Jul 25, 2012

(info) rumah untuk dijual di sendayan

sudah menjadi impian setiap dari kita nak ada rumah sendiri. masing2 ada target sendiri pada umur berapakah mahu memiliki rumah sendiri. dan dah set di kotak fikiran cmner rumah impian itu nanti. eh, aku pun sama la. impian nak ada umah sebelum 30 tahun. aku cabar diri sendiri. :) berkobar2 la cari rumah. bermula berhajat nak beli rumah aku menyewa, mencuba lelongan rumah dan cuba juga nak beli rumah baru. dalam duk survey nak beli rumah baru byk biji rumah contoh dah aku usha. dari apartmen sampai la semi-d. saja usha2, tahu tak mampu~


buat yang ada impian nak beli rumah terutama area seremban atau negeri sembilan, boleh la tgk2 rumah kat bandar sri sendayan. township yang baru di negeri sembilan. reka bentuk rumah yang moden dan luas. tak caya, jom tgk jenis2 rumah yang ada dan sedikit speksifikasinya:-

velonix
 artist illustration

actual. show room.

land area: 20'x70'
built up: 2,326 sq.ft
price: min-rm308K~max-rm 764K (before disc.)
-corner lot only available-

florenix

land area: 20'x70'
built up: 2,326 sq.ft
price: min-rm318K~max-rm 764K (before disc.)
-corner lot only available-


tritonix

rumah contoh dlm pembinaan

land area: 22'x80'
built up: 2,596 sq.ft
price: min-rm379K~max-rm 887K (before disc.)

yang dah habis terjual helonix, natronix, natronia & helonia. sebenarnya banyak lagi fasa baru yang dibuka. terbaru kriptonia, single storey 20'x80 dan kriptonix double strorey 20'x80'. laris macam pisang goreng panas. sebab mengikut masterplan sebuah bandar baru moden akan terbina. dalam the edge bertarikh 31 Okt 2011 ada artikel pasal sendayan bertajuk 'building the 'damansara of seremban'. tu yang pakat nak invest.

oh ya, tak cerita pulak sebab kenapa aku suka design & speksifikasi rumah2 kat sendayan ini,

1. gated housing

2. air cond/ water heater point, tak perlu buat wiring baru.
3. jubin bilik air sampai ke siling



4. tingkap yang luas

5. store yang kemas
6. jubin 2'x2'


7. surau yang moden


8. suis yang moden jugak.


9. tempered glassnya di balkoni


10. longkang yang tertutup dan laluan penjalan kaki.



kalau ada siapa2 berminat nak memiliki rumah di bandar sri sendayan, boleh-lah ajukan pertanyaan ke 0129578412 atau mfairuzfauzi@gmail.com. sekarang ada promosi cash rebate RM3K dan lagi ada discount yg serius ringankan beban anda bayar deposit 10%. berminat jgn lupa email yea. yea!




+ jom pakat2 jadi org sendayan.

Jul 23, 2012

(awas) sindiket penipuan china

bertarikh 12 Julai, aku nyaris2 terkena dengan sindiket penipuan yang sangat licik. yang mencoba keras untuk menyamun aku. taktik diorg adalah mewujudkan situasi panik bagi mangsa dan menggunakan sebijak mungkin situasi tersebut. seringkasnya ceritanya begini:-

10:03 AM

dihubungi oleh 'suara mesin' yang aku tidak mengambil sampul surat berdaftar. tekan 0 untuk bercakap dengan khidmat pelanggan kami, tambah suara mesin itu lg. 

aku pun terus tekan 0 untuk bertanya mengenai sampul berdaftar tersebut. semangat la aku ni, ingatkan dpt surat dari SPA.

khidmat pelanggan tanya detail pasal aku, nama penuh dan nombor IC untuk membuat semakan. tup tup dia cakap surat tersebut telah di hantar ke pej. pos senawang untuk diserahkan di rumah aku tp tiada penghuni masa tu. 

lg, surat tu dikirim oleh IPK Kuala Lumpur. 

so, aku bajet surat saman la. aku pun pelik jugak. selalunya saman akan dihantar ke alamat kereta itu didaftarkan. DeBaB aku alamatnya kat kg. hairan sekejap. bercerita la kat bos aku pasal ni, dia kata mungkin dah ada sistem baru dalam dunia kepolisan trafik. aku pun hmmm terfikir benda yg sama.


10.30 AM

dihubungi oleh IPK Kuala Lumpur, sarjan kamaludin (kononnya) bagitahu pos malaysia menghubunginya mengenai surat berdaftar tersebut. so, aku pun tanya 'surat saman ke tuan?' . dia kata dengan konfidennya, 'ini surat untuk encik hadir ke balai polis berhampiran untuk berikan keterangan'

aku pun pelik. lalu bertanya dan terus bertanya. dia pun cerita, 'satu kes dadah terbesar telah berjaya kami tumpuskan. kami berjaya menangkap mohd yusof bersama 3 yang lain di sebuah rumah dan menjumpai sejumlah dadah bernilai RM41 juta. turut dijumpai lebih 40 kad ATM dan buku bank. 3 daripada berdaftar di atas nama encik. 

aku pun terkedu. aku tanya lagi. 'kad ATM semua ada dengan saya, bank mana tuan?'

'public bank dan maybank' katanya lagi. dan sepatutnya aku perlu berikan keterangan sama ada aku terlibat atau tidak. kegagalan aku akan menyebabkan waran tangkap akan dikeluarkan. 

aku terkedu lg. 'saya akan bertanya dengan pegawai penyiasat untuk mengenalpasti keterangan encik diperlukan atau tidak?. nanti kami akan hubungi encik lg.' 

dia sempat berpesan 'encik tidak deibenarkan keluar negara dalam tempoh 48jam dan mesti memberi kerjasama'  aku pun iyakan.


10:45 AM

aku rasa mcm tipu jerk benda nih.
aku pun semak no telefon pejabat pos dan IPK Kuala Lumpur kat internet. sekali sama dengan nombor yang telefon aku tadi! mahu tak cuak!

aku pun buka story kat japanese advisor aku pasal aku terlibat dalam kes dadah rm41 juta. dia pun cakap 'you better go back home, you already rich!!' aku pun dengan rasa riak dan hebat 'now, i can buy this company neh'. 

dah kecoh kat opis. maklum ar ramai yang amik berat pasal aku. ceit!.


11:15 AM

dihubungi lg oleh sarjan kamal. dia kata keterangan aku perlu untuk kes yang akan dibuka dimahkamah lewat tengahari nanti. so aku pun bagi la keterangan. 

dia suruh beritahu tinggi, berat dan warna mata. yang tak tahan beritahu aku 'encik mungkin suspek atau saksi dalam kes ini. sila berikan keterangan dengan jelas. keterangan encik akan dirakam'.

aku pun dengan jujurnya buat keterangan. 'saya dengan ini tidak mengenali individu bernama ..... blah blah...dan tidak terlibat dalam sebarang tranksaksi penjualan dadah.'. lepas tu, minta aku declare semua acc yang aku ada dan jumlahnya. aku sebut la semua RM sejemput yang aku ada. acc yang tak dideclare dikira acc palsu. haiyo... 

sarjan taik kucim tu pun bagitahu aku yang report tu akan dihantar ke Pegawai Chin Sok Fong pun sama taik kucim. aku kena call dia di talian 03-27884779 untuk menyemak sama ada dia telah terima ke tidak report aku.

siap bagi nombor report aku PKP 787009/11. huh, licik sekali.


11:45 AM 

aku check nombor yang dia bg, tgk2 betul la no IPK Kuala Lumpur jugak. eh dah macam real nih. kata hati aku.

aku pun terus kol pegawai taik kucim tu. 

dia angkat dengan tegasnya wei... siap on-hold aku kejap kononnya sibuk. 'sy tidak mendapat apa2 report di sini, saya tak tahu kes apa yang encik tanyakan. nanti saya periksa dan call encik kembali'

sibuk sungguh polis nih.


12:30 PM

pegawai memang taik kucim tu pun call aku untuk sahkan dah terima laporan aku.

masa ni budak2 opis duk keliling aku nak tahu kisah selanjutnya. prihatin sungguh.

dia cakap nak freeze semua acc aku yang aku declare tadi. dan buat semakkan sekali lagi list acc yang aku ada. masa tu lah aku teringat nak declare ASB aku.

'tuan, saya lupa ada satu lg akaun, ASB' dalam hati kata nasib baik aku teringat.

dia pun bertanya 'guna buku atau kad ATM'..

aku pun jawab 'buku tuan. ni bukan RHB tau, ASB takde kad tuan.' 

dia pun jawab 'saya tahulah encik'. bodo berlagak pandai la plak.
lepas tu pegawai taik kucim tu bagi aku arahan 'encik, kena keluarkan semua duit dalam akaun encik sebelum kul 1:10 PM. kes dibicara 1.30 PM.'

aku pelik + panik sikit. 'hah sekarang ke? mana sempat nak cari buku lg. saya bukan 24hr bawak buku bank'

dia cakap, ' sy tak tahu. ini duit encik. cuba settlekan yang ada duit paling banyak'

aku pelik. tanya lagi 'siapa yang nak jaga duit saya yang banyak (konon2 la). buat kena rompak nanti.

dia cakap, 'kami akan sediakan anggota berkawal sekitar rumah encik selama 48 jam. encik jangan risau. keselamatan encik kami jamin'

aku pelik dan tanya lagi 'biar betul, dia akan ikut saya ke setiap bank?'

dia cakap, 'ya, 48 jam. sampai saja ke bank, call saya dan saya akan tempatkan sorang anggota di sana.'

aku pelik 'tak logik untuk saya keluarkan semua duit dalam masa 15 minit'

dia bertegas 'encik kena cepat. masa pandai2 lah encik arrangekan sendiri.'

~suasana kat opis riuh, semua nak jadi inspektor. bagi pendapat masing2. hui kalut jadinya.~

aku ada gak tanya kawan kat bukit aman dengan sms. tak berbalas.


aku pun pergi makan nasi arab. buat dek jerk! atas dr nasihat inspektor2 dalam opis.


1:40 PM

pegawai taik kucing telepon lg. 2 kali. aku tak angkat.


2:45 PM

kawan kat bukit aman call. katanya sindiket penipuan nih.



3:00PM

update kat budak opis pasal sindiket nih.
dia suh aku jadi umpan nak tangkap malaun2 tersebut. suruh aku kol balik ckp ada kat bank.

siap ada yang volunteer nak bagi ceramah kat malaun2 taik kucim tersebut.


14 Julai 2012

keluar kat kosmo pasal sindiket ini. rujuk kat link di sini.







+ mereka ini semuanya bertutur dengan fasih.
++ jgn ada yang panik, rujuk rakan2 disekeliling anda dulu.
+++ sindiket ni boleh buat nombor telepon yang display kat telepon mangsa adalah nombor polis yang betul. 

Jul 17, 2012

(muvee) tak sedar tgh ON AIR

walaupun berulang2 kali tgk, masih lg boleh tergelak.
 tapi pembaca berita ni memang sempoi. mantain steady. kalau aku kat tempat dia, dah bantai gelak. 

 

'eh, haris.. ON AIR!'

lalu, haris pun masuk gear gostan~



+ dulu ada gak berangan nak jadi pembaca berita. tapi bila rakam suara sendiri dan dengar balik.. tak jadi la. : P

Jul 14, 2012

(tips) beli rumah baru part 2

assalamualaikum w.b.t semua

bersambung dr part 1~

rumah idaman

4. keluasan tanah & binaan

di peringkat ini, ada sepatutnya sudah menyenaraikan rumah yang berpotensi untuk anda miliki. lakukan perbandingan dari segi keluasan binaan, keluasan tanah, pelan & jika anda jenis yang sangat menitikberatkan design, ia juga perlu diambil kira.

  • luas tanah. kebiasaan pemaju akan mengiklankan luas tanah seperti 20 x 70ft atau 1400 sq ft. untuk perbandingan, kira harga setiap kaki persegi dengan formula:-       [RM/sq ft= harga rumah/luas tanah].
  • luas binaan atau built up. lagi besar built up lagi bagus. kalau built up kecil, pastinya ada tanah yang kosong sekakang kera ditinggalkan. nak buat ape kan? kalau dah built-up sampai ke belakang, dah tak perlu keluarkan modal nak renovate lg. anda kena titik beratkan built up rumah tersebut. keluasan tanah sama 20x70 ft, tapi tidak luas binaan. cari la yang besar. berbaloi untuk nilai wang anda.
  • pelan dan design rumah adalah citarasa masing2. kalau sy suka yang modern dan nampak kemas.




5. kualiti rumah


kualiti rumah jugak penting. buat apa rumah murah tapi menggunakan barang tidak kualiti. kita nak tinggal lama dan nak keselamatan keluarga terjamin. anda boleh rujuk kepada speksifikasi dalam iklan rumah tersebut. nak puas hati, pergi terus ke rumah contoh jika ada. sy pulak dalam memilih rumah, benda2 nih yang saya duk perhatikan:-

  • punca kuasa. sy prefer 3 fasa (phase). sebab boleh menjimatkan penggunaan elektrik berbanding single phase. wiring pula, MESTI semua sorok dalam dinding.
  • kemasan dinding di bilik air. sy mencari yang kemasan jubin sehingga ke siling. nampak bersih dan kemas.
  • binaan dinding. kalau boleh dari batu-bata tanah liat. dan bukan dinding pasang siap.
  • saiz tingkap. nak kan tingkap yang saiznya besar2. suka natural lighthing. jimat elektrik juga.
  • jarak ngan rumah belakang. kalau boleh dipisahkan oleh jalan yang memuatkan sebuah lori untuk lalu lalang.
  • kemasan lantai. kalau boleh nak semuanya berjubin. lg best kalau size nya 2x2ft dan sampai ke car porch.
  • nih option la. kalau boleh nak dah siap2 pasang mata kuasa untuk air cond dan pemanas air. tak perlu la lagi nak buat extra wiring.
  • nih pun option jugak. kalau boleh nak yang gated punya. maksudnya bukan sebarang org boleh masuk area perumahan tersebut. tak pun biar la ada satu pintu masuk/keluar je. bg sy boleh kurangkan potensi berlakunya kecurian. kalau ada 10 pintu masuk, senang la pencuri nak masuk dan keluar.


6. profil pemaju


ni penting dalam memastikan rumah anda tidak terbengkalai. paham2 la. bila terbengkalai, anda masih perlu membayar pinjaman dan ini sangat2 la mengerikan. gunakan segala medium yang ada untuk memeriksa profil pemaju perumahan tersebut.



7. memilih bank


bila dah decide rumah mana yang menjadi idaman anda, boleh lah membuat permohanan pinjaman rumah ke bank. submit document yang diperlukan. selalunya wakil pemaju akan bantu anda untuk mendapatkan pinjaman. selalunya mereka akan menghantar pemohonan anda ke banyak bank. so, akan banyak juga la bank yang akan menawarkan pinjaman. perkara2 ni perlu anda timbangkan sebelum memilih bank untuk membiayai pinjaman rumah anda.

  • islamik atau tidak. kebanyakan yang beragama islam, ini menjadi keutamaan. namun kebiasaanya, islamik lebih tinggi bayaran bulanan berbanding konversional.
  • jumlah pinjaman yang diluluskan. contohnya 90%. so, 10% lagi adalah wang yang perlu anda bayar kepada pemaju menggunakan tunai sendiri.
  • interest. cari la yang paling sikit. semua tahu kan?
  • tenure years. semakin pendek tenure year, lebih mahal bulanan anda tetapi lebih  sikit la keuntungan bank. yang ni anda decide sendiri. selalunya bank akan tawarkan yang terpanjang sekali. ianya bergantung kepada umur pembeli juga. beli lah semasa  muda. kalau anda kaya.. tak kisah kot berapa tenure year nya.
  • kesenangan nak membuat pembayaran. lg bagus yang boleh bayar guna online jerk.
  • flexibility membuat pembayaran. ada bank yang akan menggenakan fee jika anda membuat settlement awal (mana tahu tiba2 jd org kaya kan? nk settle terus.) atau bayar banyak2.


8. pilih lot


ada yang memilih lot sebelum membuat permohanan pinjaman dengan membayar deposit serendah RM50 (yg sy tahula). kalau cancel beli rumah, deposit anda HANGUS. kalau RM50 ok lagi, kalau RM500 cmner? ada yang memilih lot berdasarkan feng sui, arah matahari naik/terbenam, aliran sungai dan keluasan tanah bg yang membeli corner lot. bg sy plak, ini menjadi keutamaan.

  • jiran sebelah kiri dan kanan. kalau boleh beragama islam atau tak bela anjing. bukannya nak bersikap perkauman, tetapi tak gemar bunyi salakan anjing atau bulu2 anjing terbang masuk ke rumah kita. anda boleh periksa data ini dengan wakil pemaju.
  • tak nak ada rumah kat depan. kalau boleh menghadap kawasan lapang atau jalan. sebab sy jenis yang suka buka tingkap ngan pintu luas-luas (tapi bergrill) untuk benarkan angin masuk dan berikan pengudaraan semulajadi.
  • lagi satu, bukan laluan utama keluar masuk perumahan. nanti susah pulak nak keluar masuk rumah sendiri. nanti anak2 nak main depan rumah pun tak boleh.
  • dan juga tak berhampiran dengan kolam najis. kolam rekreasi OK lah.




9. haiya.. progressing fee


kebanyakan skim pinjaman menghendaki kita membayar progressing fee semasa rumah dalam pembinaan. ianya adalah pembayaran kepada interest pinjaman yang telah dikeluarkan semasa menyiapkan rumah anda. ianya bergantung kepada berapa peratus pinjaman telah dikeluarkan oleh pihak bank atau berapa peratus rumah anda telah siap. semakin siap rumah anda, semakin mahal progressing fee yang perlu anda bayar. kemudian baru la di convert kepada installment. so, anda perlu menyediakan wang untuk membayar progressing fee ini. pesanan juga, carilah tempoh rumah siap yang cepat dan munasabah. keranajumlah progressing fee yang anda bayar tidak mengurankan principal pinjaman anda. membazirkan??











+ semoga membantu anda membuat pembelian rumah.
++ kalau beli rumah, sedar tak sedar kita terikat dengan perjanjian yang makan bertahun2 sampai umur pun cecah 65 tahun.
+++ tak beli dan menyewa, hmm rugi la pulak. kalau beli, hmm berhutang la pulak.



Jul 12, 2012

(minat) ambil gambar budak!

assalamualaikum w.b.t semua


kenapa eh, budak2 kecik nampak natural dalam gambar? 
 tak jemu aku tangkap gambar budak2 kecik.


nak main air sekali? best ada kolam.




pemalu. sy assistant ma di dapur.





red warriornita.



ready ke kelas kafa.



red carpet sebelum masuk keta.


 

jerawat atas idung?


tok ma naik keta terus lelap. tak leh kena aircond keta sikit.


mana gigi nazirah? nih! tinggal sebatang je.



wooo~


+ zaman kecik2 dulu2, susah nak dapat bergambar. semua kat studio. 
++ sy suka budak yang tidak hyper

Jul 10, 2012

(tips) beli rumah baru

assalamualikum w.b.t semua


kali ni nak berkongsi sedikit ilmu yang ditimba dalam proses duduk berangan-angan nak memiliki rumah idaman sebelum menganjak usia 30 tahun. masa memang terus berjalan. kadang-kadang berlari, lagi-lagi bila kita leka dan tak sedar. masa memang mencemburui kita. ye tak?. jom pakat2 beli rumah masa muda2 ni. tenure year boleh tarik panjang sikit.  

1. tentukan bajet

bila terdetiknya niat nak memiliki rumah, nilaikan kemampuan anda dan setelah itu tentukan perkara berikut dahulu sebelum langkah seterusnya:-


  • limit untuk bayaran bulanan atau installment. ini sangat penting sebelum langkah seterusnya.
  • limit harga rumah. berdasarkan limit bayaran ansuran yang telah tetapkan, gunakan loan calculator yang ada di kebanyakan website bank untuk ketahui limit harga rumah anda nanti. barulah senang nak aim rumah mana dan harga rumah.
  • deposit atau duit muka yang boleh anda keluarkan. kebiasaannya pemaju akan meminta anda membayar deposit. selalunya 10%. tetapi bergantung kepada kelulusan dari pihak bank. anda perlu bersedia. ada juga pemaju yang offer zero cost entry. kalau dapat yang macam ni sgt2 la OK. OK!
  • nilai kesediaan saku anda untuk membayar rencah2 nak beli rumah. contohnya yuran guaman dan stamp duty. busuk2 kena ada RM3K baru rasa selesa sikit. sebenarnya bergantung kepada nharga rumah itu sendiri. makin mahal harga rumah, makin mahal lah rencah2nya kalau ada pemaju yang offer untuk tanggung semua tu, sgt2 la OK. OK!



2. tentukan jenis rumah idaman

dah selesai no. 1, kena-lah tentukan jenis rumah idaman anda berdasarkan 'kira-kira' dari no.1 tadi. haa, ada banyak pendapat pasal jenis rumah. 


  • Single Storey-Pro: senang tak yah nak panjat tangga. dah tua-tua senang la nanti. nak awasi anak-anak pun senang. Con: bilik berselerak pun org boleh nampak. sekilas pandang je.
  • Double Storey & keatas-Pro: wujudkan ruang privasi untuk ahli keluarga. boleh sorok bilik yang macam saraang si-tikus-endang dari pandangan tetamu. kalau ada beranda, boleh tinjau pemandangan rumah depan. Con: leaking dari tandas atas menitis ke ruang tamu. tak semua kena. penat nak panjat tangga. last2 bilik atas tak guna.
  • Apartment/Kondo-Pro:yang berada di kepala, ada kolam renang yang membiru airnya. kejebusshh.. tersusun dan keselamatan terjamin (ye ke? ragu2 la). Con: maintenance fee kena bayar tiap2 bulan dan susah nak sidai baju. parking pun susah.
  • Banglo/Semi D-Pro:Best2.. Con: Bulanan konfem2 mahal.
  • Townhouse-Pro:selalunya dua tingkat. bawah rumah org lain. atas rumah org lain. wujudkan kejiranan yang harmoni. Con: boleh dengar jiran atas loncat2.



3. lokasi

dah sampai peringkat 3 ni. tetapkan pula lokasi kedudukan ruamah idaman itu nanti. banyak yang kena dititik beratkan, antara nya:-


  • jarak dengan tempat kerja anda dan pasangan.
  • kemudahan2 yang ada.
  • latar belakang tapak rumah. mana tahu ladang kelapa sawit. nanti hari-hari nak kena berperang dengan anai-anai. tak pun tanah tambak, buat tak padat.. mahu ditelan bumi nanti.
  • masterplan keseluruhan kawasan terbabit. mana tahu nati nak buat sekolah ke? universiti ke? shopping complex ke? nanti harga hartanah naik. untung woo...~

sekian untuk kali ini... kita bersambung lagi part2.... bagi topik2 dulu boleh kan..




4. keluasan tanah & binaan

5. kualiti rumah


6. profil pemaju


7. memilih bank


8. pilih lot


9. haiya.. progressing fee




+ rumah sekarang harga naik mencanak. lebih2 lg lepas kerajaan naikkan max RM400K untuk skim rumah pertamaku untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3K. beza banyak wooo~
++semoga membantu anda. tak banyak, sikit pun ok la.