Sep 26, 2011

(tips) aidilfitri yang mulia

tup tap tup tap. dah hari raya ke-28 rupanya. tak sempat nak buat entry untuk ucapkan selamat hari dek kemalasan yang melanda diri. semuanya angkara kenyang tahap tak boleh handle. marathon sendawa. blurrrp! bluuurrp! weekk! rasa masih belum terlambat lagi. nak berkongsi beberapa tips sempena hari raya dan pesta rumah terbuka. tak sempat tahun ni, tahun depan boleh la praktis. (mcm bagus sgt tips kali ni)

1. balik kg

rancang perjalanan anda supaya tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya. elakkan perjalanan anda dari bertembung dengan masa perjalanan bas ekpress & lori balak. kalau tidak lori balak akan menjadi 'kepala keretapi' anda. truut, truut~. meningkat potensi langgar bontot kereta depan.


2. duit lebih

kena sediakan duit lebih. kadang2 tu ada je unexpected cost. aku dah rasa. tiap2 tahun.
raya setahun sekali wei.


3. open house

kalau nak isi banyak, jalan2 setempat dulu. jangan baring pulak. sia2 kena perambat.
jangan amik benda2 berkarbohidrat banyak sgt, cepat kenyang. lebihkan lauk. baru ar melantak di open house namanya. ish2x. berhenti sebelum kenyang kan lebih bagus adik2. abang2 @ pakcik2 takpe. tangki besar. boleh berhenti sebelum muntah (ajaran sesat ni).


4. kunjung mengunjung

amalkan kunjung mengunjung. jgn tunggu org dtg umah kita je. nanti tak dpt makan bihun goreng dengan air oren. perasan tak, kebanyakan open house akan hidang bihun goreng ngan air oren. apsal yea?!


5. family

amik gambar semua ahli keluarga. lagi bagus kalau semua sporting dpt pakai baju raya.
tiap2 tahun elok ambik. baru nampak perkembangan family sendiri. dari tak bermisai, dah tumbuh tumbuh misai. dari di pangku, dah boleh pangku anak sendiri plak. dari ada, ke tiada.

contoh.


6. duit raya

jangan abiskan angpau anda, reserve la skit. mana tahu berguna selepas seminggu raya (pokai). :P. bagi sekadar termampu. bukan nak menjaga status. nanti anda juga yang merana. korek tabung la jawabnya.


+ selamat hari raya di saat mood raya dah nak abis.
++ maaf kalau ada terkasar berblog.

Sep 23, 2011

(libur) kyoto part 2

pergi kyoto bulan 5. first update blog pasal kyoto bulan 7 untuk part 1. part 2 pulak bulan 9. agak dah basi, kan? tapi takpe, masih lg ingat & boleh bercerita pasal pengalaman 'berlibur' di sana. saja nak berkongsi cerita.

kyoto adalah bandar kedua terbesar selepas tokyo. kalau perasan, kyoto adalah terbalikkan dari nama ibukota to-kyo. kalau dah kedua terbesar, konfem2 bandar kyoto maju. paling kagum jaringan perkhidmatan keretapinya. banyak pilihan, cepat dan pantas. dia punya station, bukan main besar. tgk luaran kecik jerk. rupanya luas di dalamnya. dibina jauh ke dalam tanah rupanya.

landasan keretapi. ni baru sebelah kanan. belum campur sebelah kiri lagi.

satu floor jual alat mainan sahaja.
mau sawan budak m'sia dibawa ke sana.
byk gile pilihan. pening mak cik mazda memilih mainan utk nabil-nya.

basikal pun sama. rasa nak beli jerk satu.

night life kat sana. ada air pancut berirama.
ramai duk kelilikng tgk. mak cik mazda duk rakam video.

kereta atas jalan sgt la sedikit. lebih prefer jalan kaki.
ooo...ptt ar tak ramai yang obes kat sini.

mak cik mazda bergambar dengan si gadis kimono. (nmpk tak?)
hotel belakang tu tempat kami menginap selamat 9 hari 8 mlm.

walaupun maju. kehadiran public phone masih lagi relevan.

TR: moshi-moshi. kombawa. (galak molep)


bergambar di depan kilang. payung bodo mcm tu pun harga RM 25 kat sana.

breakfast. boleh makan salad dengan roti je.
cuba tgk pinggan! kiut miut tu.

tgk pancaran matahari di saat 5:45pg.
suhu pula 23 degree C

jalan2 ngan mak cik mazda.
bersih. kalau tmpt kita, mesti dah ada botol air mineral intefrem.


mcm pasar seni. lg murah dr kedai2 souvenir yang ada.
at last, kat airport lagi murah. penat je bawak barang ke hulu hilir.
cuma teramichi ni, ada lebih byk pilihan.

poco-poco dlm kuil. hehe.

ronda pukul 6 pg. org kat sana membuta lagi.
ada gak dua tiga org duk kutip sampah keliling jalan.
kagum dengan rasa tanggungjawab org2 kyoto ni.

advisor merangkap tourist guide TR dan makcik mazda.

bergambar dengan payung.

lampu isyarat melintas ada bunyi kicauan burung.
setiap satu, berbeza bunyi-burungnya.


serius sedap sup oren tu. mkn kat indian restaurant.
satu set nasi briyani RM80. tak sampai hati tak nak habiskan.

kat sana kedai makan dengan restoran memang banyak. harga semua tak kesian. org sana sangat pentingkan dish presentation. tengok je, berselera nak makan. tapi sayang rasa kicap dan telur je.

oh ya. mcm tak sah pulak tak cite pasal dalam kapal terbang.
mcm cerita tergantung pula. (alasan)

mkn malam. nasi lemak.


lunch dlm flight nak ke m'sia.
punya ar pasang angan2 nak makan nasi ayam.
tgk2 dapat soba ngan nasi ayam.
siap ada ikan mentah lg. bau serius hanyir.


green tea aiskerim. sedap2.

kansai. alahai padatnya.
patut ar diorang guna tanah semaksima mungkin.
tanah tepi umah pun diorg bercucuk tanam.


malaysia kita. alhamdulillah, tak padat lg.


pesanan suh makan maggi pama.
stok nak melantak di bilik hotel. tak abis.


+bilalah lg dpt nk ke sana?
++ kyoto-maju-berdisiplin-byk tradisional-bersih.

Sep 9, 2011

(tips) pepatah encik karam?

canteknya gigi


pernah dengar tak pepatah ni?

'benda dalam mulut, kalau tak ditelan masakan masuk ke perut'


ringkas tp dalam maksudnya. aku first time dengar member aku yang suka buat2 garang sound aku. hari tu lupa nak tanya dia dari mana datang pepatah ni. nanti riak plak dia.



+ nakkan kepastian. mana tahu encik karam singh walia punya pepatah ke.
++ pepatah encik karam terbaru 'seperti menarik penumbuk ke muka sendiri'. dah boleh buat buku dia nih. setuju?!