Mar 26, 2011

(dunia2) earth hour

semalam dari pukul 8.30-9.30 mlm, korang bergelap tak?
TR bergelap. sebab duk dalam kereta. tengah memandu masa tu. kalau padam lampu depan kereta TR lain pula jadinya. muahaha. makan nasi guna straw la jawabnya.
semalam, dapat gak tengok ada kedai makan & pbt yang bagi sokongan. memadamkan lampu jalan & premis. bagus2x.

kalau tutup mentol dengan kain dikira beri sokongan tak?





bermula 2007, setiap sabtu terakhir bulan mac akan diraikan 'earth hour' di seluruh dunia. kempen ini dipelopori oleh World Wide Fund For Nature (WWF) Australia. ianya sebagai salah satu usaha menangani pemanasan global dan perubahan iklim dunia. seluruh warga dunia diseru untuk memadamkan lampu dan kelengkapan elektrik. melalui program ini, warga dunia dapat menyuarakan komitmen kepada menjaga & memelihara kelangsungan bumi.

buat yang tak berkesempatan memberikan sokongan tahun ini, tahun depan masih ada. harap2 program ini diteruskan. sungguhpun bergelap selama sejam, ianya dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan seterusnya mengurangkan 'sedikit' kesengsaraan bumi.

sokong, sokong jugak. jangan nyalakan lilin dalam kelambu pula. dan awasi anak-anak comel anda.

+ teringat waktu kecik2, main khemah guna selimut & nyalakan lilin dalam 'khemah'. kemudian lelap. nasib baik abah dtg tengok. kalau tak.......
++ kecik2 dah pandai nak buat earth hour.

Mar 24, 2011

(tips) result SPM

semalam, 23hb mac 2011 telah diumumkan keputusan SPM. keseluruhannya adalah keputusan yang terbaik sejak tahun 2006. berdasarkan berita harian, seramai 10488 pelajar mendapat semua A dalam setiap subjek. konfirm2 seramai 10488 org melompat kegirangan, membuat hati ibubapa masing2 sebak dan menangis kegembiraan. bangga. seakan mahu dicanang kejayaan anak sekampung. mungkin detik paling indah bagi ibubapa kita.

hadiah

time la, minta apa pun hadiah mesti dapat. kalau zaman TR, motor yamaha SS dan RG Sport jadi kegilaan. kalau anak yang "cemerlang" minta ni mmg kopak la duit mak ayah. tapi takpe. anak dapat straight A tu. setakat rasa bangga sorang diri ok la. tak perlu lah nak dibandingkan dengan anak orang lain. tak baik, kecik hati org lain. masa aku pun ada org nak banding2 kan. hmm, usah dilayan. ckp 'boleh la' sudah.

yang tak berjaya

buat yang mendapat result yang kurang bagus, atau tak cemerlang. jangan berduka lara. usah menangis pilu. tiada apa perlu dikesali. sebaliknya dijadikan ikhtibar serta pengajaran. perlu diingat SPM bukan pengakhiran segalanya. ianya hanya satu permulaan. jika ada yang nak sindir atau berprasangka anda bakal mempunyai masa depan yang malap, hanya perlu diam dan jadikan sebagai cabaran.

keputusan besar

pada usia 18tahun ini, keputusan yang anda buat akan mempengaruhi 5-20 tahun anda akan dtg. ia memberi kesan keatas kehidupan untuk seterusnya. contohnya, jika anda untuk mengambil jurusan engineering. anda mungkin akan menjadi engineer dan mati sebagai engineer. melainkan anda dpt kerja kerajaan atau memulakan bisnes. sebelum membuat keputusan, anda perlu fikirkan minat & kecederungan. bukan setakat itu sahaja, malah prospek pada masa hadapan. ya, anda berusia 18tahun. anda perlu fikir sebaik mungkin seakan dewasa yang dah berkeluarga. ah-ha. anda perlu rancang apa anda mahu untuk 5 tahun akan dtg.

cemerlang tak semestinya berjaya

pada pengalaman TR, cemerlang SPM atau peperiksaan besar yang lain bukan jaminan untuk berjaya pada masa hadapan. tak lain hanya tiket untuk ke universiti atau menyambung pelajaran. pelajar terbaik tak semestinya dpt menghabiskan course on time dan menjawat jawatan yg bagus lg berjaya. ada yang keputusan sekadar cukup makan, tapi sepuluh tahun kemudian... mempunyai life dan income jauh lebih besar dari mereka yang pernah cemerlang dahulu.

teruskan

jadi, yang kepada yang kurang cemerlang. anda belum lagi terlambat. aturkan masa depan anda dengan baik. dapatkan pandangan dari ramai org. bukan mengikut pandangan orang. anda juga mampu berjaya. sudah2 lah mengenang yang dah berlalu dan tak dapat diubah. corakkan kehidupan selepas 5 tahun anda bermula sekarang.

+ apa yang kita sangka hebat tak semestinya hebat.
++ keputusan pada usia 18 tahun adalah paling penting dalam hidup kita.
+++ tahniah buat kak wati, anak dapat 10A+.







Mar 23, 2011

(libur) bukit broga

kulit album awan band

buat siapa yang tak tahu nak ke mana di waktu hujung minggu. apa kata ke bukit broga!!! tak jauh dari KL mahupun Seremban. terletak di daerah Semenyih, Selangor dan menjadi tempat tarikan warga kota yang gemar nak melihat detik2 matahari terbit selain melakukan aktiviti kejangkan betis. broga mempunyai tarikan tersendiri. udaranya segar diawal pagi dengan pemandangan yang memukau. malas bercerita panjang, jimatkan stamina jari untuk aktiviti lain. layankan foto-foto yang telah diambil nun di atas sana. membakar semangat anda nak ke sana, yuuuhoooo!!


trak yang gelap dipagi hari. berhati-hati-hati.

mentari pagi


rumput yang menjadi prop.


tiada tandas diatas sana. awas, bom cokelat!!


konon2 band


bergambar sakan


rumput aka lalang yang menghijau.


menuruni bukit. dah terang bederang. tertinggal lampu picit pun dah tak kisah.


penting untuk membawa bekalan

-----------------------------------------------------------------------------
tips bukit broga
  • bergerak awal pagi, gerak lewat melepas la anda nak tengok matahari terbit. sebaiknya mula mendaki pukul 6 pg.
  • bawa lampu picit untuk menyuluh laluan yang dalam kegelapan. agak mencabar ya.
  • pakai kasut yang sesuai. selipar boleh pakai tapi tak mantap cengkamannya.
  • kenakan baju yang sesuai.
  • bawa tuala kecil. nanti terpercik kat org lain pula.
  • bawa makanan & air minuman. kat atas takde gerai atau warong. nak turun beli mmg tak berbaloi.
  • bawa kemera.
  • buat kaum hawa, elok pakai baju yang tak terdedah. kerana anda perlu merangkak dan mendaki. di atas sana ramai pemerhati tak berbayar. jangan salahkan kaum adam pula yea. ahaks.
  • buat kaum adam, bawa business card. ramai awek comel lote di atas sana. kebanyakannya budak kolej & universiti. haha
-----------------------------------------------------------------------------

+ pergilah bercuti.

Mar 12, 2011

(lawak) ah beng

terima kasih kepada yg telah forwardkan email ni kepada TR. memang buat TR senyum sorang2 dalam office. org boleh silap sangka aku ni mereng. jom layan.

Ah Beng bought a new mobile.He sent a message to everyone from his Phone Book & said,

'My Mobile No. Has changed. Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'

====================================

Ah Beng
: I am a Proud, coz my son is in Medical College.

Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

==========================================

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.

DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

===========================================

Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.


=========================================

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.


===========================================

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing, except the TV in my house.'
Police: 'How the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'


=========================================

Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'.
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'


=============================================

How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

===============================================


Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so.
He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.

==================================================

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings.
He picks it up and Says 'Hello, how did you know I was here?'


===================================================

Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup.

Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

===================================================

Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

=====================================================

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!' Servant: 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

=====================================================
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM.


korang senyum mereng sorang2 tak?..

++ thank you cik aniey