Aug 31, 2012

(muvee) prank yang dahsyat

hi semua. salam merdeka.

hari-hari cuti mcm ni, syok layan youtube. tgk videoklip najwa latif, running man dan joget gangnam style. terjumpa plak video nih.


pernah dengar istilah gurow bewok atau dalam bahasa bakunya gurau biawak? haa.. mcm video ni la lebih kurang maksud dia. kalau aku yang kena mmg hangin la satu badan. sebagai habuannya, aku tampar laju2 dengan banyak kali.


+ JANJI DITEPATI? unik tema merdeka tahun ni.

Aug 28, 2012

(info) Rumah Mesra Rakyat (RMR) spnb

assalamualaikum w.b.t


post ini amat menarik jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai kelayakan2 yang spnb kehendaki. impian memiliki rumah idaman sendiri akan terlaksana dengan bantuan spnb. hmmm.. malangnya (bukan rezeki), banyak pula kelayakannya yang aku takde.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR
1.
Warganegara Malaysia. 
(lulus)
2.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun) 
(lulus)
3.
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. 
(alamak! bujang lg, fail)
4.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan. 
(p&c)
5.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna. 
(reban ayam kira tak?)
6.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
(ada pun atuk punya!)

ada siapa2 yang ada kelayakan macam ni tak? haa... apa lagi sila lah melawat ke link ini. aku tahu pasal rumah ni bila ada kawan aku duk apply skim ni. katanya ansuran bulanan sangat rendah. 

berdasarkan info yang dia bagi, lebih kurang RM150 untuk tempoh 25 tahun. murahkan? mcm bayar sewa rumah/bilik kat KL jerk. eh, info ni sahih dari kawan aku tu... terpanggil untuk share pasal ini, aku wat la satu post. untuk maklumat yang lebih sahih, baik korang tanya sendiri di talian 1-300-80-3838.

oh ya! kita tak leh bina rumah ikut suka, kena pilih salah satu design yang spnb sediakan. design dia tak kurang cantiknya. haa... dibawah ni adalah antara rekabentuk rumah yang ditawarkan. design ni paling aku suka. modern dan kemas!



                        
                       Rekabentuk No. 7




+ kredit buat spnb.com.my
++ kredit buat alan untuk info ini. sbb tak ramai yang tahu.

Aug 27, 2012

(family) selamat hari raya!

assalamualaikum w.b.t

syukur! berpeluang menyambut aidilfitri lagi tahun ini di kampung halaman. bersama-sama family tercinta. mewakili seluruh ahli keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.


kira 0-0 yea. seri.



buat umaira, selamat hari raya dan hari lahir ke-4.
eh, sama lah! 19 Aug 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H.



ps: kakak, tok ma ganti kek angry bird dengan beg angry bird.
import dari munduk, sebelah siam tuuuuuu!






+ anak buah tahun lepas 3org, tahun ni dah 4 org.

Aug 13, 2012

(info) bentonix & bentonia-sendayan

assalamualaikum w.b.t


ah ha, ada lagi neighborhood baru di buka di hijayu (mcm hidayu plak), bandar sri sendayan. maknanya ada lagi rumah baru untuk dijual. kali ini diberi nama bentonix dan bentonia. mcm biasa la, nama mesti nak kena gempak kan.. kan. baru menarik minat. sampai rumah aku sewa pun aku bagi nama helonix. hehe. konon-konon aje.

sikit2 pasal rumah berkenaan untuk yang berminat. mana tahu ada yang tengah usha2 rumah untuk dibeli. bandar sri sendayan adalah antara pilihan yang tepat. oh ya, kedua2nya adalah international lot dan freehold.

bentonia

kita check bentonia dulu. rata-rata, menunggu rumah setingkat untuk dibeli di bandar sri sendayan ni. haa, apa lagi pergi la beli.


keluasan tanah : 22' x 80'
keluasan built up: 1560 sq ft
jumlah bilik: 4 bilik + 2 bilik air
harga min*: RM268,888 (min/intermediate)
harga max*: RM771,150 (max/biggest corner lot)
*note: harga sebelum diskaun menarik. xx% tu.
yang pasti zero cost entry (tgk terma & syarat dulu)



bentonix


keluasan tanah : 22' x 80'
keluasan built up: 2685 sq ft
jumlah bilik: 4 bilik + 4 bilik air
harga min*: RM408,888 (min/intermediate)
harga max*: RM 899,088 (max/biggest corner lot)
*note: harga sebelum diskaun menarik. xx% tu.
yang pasti zero cost entry (tgk terma & syarat dulu)





buat yang berminat, teruja nak tengok brochure dalam bentuk pdf atau ada soklan2 yang hendak ditanya. sila-lah ajukan. saya sudi melayan soklan2 anda. hehe. sms email address ke no phone sy 0129578412 atau mfairuzfauzi@gmail.com. nati saya forwardkan brochure.

mungkin yang ada masih blur tak tahu mana letaknya bandar sri sendayan ni, link2 berikut boleh bagi tahu serba sedikit pasal bandar sri sendayan yang permai itu. eceh..ceh..




kena rajin klik kat link2 tersebut untuk lebih tahu pasal sendayan nih. malas pula nak cerita apa yang akan ada kat bandar sri sendayan. takut org muak nak baca. hehehe. discover la sendiri2 yea.


sumber: www.1sendayan.com





+ bentonix & bentonia offer free membership untuk jd member 1sendayan club house. ada kolam renang saiz olympik. minta2 menjadi dan cepat2 siap. nak wat kuak rentang. hehe
++ masih available velonix & velonia, corner & end lot. kriptonix (bumi lot) pun masih ada. tapi sgt2 limited. siapa cepat dia dapat.!

Aug 9, 2012

(dunia2) bersangka baik-lah


kadang terasa sgt kecewa,
rasa yang sgt menusuk hati,
sehingga rasa berputus harap,
hati ini redha dan rela, 
namun tetap terasa sedih,
menerima dalam paksa.

disaat,
setelah usaha dan jerih dikeluarkan,
terasa telah banyak doa dipanjatkan,
seteliti mungkin perancangan direncana,
dan terasa sehabis baik mencoba,
berkali-kali mencoba.

akhirnya,
dia bukan menjadi milik,
itu tidak menjadi rezeki,
yang dihajati tidak diperolehi,
segalanya seakan mustahil,
mustahil untuk dimiliki.

melihat pula pada sekeliling,
memiliki apa yang dihajati,
dipermudahkan segala  yang diingini,
terasa diri tak dipeduli-MU.

dalam terasa sia-sia segala usaha,
terasa doa tak didengar-MU,
KAU anugerahkan rezeki yang tak ku minta,
nyata lebih baik dan amat bermakna,

dalam mengeluh kepenatan,
terasa putus asa,
KAU berikan sesuatu yang tak kusangka,
segala yang dulu sukar terasa mudah,
memulihkan asaku, jadi semangat baru.

yakinku doa-doaku didengar-MU,
bodohnya aku,
lupa ENGKAU maha penentu,
lg maha mengetahui segala sesuatu,
yang terbaik untuk aku.

ampunkan aku,
syukurku atas nikmat-MU,
kan ku bersangka-baik dengan-MU,
berjanji akan terus mencoba,
terus jua berusaha,
mengirim doa-doa pada-MU,
kerna aku percaya,
pasti ada yang terbaik untuk ku.

hanya perlu berusaha,
lebih gigih lagi,
bersabar dan berserah diri,
yakin dan percaya,
hanya belum tiba ketika dan waktu,
kerna hanya ENGKAU yang lebih tahu.

bersangka baiklah kamu, wahai diri.


+insyallah, akan tiba masanya.