Mar 24, 2011

(tips) result SPM

semalam, 23hb mac 2011 telah diumumkan keputusan SPM. keseluruhannya adalah keputusan yang terbaik sejak tahun 2006. berdasarkan berita harian, seramai 10488 pelajar mendapat semua A dalam setiap subjek. konfirm2 seramai 10488 org melompat kegirangan, membuat hati ibubapa masing2 sebak dan menangis kegembiraan. bangga. seakan mahu dicanang kejayaan anak sekampung. mungkin detik paling indah bagi ibubapa kita.

hadiah

time la, minta apa pun hadiah mesti dapat. kalau zaman TR, motor yamaha SS dan RG Sport jadi kegilaan. kalau anak yang "cemerlang" minta ni mmg kopak la duit mak ayah. tapi takpe. anak dapat straight A tu. setakat rasa bangga sorang diri ok la. tak perlu lah nak dibandingkan dengan anak orang lain. tak baik, kecik hati org lain. masa aku pun ada org nak banding2 kan. hmm, usah dilayan. ckp 'boleh la' sudah.

yang tak berjaya

buat yang mendapat result yang kurang bagus, atau tak cemerlang. jangan berduka lara. usah menangis pilu. tiada apa perlu dikesali. sebaliknya dijadikan ikhtibar serta pengajaran. perlu diingat SPM bukan pengakhiran segalanya. ianya hanya satu permulaan. jika ada yang nak sindir atau berprasangka anda bakal mempunyai masa depan yang malap, hanya perlu diam dan jadikan sebagai cabaran.

keputusan besar

pada usia 18tahun ini, keputusan yang anda buat akan mempengaruhi 5-20 tahun anda akan dtg. ia memberi kesan keatas kehidupan untuk seterusnya. contohnya, jika anda untuk mengambil jurusan engineering. anda mungkin akan menjadi engineer dan mati sebagai engineer. melainkan anda dpt kerja kerajaan atau memulakan bisnes. sebelum membuat keputusan, anda perlu fikirkan minat & kecederungan. bukan setakat itu sahaja, malah prospek pada masa hadapan. ya, anda berusia 18tahun. anda perlu fikir sebaik mungkin seakan dewasa yang dah berkeluarga. ah-ha. anda perlu rancang apa anda mahu untuk 5 tahun akan dtg.

cemerlang tak semestinya berjaya

pada pengalaman TR, cemerlang SPM atau peperiksaan besar yang lain bukan jaminan untuk berjaya pada masa hadapan. tak lain hanya tiket untuk ke universiti atau menyambung pelajaran. pelajar terbaik tak semestinya dpt menghabiskan course on time dan menjawat jawatan yg bagus lg berjaya. ada yang keputusan sekadar cukup makan, tapi sepuluh tahun kemudian... mempunyai life dan income jauh lebih besar dari mereka yang pernah cemerlang dahulu.

teruskan

jadi, yang kepada yang kurang cemerlang. anda belum lagi terlambat. aturkan masa depan anda dengan baik. dapatkan pandangan dari ramai org. bukan mengikut pandangan orang. anda juga mampu berjaya. sudah2 lah mengenang yang dah berlalu dan tak dapat diubah. corakkan kehidupan selepas 5 tahun anda bermula sekarang.

+ apa yang kita sangka hebat tak semestinya hebat.
++ keputusan pada usia 18 tahun adalah paling penting dalam hidup kita.
+++ tahniah buat kak wati, anak dapat 10A+.







No comments: