... aku bukan apa skadar membela housemate aku... kalau jadik ape2 kat dia.. sapa nak bayar bil streamyx, bil api, bil air dan sewa umah...


buat baya, jangan cuba2 nak lupa belanja ktorg. ingat skit saat2 kita gi cari keje part time sama2..pastu kena t**u lagik... saat kita gi terjah ke BOOM... saat2 kita berdiri kat jusco dekat2 5 jam tanpa henti... saat2 ke'confident'yan huda tegur azim yang nama mai ialah akma, padahal nama minah tu maizaitul akma...saat2 kita wat testing WPAK bersama2 ngan muse... saat2 azim belai gesel2 bulu idung dia kat file2 ko...

tapi aku akan rindu skill ko masukkan kasut dalam rak dengan tanpa guna tangan.. memamg kagum bangat! nati hari last ko buat yup depan kitaorg...


tapi baya, aku rasa kejap jer kitorg terasa ketiadaan ko, lepas tu kitaorg rasa mcm best giler... kitaorg tgh plan nak wat jamuan perpisahan besar-besarn nih.. utk ko la... tapi kitaorg tak ajak ko tau... sebab kitorg nak celebrate pemergian ko.. ngeh2x... sob2x...


klik untuk besaukan gambo!
.
.
.
p/s: yuwa dah anta surat resign, kita bila lagik?
tapi kenapa semua nak lari dari metek yup... masing2 tak de jawapan... ?????

May 21, 2009

bahaya ON air cond, lepas start enjin

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

May 10, 2009

tragisnya cerita nih

aku ada satu (1) cerita

rasakan ketragisannya

kisahnya bermula begini, di sebuah kampung yang terpencil dan jauh dari orang ramai tinggallah seorang ibu tunggal dan anaknya bernama ramli mansor (nama timangan). mereka perlu mengambil masa hampir setengah jam dengan bermoto kapcai untuk keluar ke kedai runcit makcik temah, lokasi paling hampir dengan kediaman mereka.

ditakdirkan suatu hari, ibu tunggal ini perlu keluar untuk membuat IC baru di bandar. sementara ramli yang berusia 15 tahun ini dibiarkan untuk menjaga rumah dan ikan kering yang dijemur di halaman, takut2 dimakan lalat hutan. ibunya berpesan "ibu pergi tak lama, siap urusan di bandar balik ar ibu nati"jawab ibunya bila disoal sayu oleh ramli. seolah2 ibunya tak akan pulang lagi.

memandangkan untuk ke bandar sehari cuma, ibu yang kematian suami itu memberikan sedikit wang untuk kegunaan anaknya. sehelai duit rm5 dan beberapa keping syiling 50 sen dan 10sen. pesan ibunya "budak2 tak boleh pegang duit banyak, nati hilang". ringkas dan amat dalam maksud ibunya. tapi sebenar-benarnya hanya itulah duit yang ibu tunggal ini ada.

dengan berkapcai ramli menghantar ibunya ke transit utama kampung mereka, KL Sentral atau nama penuh kedai leman sentral yang merupakan pusat perdagangan dan pengangkutan yang berkembang pesat. malah disitu juga nadi kepada bidang komunikasi dikampung itu apabila ia dijadikan tempat persidangan utama diadakan dan pusat kepada pengumpulan surat.

sebaik saja balik dari menghantar ibunya, ramli bergegas untuk menyambung tidurnya yang terganggu seawal 6pagi. ketika itulah wang yang diberikan ibunya berterabur di tangga. mungkin poketnya bocor atau duit itu terkeluar dengan sendirinya oleh keaktifan kaki2 ramli menaiki tangga. demi meneruskan tidur dibiarkan saja. 'nati2 la aku kutip duit tu, duit 5 hengget ada lagi dalam poket aku nih', kata hatinya padahal ditahu kemana jatuh duit2 syiling itu. di dalam longkang dan dibawah tangga.

jam 1 tengahari, ramli terjaga dan terus ke dapur untuk memakan makanan. tapi tiada siakap tiga rasa, kailan ikan masin mahupun telur mentah. dia terus bergegas ke warung untuk membungkus makanan. sewaktu menuruni tangga, dia terlihat duit2 syilingnya yang berterabur pagi tadi. dia biarkan saja, berkeputusan mengutipnya bila balik nati.

selang sejam, dengan sebungkus nasi berlaukkan ikan jaket pedas dan sesenduk sayur paku pakis serta sebungkus sirap bandung, dia pulang. wangnya berbaki rm1 saja lagi. dia melihat saja duit syiling dengan menyangka dia akan berpeluang mengambilnya kemudian.

sedang enak memakan makanan, hujan turun dengan renyai2. kerna amanah yang dipikul , dicepat2 mengangkat ikan2 kering di halaman. sewaktu turun dan naik tangga, dia masih membiarkan saja duit syiling tu. lalu menyudahkan makanannya. sementara itu hujan semakin lebat.

terlintas dipikiran untuk mengambil duit syiling didalam longkang, takut2 dibawa air ke sungai. di bergegas mencari duit syiling di dalam longkang. dalam hujan dia mengejar tiga keping syiling 50sen dan 2 keping seposen apabila duit2 itu dibawa arus. basah kuyup dibuatnya. dia berpeluang mengambil duit seposen yang tersangkut, tetapi dibiarkan. kerana berhasrat untuk mengambil duit syiling 50sen dahulu. malangnya, dia hanya dapat basah sahaja. ish2 kesiannya.

dalam pikirannya, kalau la aku amik awal2 lagi kan bagus!. tersentap dengan kejadian itu, di mencari duit dibawah tangga. disangkakan mudah. rupa-rupanya juga sukar. percikan dan tempias air hujan ke tanah menyebabkan tanah menutupi syiling2 itu. dia terpaksa, mengorek menkuis-kuis tanah2 disitu. ayam2 belaannya melihat dengan kehairanan.

mujurla dia menjumpai balik tiga keping duit syiling. sekeping 50sen dan dua keping seposan. dibersihkan duit syiling itu dengan bajunya. terasa sayang sangat dengan duit syiling yang dijumpainya itu. lantas dalam otak kirinya, mengira wang yang dia ada sekarang. semuanya rm1.70. mula terlintas ish tak cukup ni. kalau la aku cari duit sebelum hujan.

hujan berhenti dan hari mulai senja, dia perlu keluar untuk mengambil ibunya. dia menunggu ibunya di kedai senah yang mana perlayan2 kedai itu comey2 dan manis2 berlaka. nak tak nak, dia mengorder neslo ais lagipun ibu dah nak balik. lagipun ngam2 dengan duit yang dia ada. tunggu punya tunggu ibunya tak juga tiba. tiba-tiba datang perempuan tua datang menepuk bahunya, "ramli, mak cik lupa nak bagitahu yang ibu kamu pesan dia pulang esok pagi". "dia menumpang tidur di umah maksu kamu smentara IC barunya siap esok", tambah makcik tak bergigi ni lagi.

malangnya nasib aku, bisik hati ramli. ish ibu nih!, rintih hatinya. dia pulang dengan hampa. sepanjang perjalanan, terpikir dalam benaknya 'apa la aku nak makan malam nati?'. dari situ disorotinya kisahnya sepanjang hari ini. banyak yang disesali.

kenapa la aku tak plan dulu sebelum aku berbelanja?
kenapa la payah sangat aku nak gi kutip duit syiling tadi?
kenapa dah saat genting baru terhegeh hegeh nak kutip?
kenapa la aku minum neslo ais tadi?
kenapa aku makan best giler tghari tadi?
kenapa IC takleh siap terus?
kenapa aku tak ikut ibu aku? akhirnya ikan kering juga disalahkan. kalau ko tak wujud tak payah la ibu aku jemur ikan kering. bila tak jemur ikan kering boleh la aku ikut ibu aku. tak yah la aku bersusah payah.

tiada apa lagi yang mampu dilakukan, ramli berkeputusan untuk hanya tidor bagi melupakan kelaparannya sementara ibunya pulang petang esok. kerana terpaksa, dia membuat survival dengan menanak nasi dan mengoreng ikan kering. bisik hatinya, nasib baik ko ada ikan kering. baginya itulah makanan yang paling best dalam hidupnya pada hari itu.
.
.
.
.
p/s: jangan lepaskan peluang yang ada. ia tak dtg berkali2 adaptasi dari mimpi aku!



May 9, 2009

kunci hati?!

aku suka gambar ni!

kunci hati?! aku pun tak tahu ada menatang nih...
ada ke?

klu ada, boleh tunjukkan?

aku nak set kunci hati aku ar... nati aku bgtau.. nak pikir dulu.. :p

layout terbaru


cari punya cari akhirnya hari ni aku decide nak guna dilectio punya layout.. designer dia dari sepanyol.. gempak sey! layout ni agak susah dan agak rumit sikit.. lain yang kita edit lain yang dipostkan.. bengong! tapi suka punya pasal, aku layankan aje! so sementara ni mungkin ada yang mcm tersenget sana sini... harap korang boleh buat2 tak nampak atau menyengeh2kan kepala korang supaya nampak ok-ok aje..

aku tak tau korang akan suka atau menyampah.. harap2 ada yang suka.. tak suka sikit, suka banyak pun tak pe!

May 5, 2009

UNDERCONSTRUCTION

pening, pening dan pening.. semuanya angkara nak menukar layout blog aku nih.. aku nak layout yang menarik, simple dan kemas..dan paling penting ada tiga (3) column.. banyak sikit benda pelik2 aku boleh display..
.
malangnya sampai hari ni tak jumpa2 lagik.. nak customize sendiri tak reti.. harap2 yang free ajo la..
.
so, buat masa ni aku guna layout ni buat sementara waktu..
.
.
.
p/s: layaaaaan