Jun 4, 2011

(muvee) ayat power yg bisa mencairkan

buat sesiapa yang ketandusan ayat mengorat yang power lg bisa mencairkan, boleh lah belajar dari video ni. bagi TR, ayat2 yang 'eagle eyes' keluarkan memang kreatif & spontan, lagi penting membuatkan pasangan anda kelu seribu bahasa. jom layanzz. oppss lupa, sediakan pen & kertas yea.














+ best ar games show diorg. tak boring macam ewah-ewah.

Jun 3, 2011

(tips) dicintai atau tidak?


tgh ber-blogwalking terjumpa blog ini. jom cinta. semuanya perihal cinta & kasih sayang. mmg patut ar, nama blog pun jom cinta. tak kena pula nak cerita pasal 1 malaysia kan. adakah anda mengetahui seseorang mencintai sedang anda? anda dapat mengetahui bahawa seseorg itu amat mencintai diri anda apabila situasi-situasi berikut terjadi:-

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

+ kredit to jom cinta. pesanan dr admin jom cinta:-

a. kepada korang yang pernah buat begini, ingatlah yang cinta tidak semestinya memiliki.

b. kepada yang pernah rasa ada lelaki atau perempuan lain buat begini pada anda, sedarlah yang diorang sangat mencintai korang.


++ seronok dpt berkongsi tips. :P

Jun 2, 2011

(family) budak2 kecik


kakak mmg sporting

untuk entri kali ini, TR nak post gambar budak-budak kecik yang ada dalam memory card handset. gambar anak buah paling banyak. anak didik ma pun ada juga. masing-masing ada kecomelan tersendiri yang sememangnya natural dan bukannya nak kawal-kawal comel.

kalau yang dah akil baligh, lepas ambil gambar-tengok dulu. kalau nampak muka berminyak, nampak gemuk dan jelas kelihatan butir-butir jerawat. pantas je jari cari butang delete. zaassss.. hilang dari memory card. ambil lagi. dan lagi. sbb nakkan hasil yang nampak ayu bg wanita & nampak macho bagi lelaki. snap la sampai nampak iras2 fasha sandha atau aaron aziz, then baru puas hati. kata org lebih. aku pun sama, maklum ar dah akil baligh jugak. haha.



ayie-umaira-along

umaira-kepala ayie-bani

aina-ateh

along-achik kimi

note: klik pd gambar untuk besarkan kecomelan mereka (termasuk aku tu).

akhir skali, layan kenakalan budak2 kecik.



+ suka melayan selagi diorang tak buat perangai super pelik-contoh nak kambing untuk buat binatang kesayangan.
++ best jadi budak kecik, tak yah pikir nak bayar hutang & masalah kerja.