May 27, 2011

(tips) rahsia poligami salih yaacob aka abg jam & mak neng

mmg hebat ar en salih yaacob. mmg boleh jadi role model untuk mana-mana lelaki ada nawaitu untuk beristeri 2, 3 mahupun 4.



indahnya poligami bila mana berpoligami bukan berdasarkan nafsu, keinginan & menunjuk-nunjuk. ececeh. kagum2~.

+ intipati muvee di atas boleh menjawab persoalan 'wanita2 diluar sana lebih sukakan lelaki berkahwin'.
++ nak dapat satu pun susah. ngeh2x.

May 22, 2011

(muvee) antara cun & nurkasih


bila tgk poster filem cun, takde rasa langsung untuk beli tiket & tengok filem ni. "mesti macam cite 'prof. filem'. kalau komedi, lawak bodoh & kalau cite hantu, tak seram langsung". tapi bila org duk banding cite cun dengan nur kasih the movie. dan komen cite cun lagi best dari nurkasih, tergerak pulak hati nak tengok cun kat u-tube.

pada TR, cun lagi best. jalan cerita jelas. lakonan pun mantap. lebih2 lagi si manis.


maaflah kepada yg sukakan nurkasih the movie. TR peminat siri nurkasih gak. tapi untuk filem, kurang sikit. ada 2-3 org sependapat ngan TR. yang suka nurkasih the movie, diorang kutuk TR takde hati perut.

hmmm.. tak kisah ar. yang penting aku suka lagu OST utk filem cun yang bertajuk cun selalu, dinyanyikan secara duet oleh remy dan maya karin yang cun melucun. hahaha. jom layan.








+jom tgk cite cun. suka kat bedah tonggek. haha. rugi sapa tak tgk.
++ sila tonton disini.

May 7, 2011

(special) selamat hari ibu

hang-out sama2.

teristimewa buat pn zaiton mahmood, ma...selamat hari ibu! terima kasih kerana membesarkan kami 5 beradik dengan limpahan kasih sayang dan perhatian. cekal melayan karenah 5 orang anak yang ada peel masing2. yang kadang kala mengundahkan hati ma dan buat tak lena tidur malam.

karenah anak-anak yang super lasak lg aktif


sporting!

dulu kecik-kecik memang kita selalu berkonfrantasi, bila dah besar panjang. ma adalah sahabat terbaik dan 'kaunter aduan'. menjadi kaunter aduan yang tak pernah letih mendengar dan tiada 'office hour'nya. bilik aduan adalah di bilik ma + abah. siap guling bergelimpangan ramai2 atas katil + lantai bilik ma+abah. kadang2 surf facebook sama2. sama2 kepoochi tgk gmbr org lain. siap buat ulasan lagi dan perbincangan lanjutan.

sanggup jd model tudung

menyediakan lauk-pauk yg superb. sedap kerana disediakan bersama selautan keikhlasan hati dan beberapa baldi kasih sayang. selalu jadi tester. selalu gak kena marah sebab selalu tak leh bagitahu rasa dah ok ke belum. tp tak kisah pun.

yang tudung putih tu ma kami. tudung hijau baru jd ibu saudara je, cik no-nor.


selamat hari ibu yea ma. kami 5 beradik + anak asuhan ma+abah, benar2 menghargai anda. we love u!

+ selamat hari ibu buat semua ibu, bonda,ummi, mama, mummy, ma, mek, mak & mok di atas muka bumi.
++ kepada ibu sawat, ibu pejabat, ibu kaki & ibu kota. ucapan ni bukan untuk anda.

May 4, 2011

(tips) nak keluar negara. lepas ke?

jika anda ada hutang piutang dengan ptpt-pu, mara atau bank dan pada masa yg sama teringin pula keluar negara makan angin atau urusan kerja, pastikan anda dibenarkan loncat keluar dari pemeriksaan imigresen atau dalam kata lain tidak di blacklist-kan. kalau tak sia-sia jerk tiket flight dan book bilik.

sebelum ni mmg tak pernah amik tahu. arrrgh, lantak ar. tapi sebab nak ke negara matahari terbit terpaksa ar check. maklum ar utang mara tak abis lagi bayar. risau gak! untuk periksa anda boleh keluar ke tidak, sila ke link dibawah:-

1. ptptn


2. imigresen

+ ada org bgtau, setakat ni mara tak pernah blacklist peminjam 'tak nak bayar' kuar dari malaysia. baik kan, kan?
++ imigresen kena bagi pengecualian utk kes2 tertentu, contohnya kematian atau kecemasan. kdg2 bukan sengaja tak nak bayar. dah takde duit, nak bayar ngan apa kan?
+++harap tercapai azam bebas hutang mara tahun nih. semangat2x.